Tuanku Bainun binti Mohd Ali

Raja Permaisuri Perak
Raja Permaisuri Agong
Img queen9 2.gif
Raja Permaisuri Tuanku Bainun
Raja Permaisuri Agong ke- 9
Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Negeri Perak
Kelahiran (1932-11-07) 7 November 1932 (umur 90)
Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat, Malaya British
Kemangkatan
Mula jawatan 26 April 1989
Tamat jawatan 25 April 1994
Penyandang terdahulu Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja
Penyandang kemudian Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin

Raja Permaisuri Tuanku Bainun Binti Mohd Ali (dilahirkan pada (1932-11-07) 7 November 1932 (umur 90) di Pulau Pinang) merupakan Raja Permaisuri Agong ke-9 serta Raja Permaisuri Perak dari tahun 1984 hingga 2014. Baginda merupakan puteri kepada ayahanda dan bonda yang bernama Mohd Ali bin Man dan Che Putih binti Abdullah, serta mempunyai adik-beradik 7 orang.

PendidikanSunting

Raja Permaisuri Tuanku Bainun menerima pendidikan sekolah menengah di Sekolah St. George’s, Pulau Pinang dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kirkby, Liverpool, United Kingdom dari tahun 1952 hingga 1954.

PerkahwinanSunting

Raja Permaisuri Tuanku Bainun mendirikan rumah tangga dengan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah pada 9 Disember 1955 yang pada ketika itu merupakan seorang Majistret di Kuala Lumpur. Raja Permaisuri Siti Bainun kemudiannya meneruskan kerjayanya sebagai guru, kembali mengajar di sekolahnya terdahulu Raja Permaisuri Siti Bainun dikurniakan lima cahaya mata iaitu dua Putera dan tiga Puteri.

KerjayaSunting

Raja Permaisuri Tuanku Bainun menjadi guru selama 22 tahun dan mengajar di beberapa sekolah di Kuala Lumpur, Seremban (Negeri Sembilan), Raub (Pahang), Taiping (Perak) dan Kuantan (Pahang).

Sebagai menghargai sumbangan baginda kepada masyarakat dan bidang pendidikan, Seri Paduka Baginda telah mendapat penghormatan dan dianugerahkan "A Fellow of Liverpool John Moores University".

Raja Permaisuri PerakSunting

Pada 19 Februari 1988, Raja Permaisuri Tuanku Bainun dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan dan kemudiannya dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong pada 26 April 1989 untuk tempoh lima tahun. Baginda merupakan rakyat jelata yang pertama dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong.

MinatSunting

Semasa di bangku sekolah dan semasa menuntut di Kirkby, Seri Paduka Baginda bermain hoki. Kini baginda bermain golf dan turut mengambil bahagian secara aktif dalam Pertandingan Golf Wanita. Baginda sangat gemar akan bunga dan telah mendapat penghormatan apabila tiga jenis bunga orkid dinamakan sempena baginda: (i) Chiritiera (Chtra) Permaisuri Bainun, (ii) Dendrobium (Den) Tuanku Bainun dan (iii) Renantanda (Rntda) Tuanku Bainun.


AktivitiSunting

Sebagai Penaung kepada beberapa organisasi dan persatuan amal di Perak, iaitu: Persatuan Bola Keranjang Wanita Perak, Persatuan Badminton Wanita Perak, Pergerakan Pandu Puteri, Persatuan Hoki Wanita Perak dan PERKIM, Seri Paduka Baginda sentiasa menitikberatkan kebajikan mereka.

Raja PermaisuriSunting

Dewan Negara Negeri Perak telah mengurniakan gelaran Yang Maha Mulia Raja Permaisuri kepada baginda dengan bergelar Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun Binti Mohd Ali oleh Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang juga anakanda sulung baginda berikutan kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Al-Ghafarullahu-lah pada 28 Mei 2014.

RujukanSunting

Pejabat DYMM Sultan Perak

Didahului oleh
Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja
Raja Permaisuri Agong
1989-1994
Diikuti oleh:
Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Didahului oleh
Raja Muzwin binti Raja Ariff Shah (Raja Perempuan Perak)
Raja Permaisuri Perak
1984-2014
Diikuti oleh:
Tuanku Zara Salim Davidson