Tuanku Zara Salim

Raja Permaisuri Perak

Tuanku Zara Salim (lahir Zara binti Salim Davidson; 22 Mac 1973) merupakan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan. Baginda adalah permaisuri (isteri) kepada Paduka Seri Sultan Perak yang ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Tuanku Zara Salim
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
Raja Permaisuri Perak
Pemerintahan20 Jun 2014 - kini
(10 tahun, 1 bulan dan 14 hari)
Pertabalan6 Mei 2015
Didahului olehTuanku Bainun
Raja Puan Besar Perak
Pemerintahan17 Mei 2007 – 28 Mei 2014
Pemasyhuran18 Mei 2007
Didahului olehChe’ Puan Besar Bainun (sebagai Che’ Puan Besar)
Diikuti olehRaja Nor Mahani
Keputeraan (1973-03-22) 22 Mac 1973 (umur 51) (umur 51 tahun, 3 bulan dan 21 hari)
Ipoh, Perak, Malaysia
PasanganSultan Nazrin Muizzuddin Shah (k. 2007)
AnakandaRaja Azlan Muzzaffar Shah
Raja Nazira Safya
Nama penuh
Zara binti Salim Davidson
Nama diraja
Tuanku Zara Salim
AyahandaDato' Seri William Stanley Walker Salim Davidson
BondaDato' Seri Sharifah Azaliah binti Syed Omar Shahabudin
AgamaIslam

Biodata

sunting

Baginda merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik kepada pasangan Dato' Seri William Stanley Walker Salim Davidson dan Dato' Seri Sharifah Azaliah Binti Syed Omar. Tuanku Raja Permaisuri Zara Salim merupakan puteri tunggal kepada Dato' Seri Salim Davidson.

Baginda mempunyai darah campuran Inggeris di sebelah bapanya manakala di sebelah ibunya Sharifah Azaliah binti Syed Omar mempunyai darah campuran Melayu, Arab dan Siam. Bapanya Salim Davidson merupakan seorang peguam yang terkemuka.

Tuanku Zara Salim juga merupakan cicit kepada Sultan Kedah ke-26, Almarhum Sultan Hamid Halim Shah manakala datuknya, Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin ialah Menteri Besar Kedah ketiga. Syed Omar belajar di London bersama dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Isteri Syed Omar, Tunku Aminah binti Sultan Abdul Hamid Halim Shah, adalah anakanda Sultan Kedah ke-26 Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang juga merupakan adik kandung Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Pendidikan

sunting

Sebelum ini Tuanku Zara merupakan seorang yang kurang dikenali, akan tetapi baginda merupakan pelajar cemerlang di Universiti Nottingham serta berjaya memperoleh Ijazah Kelas Pertama dalam Kejuruteraan Kimia pada Julai 1995.

Secara kebetulan, ayahanda mentuanya Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, juga adalah penuntut jurusan undang-undang di universiti yang sama serta mendapat Ijazah Kelas Pertama Undang-Undang pada 1953 sebelum dilantik sebagai peguam di England pada 1954.

Kecemerlangan dan ciri kepemimpinan Tuanku Zara sudah terserlah pada peringkat sekolah lagi kerana beliau pernah dilantik sebagai pengawas ketika di Tingkatan Empat dan Lima pada 1989 dan 1990 di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh dan turut aktif dalam sukan seperti Tenis, Skuasy dan Taekwando.

Baginda mempunyai minat yang mendalam dalam bahasa asing. Baginda juga mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Convent, Ipoh dan pernah mewakili sekolah dalam sukan skuasy dan tenis dari 1988 hingga 1990 serta mewakili Perak dalam acara sukan renang antara 1981 hingga 1987. Baginda merupakan bekas perenang Perak. Tuanku Zara juga mempunyai sijil penyelamat renang yang bertauliah dan amat meminati aktiviti sukan lasak.

Selepas menamatkan A-Level di Prime College di Ipoh pada 1992, Tuanku Zara Salim berangkat ke Britain bagi melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia di Universiti Nottingham dan lulus dengan ijazah kelas pertama pada Julai 1995.

Kerjaya dan peranan

sunting

Baginda pernah bekerja dengan anak syarikat Petronas, Petlin (M) Sdn. Bhd. sebagai pengurus produk di Kerteh, Terengganu. Selain itu, baginda juga pernah menjadi Pengarah Urusan Forthwave Consulting Sdn Bhd, Syarikat Pembangunan Perisian dan Kejuruteraan Teknikal Hidrokarbon di Kuala Lumpur.

Pada 1 Januari 2012, Duli Yang Maha Muila Tuanku Zara Salim telah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Baginda juga merupakan Penaung Persatuan Kesihatan Keluarga Perak, Convent Girls Alumni (COGA) dan Pandu Puteri Negeri Perak.

Perkahwinan

sunting

Pemilihan DYTM Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah menjadikan Tuanku Zara sebagai teman hidup baginda adalah pilihan paling tepat, apatah lagi keperibadian tinggi dan kehalusan budi terpancar pada raut wajah Tuanku Zara yang lemah lembut.

Baginda telah melangsungkan perkahwinan dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada 17 Mei 2007 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan,Kuala Kangsar. Tuanku Zara kemudiannya dikurniakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak oleh ayahanda mentuanya Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar selepas berlangsungnya majlis perkahwinan diraja baginda berdua. Tuanku Zara juga dikurniakan Darjah Kerabat Sultan Azlan Shah (D.K.S.A).

Pasangan diraja ini telah dikurniakan seorang putera, Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzaffar Shah yang diputerakan pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri, Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya yang diputerakan pada 2 Ogos 2011.

Raja Permaisuri Perak

sunting

Tuanku Zara Salim telah dimasyhur dan dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak pada 20 Jun 2014 oleh Dewan Negara Perak selepas suami baginda, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah dimasyhurkan sebagai Paduka Seri Sultan Perak ke-35 pada 28 Mei 2014 berikutan kemangkatan ayahanda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah.

Keluarga dan kerabat

sunting

Hasil perkahwinan Sultan Nazrin Shah dengan Tuanku Zara Salim dikurniakan dua orang anakanda iaitu seorang putera, Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dan seorang puteri, Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya.

Name Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (1956-11-27)27 November 1956 George Town, Pulau Pinang 67 tahun, 7 bulan dan 16 hari
Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah (Raja Kecil Besar Perak) (2008-03-14)14 Mac 2008 Hospital Pakar Damansara, Selangor 16 tahun, 3 bulan dan 29 hari
Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya (2011-08-02)2 Ogos 2011 Hospital Pakar Damansara, Selangor 12 tahun, 11 bulan dan 11 hari

Terasul dan gelaran

sunting
Gelaran hormat bagi
Tuanku Zara Salim
 
Gaya panggilan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Maha Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 22 Mac 1973 - 17 Mei 2007: Yang Mulia Che' Zara binti Salim Davidson
  • 17 Mei 2007 - 28 Mei 2014: Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Zara Salim, Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan
  • 28 Mei 2014 - 20 Jun 2014: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim
  • 20 Jun 2014 - kini: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan

Gelaran penuh baginda ialah:

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim, D.K., D.K.S.A., D.K.A., Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan

Darjah kebesaran

sunting
  •   Darjah Kerabat Azlanii (D.K.A.) (Pada 19 April 2008)

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim
Tarikh keputeraan: 22 Mac 1973
Kerabat diraja Malaysia
Didahului oleh
Kosong
sejak April 1987
Raja Puan Besar Perak
17 Mei 2007 - 20 June 2014
Diikuti oleh:
Raja Nor Mahani Binti Almarhum Shahar Shah
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
Raja Permaisuri Perak
20 June 2014 - Kini
Pemegang jawatan kini