Tuanku Zara Salim
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim (dilahirkan pada 22 Mac 1973) merupakan permaisuri kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah dan Raja Permaisuri Perak yang dimasyhurkan pada 20 Jun 2014. Baginda yang merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik kepada Dato' Seri William Stanley Walker Salim Davidson dan Dato' Seri Datin Sharifah Azaliah Binti Syed Omar, dilahirkan di Bandar Raya Ipoh. Tuanku Permaisuri Zara Davidson merupakan puteri tunggal kepada Dato' Seri William Salim Davidson.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim | |||||
---|---|---|---|---|---|
Raja Permasuri Perak Darul Ridzuan | |||||
![]() Raja Permasuri Perak ke-XXXV | |||||
Raja Permaisuri Perak | |||||
Pemerintahan | 20 Jun 2014 - kini (6 tahun, 8 bulan dan 27 hari) | ||||
Pertabalan | 6 Mei 2015 | ||||
Didahului oleh | Raja Permaisuri Siti Bainun Binti Mohd. Ali | ||||
Keputeraan | Ipoh, Perak, Malaysia | 22 Mac 1973||||
Pasangan | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah (k. 2007) | ||||
Anakanda | Raja Azlan Muzzaffar Shah (Raja Kechil Besar) Raja Nazira Safya | ||||
| |||||
Ayahanda | Dato' Seri William Stanley Walker Salim Davidson | ||||
Bonda | Dato' Seri Sharifah Azaliah binti Syed Omar Shahabudin | ||||
Agama | Islam |
BiodataSunting
Tuanku Zara Davidson, adalah cicit kepada Sultan Kedah ke-26, Almarhum Sultan Hamid Halim Shah manakala datuknya, Syed Omar Bin Syed Abdullah Shahabuddin ialah Menteri Besar Kedah ketiga. Syed Omar belajar di London bersama dengan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bapanya Salim Davidson seorang peguam terkemuka. Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Isteri Syed Omar, Tunku Aminah Sultan Abdul Hamid Halim Shah, adalah anakanda Sultan Kedah ke-24 Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang juga merupakan adik kandung Tunku Abdul Rahman
PendidikanSunting
Sebelum ini Tuanku Zara kurang dikenali tetapi merupakan pelajar cemerlang di Universiti Nottingham dan memperoleh Ijazah Kelas Pertama dalam Kejuruteraan Kimia pada Julai 1995.
Secara kebetulan, ayahanda mentuanya, Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, juga adalah penuntut undang-undang di universiti yang sama serta mendapat Ijazah Pertama Undang-Undang pada 1953 sebelum dilantik sebagai peguam di England pada 1954.
Kecemerlangan dan ciri kepemimpinan Tuanku Zara sudah terserlah pada peringkat sekolah lagi kerana beliau pernah dilantik sebagai pengawas ketika di Tingkatan Empat dan Lima pada 1989 dan 1990 di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Ipoh dan turut aktif dalam sukan seperti Tenis, Skuasy dan Taekwando.
Beliau mempunyai minat mendalam dalam bahasa asing, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Convent, Ipoh dan mewakili sekolah dalam sukan skuasy dan tenis dari 1988 hingga 1990 serta mewakili Perak dalam renang antara 1981 hingga 1987. Zara Salim Davidson merupakan bekas perenang Perak. Zara juga mempunyai sijil penyelamat renang bertauliah dan peminat sukan lasak.
Selepas menamatkan A-Level di Prime College di Ipoh pada 1992, Tuanku Zara Salim Davidson ke Britain melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia di Universiti Nottingham dan lulus dengan ijazah kelas pertama pada Julai 1995.
KerjayaSunting
Beliau pernah bekerja dengan anak syarikat Petronas, Petlin (M) Sdn. Bhd. sebagai pengurus produk di Kerteh, Terengganu. Selain itu, beliau pernah menjadi Pengarah Urusan Forthwave Consulting Sdn Bhd, Syarikat Pembangunan Perisian dan Kejuruteraan Teknikal Hidrokarbon di Kuala Lumpur.
PerkahwinanSunting
Pemilihan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menjadikan Tuanku Zara sebagai teman hidup baginda adalah paling tepat, apatah lagi keperibadian tinggi dan kehalusan budi terpancar pada raut wajah Zara yang lemah lembut.
Tuanku Zara dikurniakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Besar Perak oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar selepas berlangsungnya perkahwinan diraja Raja Muda Raja Dr. Nazrin Shah dan DYTM Tuanku Zara Salim Davidson. Tuanku Zara juga dikurniakan Darjah Kerabat Sultan Azlan Shah (D.K.S.A).
Baginda Berkahwin dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada 17 Mei 2007 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan,Kuala Kangsar.
Pasangan diraja ini telah dikurniakan seorang putera, Raja Azlan Muzaffar Shah yang diputerakan pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri, Raja Nazira Safya yang diputerikan pada 2 Ogos 2011.
Pada 1 Januari 2012, Duli Yang Maha Muila Tuanku Zara Salim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Baginda juga adalah Penaung Persatuan Kesihatan Keluarga Perak, Convent Girls Alumni (COGA) dan Pandu Puteri Negeri Perak.
Raja Permaisuri PerakSunting
Tuanku Zara Salim Davidson dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak pada 20 Jun 2014 selepas suami Baginda, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjawat jawatan Sultan Perak ke-35 pada 28 Mei 2014 berikutan kemangkatan ayahanda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah.
Keluarga dan KerabatSunting
Sultan Nazrin Shah merupakan anak pertama dan Putera ke-1 Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu (Raja Kechil Sulung Perak) Raja Ashman Shah (mangkat pada 2012), Raja Azureen, Raja Elenna, adinda Raja Yong Sofia.
Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah berkahwin dengan Yang Mulia Zara Salim Davidson. Mereka mendapat seorang putera dan seorang puteri, iaitu Yang Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya.
Name | Keputeraan | Tempat Keputeraan | Umur |
---|---|---|---|
Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
27 November 1956 | George Town, Pulau Pinang | 64 tahun, 2 bulan dan 29 hari |
Yang Teramat Mulia Raja Azlan Muzzaffar Shah (Raja Kechil Besar Perak) |
14 Mac 2008 | Hospital Pakar Damansara, Selangor | 12 tahun, 11 bulan dan 11 hari |
Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya |
2 Ogos 2011 | Hospital Pakar Damansara, Selangor | 9 tahun, 6 bulan dan 23 hari |
Kurniaan Darjah KebesaraanSunting
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) (Pada 6 Mei 2015)
- Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Yang Dihormati (D.K.S.A.) (Pada 18 Mei 2007)
GelaranSunting
Gelaran hormat bagi Tuanku Zara Salim | |
Gaya panggilan | Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Yang Maha Mulia |
Gaya pilihan | Tuanku |
- 22 Mac 1973 - 17 Mei 2007: Yang Mulia Che' Zara Salim Davidson
- 17 Mei 2007 - 29 Mei 2014: Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Zara Salim Davidson, Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan
- 29 Mei 2014 - Kini : Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
Pautan luarSunting
- Zara Salim Davidson will become Raja Puan Besar of Perak The Star, 11 May 2007.
- Zara is great-grandchild of Kedah’s Sultan Abdul Hamid The Star, 11 May 2007.
- Ex-Nottingham U Top Student Zara Davidson To Wed Raja Muda Of Perak Bernama, 8 May 2007.
- Raja Muda Perak And Zara Tie The Knot Bernama, 17 May 2007.
- Tuanku Zara Is Raja Puan Besar Perak Bernama, 18 May 2007.
- Find Articles: Son for Raja Nazrin, Tunku Zara New Straits Times, 15 March 2008.
- Young prince makes the photographers day New Straits Times, 22 May 2012.
- ‘Confidence in legal system vital’ The Star, 23 May 2012.
- Lawasia: Lawyers - Dato’ William Stanley Walker Davidson Retrieved 30 January 2011.
- Perak - The Siak Dynasty: Genealogy Retrieved 30 January 2011.
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim Tarikh keputeraan: 22 Mac 1973
| ||
Kerabat diraja Malaysia | ||
---|---|---|
Didahului oleh Kosong sejak April 1987 |
Raja Puan Besar Perak 17 Mei 2007 - 20 June 2014 |
Diikuti oleh: Raja Nor Mahani Binti Almarhum Shahar Shah |
Gelaran pemerintah | ||
Didahului oleh Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali |
Raja Permaisuri Perak 20 June 2014 - Kini |
Pemegang jawatan kini |