Tujuh Biang Keladi

Filem Tujuh Biang Keladi merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1984. Filem Tujuh Biang Keladi diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Tujuh Biang Keladi
PengarahAziz Sattar
Lakon layarAziz Sattar
Cerita olehOsman Abadi
Dihasilkan olehZulkifli Haji Ahmad
DibintangiRaffi Hussain
Norlida Ahmad
Liza Abdullah
Ismail Hutson
Muzik olehOmar Taib
Diedarkan olehNirwana Film Production Sdn Bhd
Tarikh tayangan
  • 3 April 1984 (1984-04-03) (Malaysia)
Masa tayangan
110 Minit
Negara Malaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM251,965.82

Filem ini mula ditayangkan pada 3 April 1984 di pawagam seluruh negara.

Pengarah sunting

Filem Tujuh Biang Keladi diarah oleh pengarah Aziz Sattar pada 1984.

Sinopsis sunting

Filem ini mengisahkan Mona telah membawa diri dari Kelantan ke Kuala Lumpur kerana telah dimarahi oleh ayahnya akibat membuat sumbang di kampungnya. Di Kuala Lumpur, Mona menumpang tinggal bersama 6 orang gadis iaitu Esah, Afidah, Nina, Shamsiah, Ramlah dan Zakiah.

Mona hanyut dengan kehidupan di kota. Dia banyak terpengaruh dengan kehidupan rakan-rakan serumahnya. Selepas tiga tahun Mona langsung tidak mengirim khabar pada ayahnya di kampung. Ayah Mona yang sedang sakit dan sangat merindui anaknya telah meminta bantuan anak muridnya Mail untuk mencari Mona di Kuala Lumpur.

Dengan bantuan Salleh, akhirnya Mail berjaya menemui Mona dan mengajak dia balik ke kampung untuk melawat ayahnya yang sakit. Mona berdegil dan tidak mahu pulang ke kampung sehinggalah satu kejadian buruk yang telah menimpa dirinya yang telah mengubah kehidupan Mona.

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

Pelakon Pembantu sunting

  • Liza Abdullah sebagai Esah@Aishah
  • Norehan Yaakob sebagai Afidah
  • Rose Hazira Sudin sebagai Zakiah
  • Yusma Laili Md Suhaimi sebagai Shamsiah
  • Aini Noor sebagai Ramlah
  • Nor Akma Yunus sebagai Ana
  • Ismail Hutson sebagai Jalal
  • Megat Hashim sebagai Tahir
  • Shamsudin Baslah sebagai Zamri
  • M. Rajoli sebagai Salleh
  • M. Shahdan sebagai Peminta Derma

Penampilan Istimewa sunting

  • Osman Zailani sebagai Ayah Mona
  • Rohaya Rahman sebagai Mak Aji Hawa
  • A.R Ayappan sebagai Mamat

Penyanyi sunting

Lihat juga sunting