Tukang ekor putih (burung)

Tukang ekor putih (Hydropsalis cayennesis) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui di kawasan tropika di Amerika Tengah dan Selatan.

Tukang ekor putih
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Hydropsalis
Spesies:
H. cayennensis
Nama binomial
Hydropsalis cayennensis
(Gmelin, JF, 1789)

Taksonomi sunting

Ia diperihalkan rasminya pada tahun 1789 oleh semulajadiman Jerman Johann Friedrich Gmelin dalam Systema Naturae (karya Carl Linnaeus) suntingannya yang disemak dan diperluaskan. Beliau menyusunkannya bersama semua tukang lain dalam genus Caprimulgus dan mencipta nama binomial Caprimulgus cayennesis.[2] Gmelin berdasarkan pemerihalannya mengenai "L'engoulevent varié de Cayenne" yang diperihalkan pada tahun 1779 oleh polimat Perancis Georges-Louis Leclerc, Comte de Buffon dalam karyanya Histoire Naturelle des Oiseaux. Lukisan warnaan tangan turut diterbitkan.[3][4]

Berdasarkan kajian filogenetik molekul oleh Kin-Lan Han dan kolaborator yang diterbitkan pada tahun 2010, ia kini disusunkan bersama tiga spesies lain dalam genus Hydropsalis.[5][6][7] Genus tersebut diperkenalkan pada tahun 1832 oleh semulajadiman Jerman Johann Georg Wagler.[8] Nama genusnya menggabungkan Hudro- dari bahasa Yunani Kuno yang bermaksud "air-" dengan psalis yang bermaksud "sepasang gunting". Epitet spesies cayennesis adalah dari Cayenne, Guiana Perancis, ketempatan jenisnya.[9]

Enam subspesies diiktiraf:[7]

  • H. c. albicauda (Lawrence, 1875) – Kosta Rika ke utara Kolombia
  • H. c. aperta (Peters, JL, 1940) – barat Kolombia dan utara Ekuador
  • H. c. cayennesis (Gmelin, JF, 1789) - timur Kolombia melalui Venezuela dan Guiana ke utara Brazil
  • H. c. insularis (Richmond, 1902) - timur laut Kolombia dan utara Venezuela dan pulau-pulau berdekatan
  • H. c. leopetes (Jardine & Selby, 1830) – Trinidad dan Tobago
  • H. c. manati (Pinchon, 1963) – Martinique (Antillen kecil)

Pemerihalan sunting

Panjangnya ialah 20 hingga 22.5 cm (7.9 hingga 8.9 in). Jantan mempunyai berat 33 hingga 40 g (1.2 hingga 1.4 oz) dan betina 32 hingga 38 g (1.1 hingga 1.3 oz). Jantan subspesies penama mempunyai bahagian atas perang-kelabu dengan bintik-bintik dan jalur-jalur perang hingga perang kehitaman. Mukanya mempunyai supersilium putih atau kuning pucat dan "misai". Leher belakangnya mempunyai relang perang-kuning pucat luas. Sayapnya amnya kelabu hingga perang kehitaman dengan tanda kuning keperangan dan kuning pucat. Jalur putih kelihatan pada kedua-dua sayap kembang dan kuncup. Ekornya kelihatan sedikit bercabang; semua kecuali sepasang bulu yang paling dalam ialah putih sebahagiannya hingga sepenuhnya. Dagu dan tekaknya putih. Dadanya kuning pucat dengan sedikit lelang, sorot perang, dan tompok putih ketara. Perut dan lambungnya putih dengan kuning pucat pudar. Betina subspesies penama keseluruhannya lebih gelap. Ia tidak mempunyai putih pada sayap atau ekornya. Tekaknya kuning pucat, dadanya perang, dan perutnya kuning pucat dengan sorot perang.[10]

H. c. albicauda mirip dengan spesies penama, tetapi perut jantan sedikit kuning pucat pekat dan bahagian bawah betina kuning pucat keperangan gelap. Sayap dan ekor H. c. aperta lebih panjang berbanding subspesies penama. Ia mirip H. c. albicauda, namun bahagian atas dan bawah betinanya lebih gelap. H. c. insularis lebih pucat berbanding spesies penama dan mungkin lebih kecil. Bahagian atasnya, terutamanya gombak, lebih kuning pucat. H. c. leopetes mirip spesies penama, tetapi kuning pucat relang dan tanda lainnya lebih terang. Bahagian bawah jantan lebih gelap dan bahagian atas betina lebih pucat. H. c. manati lebih gelap berbanding spesies penama dan mempunyai kurang putih pada ekornya.[10]

Seruannya ialah "pt-ciiiiiiiiiiii tinggi dan nipis, nada kedua ialah siulan meninggi yang panjang dan menurun sedikit di hujungnya." Jantan menyanyi dari senja hingga ke malam semasa musim pembiakan. Seruan termasuklah "wiir serak dalam penerbangan" dan "tik-tik nipis" apabila dipaksa keluar dari tempat berteduh.[10]

Taburan dan habitat sunting

Ia ditemui di "Kepulauan ABC", Brazil, Kolombia, Kosta Rika, Ekuador, Guiana Perancis, Guyana, Martinique, Panama, Suriname, Trinidad dan Tobago, dan Venezuela.

Ia gemar landskap terbuka seperti savana, padang rumput, padang rumput semak, dan lereng bukit dengan semak belukar berselerak.[10]

Tingkah laku dan ekologi sunting

Pemakanan sunting

Ia bersifat malaman. Ia kebanyakannya meramu dengan menangkap mangsa dari tanah atau tenggeran tetapi juga akan memburu dalam penerbangan rendah di atas padang rumput terbuka. Makanannya ialah serangga tetapi tidak diketahui secara terperinci. Ia bertengger di atas tanah pada siang hari.[10]

Pembiakan sunting

Musim pembiakannya belum ditakrifkan dengan baik tetapi diketahui berbeza-beza mengikut julatnya. Jantan membuat paparan bertepuk sayap. Saiz sangkak ialah dua biji telur; telur ditelurkan terus ke atas tanah dan hanya betina yang mengeramkannya.[10]

Status sunting

IUCN telah menilainya sebagai Kurang Membimbangkan. Ia mempunyai julat yang besar dan populasi yang besar, walaupun populasinya dipercayai semakin berkurangan. Tiada ancaman khusus telah dikenalpasti kecuali di Martinique, di mana pemusnahan habitat dan pemangsa yang diperkenalkan menjadi sebab yang membimbangkan.[1][10]

Rujukan sunting

  1. ^ a b BirdLife International (2020). "White-tailed Nightjar Hydropsalis cayennensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020. Dicapai pada 8 October 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Gmelin, Johann Friedrich (1789). Systema naturae per regna tria naturae : secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis (dalam bahasa Latin). 1, Part 2 (ed. 13th). Lipsiae [Leipzig]: Georg. Emanuel. Beer. m/s. 1031.
  3. ^ Buffon, Georges-Louis Leclerc de (1779). "L'engoulevent varié de Cayenne". Histoire Naturelle des Oiseaux (dalam bahasa French). 6. Paris: De l'Imprimerie Royale. m/s. 545–546.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Buffon, Georges-Louis Leclerc de; Martinet, François-Nicolas; Daubenton, Edme-Louis; Daubenton, Louis-Jean-Marie (1765–1783). "Crapaud-volant varié de Cayenne". Planches Enluminées D'Histoire Naturelle. 8. Paris: De L'Imprimerie Royale. Plate 760.
  5. ^ Han, K.-L.; Robbins, M.B.; Braun, M.J. (2010). "A multi-gene estimate of phylogeny in the nightjars and nighthawks (Caprimulgidae)". Molecular Phylogenetics and Evolution. 55 (2): 443–453. doi:10.1016/j.ympev.2010.01.023.
  6. ^ Nores, Manuel; Stiles, Gary (May 2012). "Proposal 522: An alternative classification of nightjar species in the New World". South American Classification Committee, American Ornithologists' Union. Dicapai pada 3 July 2019.
  7. ^ a b Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (January 2022). "Frogmouths, Oilbird, potoos, nightjars". IOC World Bird List Version 12.1. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 7 July 2022.
  8. ^ Wagler, Johann Georg (1832). "Neue Sippen und Gattungen der Säugthiere und Vögel". Isis von Oken (dalam bahasa German). cols 1218–1235 [1222].CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 197, 95. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  10. ^ a b c d e f g Ferraro, M. M. (2020).