Penilikan nasib

(Dilencongkan dari Tukang tilik)
Rencana ini mengenai aktiviti komersil dalam kebudayaan moden. Lihat penilikan untuk perbincangan umum.

Penilikan nasib ialah amalan meramal masa depan atau nasib seseorang, kerap kali secara komersil. Khidmat ini diberikan tukang tilik nasib bagi dijadikan panduan untuk mencorakkan kehidupan.

Die Wahrsagerin, Jerman, abad ke-18
Die Wahrsagerin, Michail Alexandrowitsch Wrubel (1895)

Penipuan sunting

Kaji selidik Universiti Malaya (UM) (2008-2009) terhadap 300 penduduk bandar keturunan India di Malaysia mendapati mereka tertipu. Pensyarah kanan di Jabatan Pengajian India UM, Dr G. Sivabalan di Persidangan Klasik Tamil Sedunia menyangkal kaedah kaedah bertenung nasib "Nadi Astrologi" yang terkenal dalam kalangan penganut agama Hindu.

Teknik dan kaedah sunting

Berpandu kepada garisan di tapak tangan, nasib masa lalu, masa kini dan akan datang kononya dapat diketahui. Biasanya mereka merujuk kepada teks kuno yang tertulis pada daun. 1980-an ramai penilik nasib dari India Selatan datang ke Malaysia memberi khidmat dengan berbekalkan berjilid-jilid helai palma. Bayaran RM1,000 dikenakan . UM bekerjasama dengan Persatuan Penulis Tamil Malaysia untuk mengkaji manuskrip Tamil helai palma yang mengandungi preskripsi "Siddha" bagi merawat penyakit. UM bekerjasama dengan Tanjavur Tamil University dari Selatan India bagi melatih rakyat Malaysia dalam bidang ini.[1]

Rujukan sunting