Dalam anatomi manusia, tulang selangka atau klavikel merupakan tulang panjang jarak dekat yang berfungsi sebagai sangga di antara tulang belikat dan tulang dada. Tulang selangka ialah satu-satunya tulang panjang di dalam badan yang tersusun secara mengufuk. Ia menganggotai bahagian bahu dan girdel pektoral, bahkan dapat dirasai oleh semua manusia; pada mereka yang kurang lemak pada anggota berkenaan, kedudukan tulang selangka jelas kelihatan dengan terbentuknya benjol pada kulit.

Tulang selangka
Tulang selangka (bertanda merah)
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa LatinClavicula
MeSHD002968
TAA02.4.02.001
FMAFMA:13321
Istilah anatomi tulang

Nama lainnya, klavikel, dipinjam daripada clavicle bahasa Inggeris, asalnya daripada perkataan Latin: clavicula ("anak kunci kecil") kerana tulangnya berpusing di sepanjang paksinya seperti anak kunci apabila bahunya diabduksi.

Lihat juga sunting


Rujukan sunting