Tulus Cinta
Tulus Cinta adalah telefilem Malaysia 2018 yang bertemakan kekeluargaan dan konflik. Drama ini telah ditayangkan pada hari Sabtu, 17 Mac 2018 pada jam 9:00 malam melalui saluran TV3 di slot Cerekarama TV3.[2]
Tulus Cinta | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Shahremy Ikmal |
Pengarah | Ellie Suriati[1] |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit | Sha's Media Sdn.Bhd. |
Tempoh siaran | 84 minit |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal |
|
SinopsisSunting
Maira mula menyendiri apabila mengetahui yang dia disahkan leukemia. Pertemuannya dengan Azim yang membantunya ketika rebah mengeratkan lagi hubungan mereka. Pada mulanya, Azim tidak mengetahui bahawa Maira menghidapi Leukimia sehinggalah suatu hari Maira kembali lemah dan dirawat dihospital. Hana, kekasih Azim mula curiga dengan tingkah laku Azim. Hana mula mengekori Azim dan akhirnya dia mengetahui yang Azim kini berkawan baik dengan Maira. Hana cuba untuk merebut haknya sebagai teman wanita Azim daripada Maira. Maira merasa tertipu dengan perbuatan Azim kerana selama ini Azim tidak pernah berterus terang. Maira rasa dipermainkan oleh Azim. Namun Azim punya sebabnya tersendiri, hatinya sudah terpaut kepada Maira. Maira adalah wanita sempurna di matanya.
PelakonSunting
Anugerah dan pencapaianSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Skrin 2018[4][5] | Drama Terbaik | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ "'Senarai anugerah penuh Anugerah Skrin 2018'". Xtra. Dicapai pada 27 Oktober 2018.
- ^ "'Telefilem Tulus Cinta (TV3)'". MyInfoTaip. Dicapai pada 27 Oktober 2018.
- ^ "'Bosan rehat lama-lama'". Harian Metro. Dicapai pada 27 Oktober 2018.
- ^ "'12 karya bakal dinilai untuk Drama Terbaik ASK2018'". mSTAR. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-27. Dicapai pada 27 Oktober 2018.
- ^ "'Senarai anugerah penuh Anugerah Skrin 2018'". Xtra. Dicapai pada 27 Oktober 2018.