Tumpahan minyak Korea Selatan 2007

Tumpahan minyak MT Hebei Spirit merupakan tumpahan minyak asli yang besar di Korea Selatan yang bermula awal pagi 7 Disember 2007 masa tempatan, dengan kesan alam sekitar dan ekonomi yang berpanjangan. Menurut beberapa pegawai kerajaan, tumpahan minyak ini merupakan tumpahan minyak yang paling teruk di negara tersebut, lebih serius berbanding dengan tumpahan yang berlaku pada tahun 1995.[1][2] Tumpahan minyak ini adalah hampir satu per tiga saiz tumpahan minyak Exxon Valdez.[3]

Seorang sukarelawati mengumpul minyak dari pantai
Lokasi pelabuhan Daesan di Korea Selatan

Latar belakangSunting

Kira-kira jam 7:30 pagi waktu tempatan, sebuah baj kren milik Samsung Heavy Industries yang sedang ditunda terlanggar kapal tangki Hebei Spirit yang membawa 260,000 tan minyak mentah Peristiwa ini terjadi berhampiran Pelabuhan Daesan di persisiran Wilayah Taean.

KesanSunting

Pada mulanya, tumpahan ini dipercaya tidak akan merebak disebabkan cuaca musim dingin yang sejuk. Akan tetapi, disebabkan berlakunya cuaca yang panas dari biasa dan juga ombak kuat serta arah angin yang tidak terjangka, luas permukaan tumpahan minyak tersebut telah merebak dengan lebih teruk daripada apa yang dijangkakan.[4]

RujukanSunting

  1. ^ "Worst Oil Spill". Korea Times. 2007-12-09. Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam: |publisher= (bantuan)
  2. ^ "South Korea battles worst oil spill ever: officials". Channel News Asia. 2007-12-08.
  3. ^ http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/7135896.stm
  4. ^ "Clearing Oil Contamination to Take at Least Two Months". Korea Times. 2007-12-09.