Abdul Razak Hussein

Perdana Menteri Malaysia ke-2
(Dilencongkan dari Tun Abdul Razak)

Allahyarham Orang Kaya Indera Shahbandar X Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein (Jawi: عبد الرزاق بن حسين; 11 Mac 1922 – 14 Januari 1976) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua dari September 1970 hingga kematiannya pada Januari 1976. Dasar Ekonomi Baru merupakan buah fikiran Tun Abdul Razak, bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Malaysia untuk mengatasi ketidakseimbangan ekonomi. Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan Buku Hijau dan Buku Merah, untuk merancang serta memantau pembangunan luar bandar dan sektor pertanian.[1] Setimpal dengan segala jasa dan sumbangannya terhadap pembangunan luar bandar dan di peringkat nasional, Tun Abdul Razak telah diberi gelaran “Bapa Pembangunan Malaysia”.[2]


Abdul Razak Hussein

DMN; DK (Pahang); DK (Kelantan); SMN; DUK (Kedah); DUPN (PP); SIMP (Pahang); SPDK (Sabah); SPMP (Perlis); SPMS (Selangor); SPMJ (Johor); SPMK (Kelantan); SPMT (Terengganu); SPCM (Perak); DP (Sarawak); SPMB (Brunei); GCMG (United Kingdom)
عبد الرزاق حسين
Malaysia Perdana Menteri Malaysia ke-2
Digelar sebagai
Bapa Pembangunan
باڤ ڤمباڠونن
Dalam jawatan
22 September 1970 – 14 Januari 1976
Raja Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (1970–1975)
Kelantan Sultan Yahya Petra (1975–1979)
Timbalan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (1970–1973)
Tun Hussein Onn (1973–1976)
Didahului oleh Tunku Abdul Rahman
Digantikan oleh Tun Hussein Onn
Timbalan Perdana Menteri Malaysia pertama
Dalam jawatan
1 September 1957 – 21 September 1970
Raja Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman (1957–1960)
Selangor Sultan Hisamuddin Alam Shah (1960–1960)
Perlis Tuanku Syed Putra Jamalullail (1960–1965)
Terengganu Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1965–1970)
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman
Didahului olehPejabat ditubuhkan
Digantikan oleh Ismail Abdul Rahman
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pekan, Pahang
Dalam jawatan
1959–1976
Digantikan oleh Najib Razak
Pahang Darul Makmur Menteri Besar Pahang ke-3
Dalam jawatan
1 Februari 1951 – 15 Jun 1955
Didahului olehTengku Muhamad Sultan Ahmad
Digantikan olehTengku Muhamad Sultan Ahmad
Butiran peribadi
LahirAbdul Razak bin Hussein
11 Mac 1922
Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia)
Meninggal dunia14 Januari 1976(1976-01-14) (umur 53)
London, United Kingdom
Sebab kematianAcute lymphocytic leukemia
Tempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur
KewarganegaraanMalaysia
KerakyatanMelayu
Parti politik UMNO
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan (1955–1973)
Barisan Nasional (1973–1976)
PasanganTun Rahah Tan Sri Mohamed Noah (k. 1952)
Anak-anakMohd Najib
Ahmad Johari
Mohamed Nizam
Mohamed Nazim
Mohamed Nazir
Ibu bapaDato' Hussein Awang Mohd Taib (Bapa)
Datin Hajah Teh Fatimah Daud (Ibu)
HubunganTan Sri Mohamed Noah Omar (Bapa Mentua)
Tun Hussein Onn (Biras)
Tun Abdul Rahman Ya'kub (Besan)
Tan Sri Abdul Aziz Taha (Besan)
PendidikanIjazah Undang-Undang
Alma materLincoln's Inn, London, United Kingdom
PekerjaanMenteri
ProfesionAhli Politik
Peguam

Kehidupan peribadi sunting

Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang serta merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Awang Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud.[3] Beliau juga merupakan keturunan bangsawan berbangsa Bugis yang menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang. Bapanya, Dato' Hussein pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Bentong. Beliau diberi gelaran Orang Kaya Indera Syahbandar dan Orang Kaya Berempat Pahang. Gelaran ini diwarisi oleh Tun Abdul Razak kemudiannya yang turut pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam setelah menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.[4]

Pendidikan sunting

Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.

Selepas peperangan, beliau pergi ke United Kingdom pada tahun 1947 untuk belajar jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di United Kingdom, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Di samping itu, beliau juga menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut di Malaya. Pada tahun 1950, beliau menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London, United Kingdom.

Kerjaya sunting

Selepas kepulangannya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya dan bergiat dalam bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun.

Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British dang portfolio Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Pertahanan Menteri. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai "Buku Merah".

Perdana Menteri (1970-1976) sunting

Beliau mengisytiharkan Keadaan Darurat selepas kejadian berdarah 13 Mei 1969 dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970, beliau mewarisi Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Beliau menjadi terkenal terutamanya selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan kemiskinan dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi antara kaum.

Beliau telah menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan Parti Perikatan. Beliau juga menambah ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik.

Disebabkan sebahagian daripada penyakit acute leukemia, beliau meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London. Beliau disemadikan di berdekatan Makam Pahlawan yang berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran Bapa Pembangunan.

Dalam budaya masyhur sunting

Tun Razak dilakonkan oleh Rusdi Ramli dalam filem 2013, Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba.

Filemografi sunting

List of films
Tahun Tajuk Peranan Nota Pautan
1969 The Red Book Tun Abdul Razak Tun Abdul Razak tampil secara khas untuk menerangkan dasar pembangunan ekonomi luar bandar.[5] Filem ini diterbitkan oleh Filem Negara Malaysia (kini FINAS).
Video luar
  Retrospektif: The Red Book (1969) melalui laman YouTube milik FINAS.

Garis masa sunting

  • 1922: Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada 11 Mac.
  • 1934 (umur 12): Melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di maktab melayu kuala kangsar.
  • 1947 (umur 25): Mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di England.
  • 1950 (umur 28): Menerima ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn. Sekembali ke tanah air, beliau menyertai Perkhidmatan Awam dan juga dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno.
  • 1951 (umur 29): Dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno.
  • 1952 (umur 30): Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
  • 1955 (umur 33): Menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Bila Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum pertama pada tahun ini, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.
  • 1956 (umur 34): Berada di London sekali lagi bersama Tunku Abdul Rahman, kali ini sebagai anggota rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain.
  • 1957 (umur 35): Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan.
  • 1959 (umur 37): Dianugerahkan pingat Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) oleh Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad pada 31 Ogos 1959 yang membawa gelaran Tun.
  • 1969 (umur 47): Selepas perselisihan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas pilihan raya tahun, keadaan darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Abdul Razak sebagai ketuanya.
  • 1970 (umur 48): Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua pada September, selepas Tunku meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan. Beliau memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada pertengahan tahun untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian kekayaan negara yang lebih saksama.
  • 1972 (umur 50): Menjemput Dr Mahathir Mohamad, yang disingkir pada 1969, kembali ke pangkuan UMNO gara gara surat peribadi beliau kepada Tunku.
  • 1976 (umur 54): Meninggal dunia akibat acute leukemia di London pada Januari. Dikebumikan di berdekatan Makam Pahlawan,berdekatan Masjid Negara.

Sumbangan sunting

  • Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
  • Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
  • Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
  • Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.
  • Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986.
  • Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
  • Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990.

Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990 Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991 Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999

Anugerah sunting

Kehormatan Malaysia sunting

Kehormatan Antarabangsa sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Tun Abdul Razak Dato' Hussein". Perdana Leadership Foundation.
  2. ^ "40 tahun perginya 'Bapa Pembangunan Malaysia'". Bernama. Astro Awani. 13 Januari 2016. Dicapai pada 17 November 2021.
  3. ^ a b Hoiberg, Dale H., penyunting (2010). "Abdul Razak bin Hussein, Tun Haji". Encyclopædia Britannica. 1 (ed. 15th). Chicago, Illinois: Encyclopædia Britannica Inc. m/s. 21. ISBN 978-1-59339-837-8.
  4. ^ "1967 Ramon Magsaysay Award for Community Leadership – Tun Abdul Razak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-10. Dicapai pada 2020-03-09.
  5. ^ Hassan Abdul Muthalib. Malaysian Cinema in a Bottle: A Century (and a Bit More) of Wayang. Merpati Jingga. m/s. 88. ISBN 9789670584010.
  6. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1976" (PDF). Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 17 Februari 2020. Dicapai pada 6 Mei 2021.
  7. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1959" (PDF). Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 6 Mei 2019.
  8. ^ "SPMS 1965". awards.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-10. Dicapai pada 26 December 2020.
  9. ^ "Tun Razak di-kurnia GCMG oleh Queen". eresources.nlb.gov.sg. Singapura: Berita Harian. 24 Februari 1972. OCLC 220731980. Dicapai pada 6 Mei 2021.
  10. ^ "No. 44404". The London Gazette. 8 September 1967. m/s. 9801.

Pautan luar sunting