Tun Faisal Ismail bin Aziz

Datuk Tun Faisal Ismail Aziz (lahir 9 Oktober 1971) adalah bekas seorang Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) daripada 12 Feb 2014 sehingga Mei 2018. Beliau merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, mantan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan merupakan mantan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia daripada Dis 2009 - Dis 2013.


Tun Faisal Ismail

PMW (Wilayah Persekutuan)
Setiausaha Akhbar kepada
Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia
MenteriAnnuar Musa
Butiran peribadi
LahirTun Faisal Ismail bin Aziz
(1971-10-09) 9 Oktober 1971 (umur 52)
Ipoh, Perak, Malaysia
Parti politikUMNO (-2023)
BERSATU (2023-kini)
PasanganDatin Norhafilah Mohammad Khawari
Anak-anakTun Mahammedd Dhaemm Al-hakkim
Tun Mahammedd Fhaezz Al-hakkim
Tun Farrah Asyikin
Tun Dianna Asyikin
IbuPuteri Faizahh binti Megat Aliass
BapaAzziz bin Panddak
Pekerjaan9
Laman web rasmihttp://www.tunfaisal.my, http://tunfaisal.blogspot.com

Beliau pernah menjadi Pegawai Khas (Dasar) kepada Menteri Pelajaran semasa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi Menteri Pelajaran (2004 - 2009). Beliau terlibat dalam penulisan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 KPM, Rancangan Malaysia ke-9 KPM, penulis ucapan Menteri Pelajaran, jawapan Parlimen dan kertas-kertas Kabinet. Beliau juga pernah menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri (2010 - 2013) yang membantu dalam perkara dasar berkaitan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPAM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AaDK).

Penulis ucapan dasar Menteri Pelajaran, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, jawapan Parlimen (Dasar); Operasi Perang Siber dan media sosial Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Cybertrooper Pemuda BN, Laman Web Pemuda UMNO, RELA dan JASA (Media Sosial). Pengarah Bahagian Pembangunan Kandungan JASA (Konten). Penerbitan Buku JASA. Messaging Coordination Team (MCT) Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau juga terlibat dalam unit Perancangan Strategik untuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 KPM, Pelan Strategik ICT (ISP) KPM (Pendidikan); Penjenamaan semula RELA, pembentukan Skuad Muda Rela, Skuad Muda KDN, Sukarelawan Anti Dadah 1Malaysia (SKUAD 1M) (Keselamatan); Gerak kerja media social Pilihan Raya Kampus, Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Pengundi RELA, JPAM dan AdDK (Politik); Penambah baikkan Jabatan Farmasi Pusat Perubatan Selangor (Perkhidmatan Kesihatan), Messaging Coordination Team (MCT) Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam kalangan golongan profesional muda yang terlibat dengan Dewan Profesional Muda Malaysia (PROMUDA), aktif dalam perdebatan siber Promuda dan lebih dikenali ketika itu sebagai Penjejak Badai. Tun Faisal mula dikenali umum selepas bertanding menentang Datuk Ahmad Zaki Zahid, Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pertandingan tersebut beliau kalah dengan hanya tiga undi.[1][2]

Latar belakang keluarga sunting

Tun Faisal dilahirkan pada 9 Oktober 1971 di Ipoh, Perak. Anak pertama dari 3 orang adik beradik. Bapanya, Aziz bin Pandak, seorang guru berasal dari Lambor Kiri, Perak. Manakala ibunya, Puteri Faizah Binti Megat Alias, seorang guru agama berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau juga berasal dari susur galur darah keturunan Megat Terawis.

Sempat membesar di Teluk Intan semasa berumur empat hingga enam tahun, sebelum berpindah ke Tanjung Rambutan seterusnya ke Rapat Setia, Ipoh. Berkahwin dengan Norhafilah Mohammad Khawari yang lahir di Bagai Serai, Perak dan mempunyai empat orang anak.[perlu rujukan]

Pendidikan sunting

Tun Faisal menjalani pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Sri Kinta, Ipoh dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perak (SMKAP), Gunung Rapat (yang kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah (SMKASAS), Bandar Sri Iskandar) dan Kolej Islam Klang (KIK) yang selepas itu dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi Universiti Sains Malaysia di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Farmasi di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi dengan Kepujian pada tahun 1996.[3]

Latar belakang profesional sunting

Beliau merupakan ahli farmasi berdasarkan profesion. Menjalani latihan sebagai Pegawai Farmasi Pelatih di Hospital Ipoh sebelum menyertai Pharmacare Medicine Shoppe sebagai Pengurus Farmasi. Pada tahun 1998, beliau menyertai Pusat Perubatan Selangor (Selangor Medical Centre) dan menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Farmasi. Antara tugas beliau sebagai Ketua Jabatan Farmasi adalah; Mengurus operasi harian Jabatan Farmasi yang meliputi urusan-urusan pembelian, penyimpanan, pengagihan, pendispenan, penentuan caj bagi ubat-ubatan dan perkhidmatan runding cara. Menjalankan program latihan untuk kakitangan. Mengendalikan keperluan personel. Mengendalikan urusan antara jabatan, isu-isu dan juga masalah-masalah yang timbul. Antara pencapaian beliau di sana adalah berjaya mengembalikan keyakinan pengurus kawalan kredit pembekal terhadap SMC dan memastikan bekalan berterusan semasa krisis ekonomi sepanjang tahun 1998 - 1999. Berjaya mendapatkan kos terbaik untuk ubat-ubatan, iaitu antara yang terendah dalam Lembah Klang. Berjaya memperbaiki pengurusan dan kawalan inventori. Berjaya memperkenalkan regimen caj ubat-ubatan yang fleksibel dan kompetitif. Pendedahan Media semasa di SMC: Wawancara oleh TV3, bagi memberikan pandangan profesional penggunaan tablet Viagra, disiarkan dalam Bulletin TV3. Wawancara oleh Berita Harian bagi memberikan pandangan profesional berkenaan isu keracunan paracetamol (Panadol), disiarkan dalam Kolum Kesihatan Berita Harian. Wawancara oleh TV3 secara langsung dalam program 30 minit, Malaysia Hari Ini, bagi memberikan pandangan profesional berkenaan isu keracunan paracetamol Pendedahan Media: Wawancara secara langsung dalam program NONA, TV3 bagi memberikan pandangan profesional mengenai Pil Pelangsing dan Kesan-kesan Sampingannya Terhadap Pengguna.

Pada tahun 2001, beliau menyertai syarikat perunding, Sahabat Ceria Sdn Bhd sebagai Penyelidik dan Penulis Ucapan. Antara tanggung jawab beliau di sini adalah, bertanggungjawab untuk melakukan penyelidikan dalam bidang politik dan sosial, menyediakan Analisis Harian Siaran Media, Laporan Tahunan Siaran Media dan Perancangan Media, menyediakan kenyataan-kenyataan akhbar, butiran ucapan, pelbagai laporan dan artikel-artikel, menyediakan ucapan-ucapan pada acara-acara politik yang utama dan majlis-majlis penting, menghadiri seminar dan persidangan, dan menyediakan laporan penuh mengenainya; dan ditugaskan pada masa-masa tertentu untuk menyunting buku dan tugas-tugas menterjemahkan artikel dan ucapan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.

Mula bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia sejak Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 2004.[4] April 2004 – April 2009 - Bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran yang bertanggung jawab atas hal berkaitan dasar-dasar pendidikan.

Bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri, bermula 1 May 2010 sehingga May 2013. Tahun 2013 sehingga sekarang, bertugas di JASA sebagai Panel Pemikir JASA.

Latar belakang politik sunting

Tun Faisal adalah AJK UMNO Bahagian Putrajaya, Ketua Cawangan Bunga Kiambang, Putrajaya, mantan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Pemuda Cawangan Kiambang di dalam UMNO Bahagian Putrajaya. Tun Faisal merupakan ahli UMNO yang aktif walaupun beliau sering melaksanakan tugas di belakang tabir. Karier dalam bidang politik bermula apabila beliau terlibat dalam pasukan penulis ucapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada tahun 2001. Terlibat secara aktif dalam Biro Pendidikan Pemuda UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Adham Baba. Beliau merupakan pengerusi bagi Jawatankuasa Penyediaan Bahan Bercetak Konvensyen Pendidikan UMNO 2004 dan terlibat secara langsung menghasilkan buku Pertanyaan dan Jawapan mengenai dua isu penting ketika itu, iaitu isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Tun Faisal terlibat aktif semasa Pilihan Raya Umum ke-11 pada tahun 2004. Beliau merupakan pengasas Cybertroopers Pemuda UMNO, iaitu Pasukan Perang Siber Pemuda UMNO. Beliau juga membantu Exco Pemuda UMNO, Datuk Norza Zakaria dalam Unit Media Pemuda BN sebagai Ketua Unit Produksi yang bertugaskan untuk menghasilkan bahan-bahan bertulis dan berita sepanjang tempoh kempen pilihan raya.[5]

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12, beliau telah diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Jabatan Gerak Gempur Parlimen Putrajaya walaupun ketika itu beliau tidak memegang sebarang jawatan di dalam UMNO dan Pemuda Bahagian.

Dalam pemilihan parti pada tahun 2008, beliau telah mengambil langkah berani untuk membawa perubahan ke dalam Pemuda UMNO Putrajaya dengan menentang penyandang jawatan, Datuk Ahmad Zaki Zahid yang merupakan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri.

Walaupun tewas dalam pertandingan di bahagian, beliau telah berjaya meyakinkan perwakilan untuk memilih beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Ketika itu terdapat seramai 60 orang calon menawarkan diri dan beliau merupakan salah seorang daripada 20 orang yang terpilih (tempat ke-17 daris egi jumlah undi). Beliau telah diamanahkan untuk menjadi Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan pada masa yang sama diberi kepercayaan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, YB Datuk Ahmad Maslan untuk mengendalikan Unit Media Maya di bawah penerangan UMNO.

Latar belakang dalam media sosial sunting

Tun Faisal mula terlibat dalam perang siber dan debat online sejak tahun 1999, sejak zaman chat room dan yahoo groups lagi. Semasa PRU 2004, Tun Faisal menjadi Pengerusi Pembangunan Bahan, Unit Media Pergerakan Pemuda UMNO/BN di bawah kendalian Exco Pemuda ketika itu, Datuk Norza Zakaria dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau juga membantu penubuhan pasukan Cybertroopers Pemuda UMNO/BN dan mengetuai operasi Cybertroopers Pemuda UMNO/BN semasa PRU 2004. Pada tahun 2009 - 2013, beliau menjadi Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda Umno Malaysia (UMB). Menjadi Ketua Operasi jentera siber BN dalam PRK, Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kampus 2013. Beliau juga merupakan Pelopor kepada Modul Latihan Operasi Siber UMB.

Terdapat juga operasi-operasi khas yang dilakukan oleh Tun Faisal Ismail. Antaranya, pada Pilihanraya Kampus 2012/2013 beliau mengendali dan merangka strategi gerak saraf untuk jentera UMB dan jentera siber. Selain itu, beliau juga mengendalikan jentera UMB dalam operasi-operasi khas antaranya mengenai Persidangan Agung UMNO, Perhimpunan Bersih, Anti-Lynas, Bebas Anwar 901, Pro Aspirasi Mahasiswa, Jelajah Aman Kampus, Meja Bulat PTPTN, Demonstrasi PTPTN, Sambutan UMNO 66, Jelajah Destini Anak Bangsa UiTM, Bee Ant Blues Hari Belia Negara, Demonstrasi #JanjiBersih Ambang Merdeka dan Promosi Tweet Merdeka 55, 1M4U. Semasa Konvensyen Umno Pahang, beliau merangka strategi mengenai gerak saraf siber melalui Sidang Plenari berkaitan Gerakan Perang Siber bagi negeri Pahang. Di samping itu, beliau merupakan seorang anggota mesyuarat dalam jawatankuasa di bawah MKN iaitu Jawatankuasa Penyelarasan Penyebaran Maklumat di Internet dan Jawatankuasa Gerak Saraf di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Pengalaman profesional dalam bidang penyelidikan, pengurusan dan pentadbiran sunting

Tun Faisal merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang penyelidikan, pengurusan dan juga pentadbiran. Banyak pengalaman dan juga pencapaian yang telah beliau perolehi sepanjang tempoh penglibatannya.

Pada April 1998 - Januari 2000, beliau merupakan seorang ketua jabatan farmasi di Pusat Perubatan Selangor, Shah Alam. Semasa berkhidmat, beliau ditugaskan untuk menguruskan operasi harian Jabatan Farmasi yang meliputi urusan-urusan pembelian, penyimpanan, pengagihan, pendispenan, penentuan caj bagi ubat-ubatan dan perkhidmatan runding cara, menjalankan program latihan untuk kakitangan, mengendalikan keperluan personel dan juga mengendalikan urusan antara jabatan, isu-isu dan juga masalah-masalah yang timbul. Antara pencapaian Tun Faisal semasa menjadi ketua jabatan farmasi ialah beliau berjaya mengembalikan keyakinan pengurus kawalan kredit pembekal terhadap SMC dan memastikan bekalan berterusan semasa krisis ekonomi sepanjang tahun 1998 - 1999. Beliau juga berjaya mendapatkan kos terbaik untuk ubat-ubatan, iaitu antara yang terendah dalam Lembah Klang. Berjaya memperbaiki pengurusan dan kawalan inventori dan berjaya memperkenalkan regimen caj ubat-ubatan yang fleksibel dan kompetitif.

Pada Januari 2000 - Mac 2001, beliau merupakan pengarah pembangunan tapak dan kandungan di Cape Elegance Sdn Bhd, Gombak. Beliau diberi tanggungjawab untuk mendapatkan lebih banyak tapak bagi menempatkan 2 produk pengiklanan syarikat, iaitu Paparan Multimedia LED dan Stream Ten (TV). Beliau bertemu dengan pemilik tapak, pihak berkuasa tempatan dan pengarah-pengarah agensi kerajaan dan membentangkan kepada mereka kertas cadangan syarikat. Tun Faisal kemudian melihat kepada perincian perjanjian dan membantu untuk menyempurnakan perjanjian untuk projek. Di samping itu, beliau memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan mereka mendapat maklumat terkini berkenaan perkembangan dalam pasaran, produksi kandungan iklan dan sebarang maklumat terkini dari syarikat dan membantu pelanggan mereka bentuk iklan untuk memaksimumkan impak di Paparan Multimedia LED dan TV Stream Ten.

Pada April 2001 - Disember 2001, beliau menjadi seorang ketua jabatan farmasi di Pusat Perubatan Talam, Pandan Indah. Beliau merupakan pemegang lesen A farmasi bagi hospital. Selain itu, semasa berkhidmat di sini beliau membangunkan Jabatan Farmasi dan Jabatan Pembelian (Perolehan) bagi mengendalikan perolehan asset-aset tetap, ubat-ubatan, bahan pakai buang dan perkhidmatan. Merencana operasi Jabatan Farmasi melibatkan segala kertas kerja berkaitan, borang-borang dan prosedur, latihan kakitangan, pembelian inventori dan pengurusan personel, merencana aliran kerja dalam jabatan dan antara jabatan seperti Jabatan Kejururawatan, Klinik-klinik Pakar Perunding dan lain-lain dan merencana strategi caj dan harga ubat-ubatan, bahan pakai buang dan inventori yang lain.

Pada November 2001 - Julai 2003, beliau merupakan pengurus outlet dan ahli farmasi di Pharma-Consult Sdn Bhd, Selayang. Beliau adalah pemegang lesen A farmasi bagi premis perniagaan. Selain itu, beliau mengendalikan urusan harian premis dan mengendalikan latihan untuk pekerja berkaitan pengetahuan mengenai produk dan peraturan-peraturan mengikut akta Racun Berjadual dan Dadah Merbahaya. Terdapat juga pendedahan media yang dilakukan iaitu wawancara secara langsung dalam program NONA, TV3 bagi memberikan pandangan profesional mengenai Pil Pelangsing dan Kesan-kesan Sampingannya Terhadap Pengguna 2003.

Pada Januari 2002 - April 2004, beliau merupakan seorang penganalisis dan penyelidik di Sahabat Ceria Sdn Bhd, Bangsar. Melalui tempoh tersebut, beliau bertanggungjawab untuk melakukan penyelidikan dalam bidang politik dan sosial, menyediakan Analisis Harian Siaran Media, Laporan Tahunan Siaran Media dan Perancangan Media dan menyediakan kenyataan-kenyataan akhbar, butiran ucapan, pelbagai laporan dan artikel-artikel. Selain daripada tugas-tugas tersebut, beliau juga bertanggunggjawab menyediakan ucapan-ucapan pada acara-acara politik yang utama dan majlis-majlis penting, menghadiri seminar dan persidangan dan menyediakan laporan penuh mengenainya. Beliau ditugaskan pada masa-masa tertentu untuk menyunting buku dan tugas-tugas menterjemahkan artikel dan ucapan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.

Pada Julai 2003 - April 2004, beliau merupakan seorang pengurus outlet dan ahli farmasi. Beliau adalah pemegang lesen A farmasi bagi premis perniagaan, mengendalikan urusan harian premis dan mengendalikan latihan untuk pekerja berkaitan pengetahuan mengenai produk dan peraturan-peraturan mengikut akta Racun Berjadual dan Dadah Merbahaya.

Pendedahan Media sunting

Terdapat beberapa pendedahan media yang dilakukan oleh Tun Faisal. Antaranya:

  1. Ahli Panel Wacana SINAR ‘Kuasa Politik Mahasiswa’ bersama YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Prof Azmi Hassan, Muammar Gadafi Jamal, Azan Safar
  2. Ahli Panel program Bicara Rakyat oleh RTM bertajuk Kuasa Politik Media Sosial bersama YM Datuk Raja Arif Raja Ali dan blogger Big Dog
  3. Ahli Panel program Meja Bulat oleh Antara Pos bersama YB Shuhaimi Shafie (ADUN Sri Muda) bertajuk ‘Kebangsaan / Nepotisme Satu Warisan'
  4. Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Nik Nazmi Bik Ahmad ADUN Seri Setia dan Prof Datuk Abu Latif Abu Bakar bertajuk ‘Perang Media Baharu – Faktor Penentu PRU-13’
  5. Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam dan Dr Mohd Nor Manuty Ketua Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR bertajuk ‘Melayu Pasca PRU Ke-13’
  6. Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda dan Hatta Wahari Ahli DAP bertajk ‘Peranan Media Baru Menjelang PRU Ke-13’
  7. Ahli Panel program Bicara Kampus oleh RTM bertajuk PTPTN – Retorik vs Realiti
  8. Ahli Panel program Bicara Rakyat oleh RTM bersama Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah dan Prof Madya Dr Ismail Sulaiman bertajuk ‘Media Sosial: Peranan & Tanggungjawab’
  9. Ahli Panel program What Say You oleh MobTV mengenai ‘Peranan Cybertroopers Menjelang PRU13’
  10. Ahli Panel program What Say Youth oleh MobTV bertajuk mengenai ‘Peranan Blogger Merancakkan PRU13’ bersama Hasbeemasputra Abu Bakar
  11. Wawancara bersama Hishamudin Rais dalam segmen Current Affairs oleh BFM89.9 The Business Station bertajuk ‘Cybertroopers, Social Media and The State of Media in Malaysia’
  12. Wawancara program Kerusi Panas oleh Radio 24 Bernama bertajuk ‘Media Sosial sebagai ‘askar baru’ tangkis propaganda liar’
  13. Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Tony Pua (DAP), Tajuk - Middle Malaysia
  14. Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani bersama YB Amiruddin Shari (PKR), Tajuk - Mengimbau Pilihanraya Kecil dan Persediaan Pilihanraya Umum ke-13
  15. Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama Tn Hj Abbas Awang, Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan PKR. Tajuk - Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran
  16. Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Yusmadi Yusof, Tajuk - Internet: Antara Tapisan dan Kemajuan
  17. Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Abdullah Sani (PKR). Tajuk - Merebut Pentadbiran Selangor
  18. Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis, RTM. Tajuk - Kembali Bertaut
  19. Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani, Astro Awani. Tajuk - Pilihanraya Kecil Manek Urai

Program Bual Bicara, Seminar, Forum dan Persidangan sunting

  1. Ahli Panel Forum Wacana ‘PRU13  Harapan Malaysia’ bersama Dr Yuseri Yusoff (UIA), Dr Maszlee Malek (UIA) dan Dr Zuhdi Marzuki (PAS) anjuran MPP Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – 13 Mac 2013
  2. Penceramah ‘A One Day Seminar On Youth Media And Politics : New Identity’ – Present a Paper on  : ‘Political Cyber Warfare : A Malaysia Experience’ anjuran Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  3. Penceramah Program Destini Siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertajuk “Mahasiswa Dulu dan Kini"
  4. Penceramah Program Konvensyen Destini Kenegaraan Cell Pewaris Bangsa Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  5. Penceramah Program Karisma bersama Mahasiswa : “UMNO: Perjuangan Sebuah Bangsa"
  6. Seminar Internasional – Diplomasi Total Indonesia – Malaysia Perspektif Pemuda
  7. Ahli Panel sesi Interactive Forum ‘If things fall apart, will you still be there for your country?’ anjuran Kolej Mara Banting – 31 Ogos 2010
  8. Panel Diskusi Aspirasi: Mahasiswa & Politik Kepartian anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI)- 2010
  9. Penyampai Ucaptama Adobe Leadership Forum bertajuk The Evolution of Education in Malaysia – 2008
  10. Ahli Panel, Forum Pembangunan Modal Insan Putrajaya – Peranan PIBG dan Komuniti, anjuran Majlis Permuafakatan Pentadbir Sekolah dan Majlis Permuafakatan PIBG Putrajaya – 2008
  11. Ahli Panel sesi forum tidak rasmi sempena Seminar Antarabangsa Mengenai Keamanan dan Kesejahteraan Dunia, anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, USM – 1993
  12. Pembentang kertas kerja dalam sesi tidak rasmi Persidangan Antarabangsa Pertama Pelajar-pelajar Malaysia Mengenai Wawasan 2020, anjuran bersama ISIS dan Gabungan Pelajar 2020 – 1992

Kepimpinan dalam Persatuan/Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sunting

Antara jawatan kepimpinan yang pernah disandang oleh Tun Faisal adalah:

  1. Brigadier Jeneral Kehormat Ikatan Relawan Malaysia (RELA)
  2. Leftenan Kolonel Bersekutu Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
  3. Pengerusi Majlis Belia Kawasan Putrajaya 2009 - 2013
  4. Pengerusi Yayasan Pembangunan Modal Insan (INSAN)
  5. Pengerusi Kelab Sukan Komuniti Putrajaya 2009 - 2013
  6. Yang Di Pertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Putrajaya 2009 - 2012
  7. Pengerusi Persatuan Belia Putrajaya 2009 - 2013
  8. Presiden Persatuan Bolasepak Putrajaya - 2011 – 2013
  9. Naib Presiden Kelab Pemain Golf Putrajaya - 2009 - 2013
  10. The Young Professional Chamber Malaysia (Promuda) – Director 2003
  11. Sekretariat Melayu Muda – AJK 2003
  12. Yang Di Pertua Desasiswa Gemilang USM 1990/91
  13. Yang Di Pertua Persatuan Farmasi – Tahun Akhir USM 1995/96
  14. Yang Di Pertua Silat Cekak Malaysia, Kampus Cawangan Kubang Krian, USM

Aktiviti Kokurikulum sunting

Tun Faisal juga seorang yang aktif dalam bidang ko-kurikulum. Semasa pengajiannya di USM, beliau menceburkan diri dalam Pasukan Karate Inter-Varsiti USM dan mendapat anugerah Johan Pertandingan Inter-Varsiti - kumite, <50 kg, team, 1991, 1992. Bukan itu sahaja, beliau juga dinobatkan Johan Kebangsaan Goshin-Ryu, kumite kategori di bawah 50kg untuk tiga tahun berturut-turut 1988,1989,1990. Selain itu, beliau juga mengikuti Pasukan Bolasepak Matrikulasi USM. Beliau juga pernah mendapat Anugerah Saster Siswa pada tahun 1990 dalam kategori cerpen.

Rujukan sunting

  1. ^ [1]. Malaysian Insider.
  2. ^ Ahmad Zaki beats Tun Faisal by three votes TheStar Online
  3. ^ [pautan mati][2]. Laman Web Tun Faisal Ismail Aziz.
  4. ^ [3]. Laman Web Tun Faisal Ismail Aziz.
  5. ^ [4]. Laman Web Tun Faisal Ismail Aziz.

Pautan luar sunting