Tun Sri Lanang
Tun Muhammad bin Tun Ahmad (Jawi: تون محمد بن تون أحمد ) atau lebih dikenali dengan gelaran beliau, Tun Seri Lanang (Jawi: تون سري لانڠ )(1565 – 1659), ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615, serta penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu.
Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku) karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang Saujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor ke-11 dari 1699 hingga 1719). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid Al-Aydrus adalah anak kepada Tun Muhammad Ali Al-Aydrus (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).
Dalam pengetahuan orang-orang Melayu, nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah).[1]
Kehidupan Di Aceh
suntingKetika Perang Batu Sawar pada tahun 1613 berlaku, beliau dibawa ke Aceh sebagai tawanan bersama-sama Sultan Alauddin Riayat Shah III, Sultan Johor-Riau, adinda Sultan, Raja Abdullah (Sultan Abdullah Maayah Shah) dan kerabat diraja Johor serta 23000 rakyat Johor. Mereka yang ditawan itu dilayan baik oleh sultan Aceh malah Raja Abdullah sendiri dikahwinkan dengan adinda sultan Aceh, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam yang bernama Ratna Jauhari.
Pada akhir tahun 1613, Raja Abdullah dihantar pulang bersama-sama dengan 2000 tentera Aceh dan diberikan sejumlah wang oleh Iskandar Muda untuk membina semula kota Batu Sawar. Pada tahun 1614, Sultan Alauddin dibenarkan pulang setelah baginda berjanji untuk membantu Aceh melawan Portugis.[2]
Namun sebahagian besar rakyat Johor memilih untuk menetap di Aceh dan ditempatkan oleh sultan Aceh di jajahan bernama Samalanga termasuk Tun Seri Lanang yang dilantik sebagai ''Ulubalang'' atau gabenor Samalanga dan diberi gelaran ''' "Orang Kaya Dato' Bendahara Seri Paduka Tun Seberang" ''' oleh Aceh dan di Johor, beliau digelar '''Dato' yang ke Aceh''' .[3]
Ulubalang Samalanga
suntingTun Seri Lanang dilantik sebagai ulubalang Samalanga yang pertama yang terletak di pesisir timur Aceh pada tahun 1613 dan terus memerintah selama 40 tahun sehingga kematiannya pada tahun 1659 di Samalanga, Aceh.
Beliau telah menjadikan Samalanga sebagai pusat pendidikan di Kesultanan Aceh Darussalam. Beliau banyak membangunkan banyak masjid yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah tetapi juga pusat pengajian Islam seperti Kuta Blang, Mesjid Raya dan Masjid Matang Wakeuh.[4]
Beliau juga bertindak sebagai penasihat kepada Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Sultan Iskandar Thani dan Seri Ratu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah.
Pewaris
suntingKeturunan beliau Aceh yang telah bercampur baur dengan bangsawan Aceh, banyak yang menjadi tokoh terkenal seperti Pocut Meuligo-''Srikandi Aceh'', Amponsyik Teuku Muda Bugis, uleebalang Samalanga yang berhasil menewaskan Belanda dalam Perang Aceh (1873-1942) pada tahun 1881, Teuku Hamid Azwar, Teuku Daud Shah dan Teuku H Zainal Abidin Bendahara serta banyak lagi.[5]
Pewaris Terkini
suntingPewaris terkini yang diketahui mempunyai susur galur sampai ke Tun Seri Lanang ialah:
- Dato' Hajjah Pocut Haslinda T. Syahrul Muda Dalam binti Haji T. Abdul Hamid Azwar, merupakan waris generasi ke-8. Beliau bertugas sebagai Ketua Yayasan Tun Sri Lanang, Acheh,Indonesia. Beliau dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) pada 26 April 2012 oleh DYMM Sultan Ahmad Syah.[6]
- Tan Sri Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, seorang ahli politik Malaysia dan merupakan bekas Menteri Besar Pahang. Beliau adalah waris generasi Tun Seri Lanang yang ke-13.[7]
Lihat juga
suntingRujukan
suntingAhlul Bait Rasulullah dan Kesultanan Melayu, (Tun) Suzana (Tun) Osman dan Hj Muzaffar Dato Hj Mohamad
- ^ Misteri Tun Sri Lanang
- ^ Khazanah Bendahara Seri Maharaja
- ^ http://journal.uinjkt.ac.id/index.php/studia-islamika/article/view/371
- ^ Tun Sri Lanang, Raja Pertama Samalanga dan Kisah yang Terkubur Tiga Abad
- ^ https://kebudayaan.kemdikbud.go.id/bpcbaceh/352/
- ^ https://syehaceh.com/2021/06/16/kisah-tun-sri-lanang/
- ^ Akhbar Waspada, 25 Disember 2010, halaman 7