Tunang Pak Dukun
Tunang Pak Dukun merupakan sebuah filem komedi Melayu terbitan Cathay Keris pada tahun 1960. Filem ini diterbitkan dalam bentuk hitam dan putih tanpa warna.
Tunang Pak Dukun | |
---|---|
Dibintangi | Abdullah Chik, Rose Yatimah, Mahmud June, Shariff Medan, Dollah Sarawak |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1960 |
Negara | Singapura |
Bahasa | Bahasa Melayu (Loghat Negeri Sembilan) |
RingkasanSunting
Filem ini berkisarkan percintaan sepasang kekasih yang terhalang dek kerana fahaman karut dan kepercayaan yang telah ketinggalan zaman. Pelbagai cara dilakukan oleh Karim (Abdullah Chik) untuk mendapatkan restu keluarga gadis pujaan hatinya iaitu Tijah (Rose Yatimah). Akhirnya kepercayaan itu juga yang memberikan jalan penyelesaian.
PelakonSunting
- Abdullah Chik – Karim
- Rose Yatimah – Tijah
- Mahmud June - Majid
- Shariff Medan - Ketua Kampung
- Dollah Sarawak - Pak Salleh
- Salleh Ghani - Abang Hashim
- Siti Tanjung Perak - Mak Long Minah
- Rahimah Alias - Mak Tijah
LaguSunting
- Kaparinyo
- Pulang Merantau
- Tunang Pak Dukun
ProduksiSunting
Filem ini agak unik kerana ia menonjolkan budaya Adat Perpatih di Negeri Sembilan yang agak jarang difilemkan pada masa itu. Lagu ‘Pulang Merantau’ juga telah menjadi popular dan dijadikan lagu adat budaya Negeri Sembilan dan ditukar tajuknya menjadi ‘Mai Jo Pulang’.