Tunjuk perasaan Kazakhstan 2022

siri tunjuk perasaan di Kazakhstan yang bermula pada 2 Jan 2022 selepas kenaikkan harga bahan bakar

Pada Januari 2022, sebuah protes di Kazakhstan berlaku berikutan kenaikan mendadak harga minyak yang dikatakan oleh pihak pemerintah berlaku disebabkan oleh permintaan yang tinggi serta penetapan harga. Protes mula berlaku di bandar minyak Zhanaozen sebelum merebak ke seluruh negara,[7] termasuk kota terbesar, Almaty. Kemarahan terhadap pemerintahan serta bekas presiden Nursultan Nazarbayev juga menerbitkan demonstrasi yang lebih ketara. Oleh kerana tiada kumpulan pembangkan popular menentang pemerintah terkini negara, demonstrasi ini dilihat diasaskan oleh rakyat sepenuhnya. Presiden Kassym-Jomart Tokayev kemudian bertindak mengisytiharkan darurat di Kawasan Mangystau dan Almaty bermula 5 Januari. Kabinet Mamin pula meletak jawatan pada hari yang sama.[8][9][10] Menuruti permintaan Tokayev, Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (PPKK) – pakatan ketenteraan negara pasca-Soviet, termasuk Armenia, Belarus, Kyrgyzstan, Rusia, Tajikistan serta Kazakhstan sendiri – bersetuju untuk mengerahkan tentera ke Kazakhstan, dengan matlamat pengamanan. Pihak polis tempatan melaporkan bahawa "puluhan penyerang telah dibunuh," sementara Nazarbayev pula dibuang daripada jawatan pengerusi Majlis Keselamatan Kazakhstan.[11]

Tunjuk perasaan Kazakhstan 2022
Sebahagian daripada gerakan demokrasi Kazakhstan
Tarikh2 Januari 2022 (2022-01-02) – kini
Lokasi
Punca
Matlamat
Kaedah
StatusSedang berlaku
  • Pengisytiharan darurat
  • Kerahan pihak PPKK ke Kazakhstan
  • Huru-hara dan penjarahan di Almaty
Penyerahan
Pihak terlibat
Penunjuk perasaan
Tokoh dan pemimpin utama
Kepimpinan tak terpusat
Unit yang terlibat
Penunjuk perasaan Rusia Rusia[2]
  • Divisyen Udara Pengawal Ke-98
  • Briged Spetsnaz Pengawal Ke-45
  • Briged Serangan Udara Pengawal Ke-31
Korban
  • 26 terbunuh[3]
  • 1,000 cedera[4]
  • 2,300 ditangkap[4]

Polis dan Pegawai Kebangsaan:[5]

Sebagai konsesi, Presiden Tokayev berkata had harga bahan api kenderaan sebanyak 50 tenge seliter telah dipulihkan selama 6 bulan.[12][13][14] Pada 7 Januari, beliau berkata dalam satu kenyataan, "Ketenteraman Perlembagaan sebahagian besarnya telah dipulihkan di semua wilayah di negara ini."[15][16][17] Beliau juga mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan tentera untuk menggunakan kekerasan mematikan terhadap penunjuk perasaan, membenarkan arahan untuk "menembak untuk membunuh" tanpa memberi amaran kepada sesiapa yang berdemonstrasi, memanggil penunjuk perasaan sebagai "penyamun dan pengganas" dan mengatakan bahawa penggunaan kekerasan akan terus "memusnahkan tunjuk perasaan".[18][19][20][21]

Rujukan sunting

  1. ^ Hopkins, Valerie; Nechepurenko, Ivan (2022-01-05). "Russia-Allied Forces to Intervene as Unrest Sweeps Kazakhstan". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2022. Dicapai pada 2022-01-06.
  2. ^ "В Минобороны рассказали о переброске российского контингента сил ОДКБ". RIA Novosti. 7 Januari 2021. Dicapai pada 7 Januari 2022.
  3. ^ a b "Kazakhstan unrest: Russian troops fly in as crackdown continues". BBC (dalam bahasa Inggeris). 6 Januari 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2022. Dicapai pada 6 Januari 2022.
  4. ^ a b "European Union calls on Russia to respect Kazakhstan's sovereignty / Article" (dalam bahasa Inggeris). 6 Januari 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Januari 2022. Dicapai pada 6 Januari 2022.
  5. ^ "Во время беспорядков в Казахстане погибли 8 полицейских и военных, 317 ранены. Новости. Первый канал". Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2022. Dicapai pada 5 Januari 2022.
  6. ^ "18 Kazakh security officers dead, over 700 wounded in unrest". www.timesofisrael.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2022. Dicapai pada 7 Januari 2022.
  7. ^ Lillis, Joanna (2022-01-03). "Kazakhstan: Gas price hike fuels Zhanaozen protests". eurasianet.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2022. Dicapai pada 2022-01-04.
  8. ^ "Kazakhstan isytihar darurat, bubar Kabinet". Berita Harian. 4 Januari 2022. Dicapai pada 8 Januari 2022.
  9. ^ "Kazakhstan protests: government resigns amid rare outbreak of unrest". The Guardian. 2022-01-05. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2022. Dicapai pada 2022-01-05.
  10. ^ Shaun, Walker; Bisenov, Naubet (2022-01-05). "Kazakhstan protests: Moscow-led alliance sends 'peacekeeping forces'". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-01-05. Dicapai pada 2022-01-05.
  11. ^ Jacobs, Harrison (2022-01-06). "Russia-led alliance troops have arrived in Kazakhstan after mass protests". NPR. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2022. Dicapai pada 2022-01-06.
  12. ^ Reuters (2022-01-05). "Kazakhstan declares state of emergency in protest-hit city, province". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-07.
  13. ^ "Kazakhstan unrest: Government restores fuel price cap after bloodshed". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-06. Dicapai pada 2022-01-07.
  14. ^ "Kazakhstan imposes 180-day state regulation on fuel, food prices amid protests". www.aa.com.tr (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-07.
  15. ^ Auyezov, Olzhas (2022-01-07). "Kazakh president says constitutional order mostly restored". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-07.
  16. ^ "Kazakhstan unrest: Fresh gunfire as president says order largely restored". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-07. Dicapai pada 2022-01-07.
  17. ^ "Kazakh President: Constitutional Order Restored". www.voanews.com. Dicapai pada 2022-01-07.
  18. ^ Child, Anealla Safdar,David. "Kazakh leader tells troops to shoot without warning". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-07.
  19. ^ "Kazakhstan president says he gave order to 'open fire with lethal force'". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-07. Dicapai pada 2022-01-07.
  20. ^ "Kazakh leader ordered use of lethal force on 'terrorists'". AP NEWS (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-07. Dicapai pada 2022-01-07.
  21. ^ Auyezov, Olzhas (7 Januari 2022). "Kazakh president gives shoot-to-kill order to put down uprising". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Januari 2022.