Tunku Abdul Malik
Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah (24 September 1929 - 29 November 2015) ialah pewaris takhta yang belum pasti[fn 1] kepada takhta Kedah. Baginda ialah putera kepada Sultan Badlishah dan adinda kepada Sultan Abdul Halim.
Tunku Abdul Malik | |
---|---|
Raja Muda Kedah | |
Pasangan | Tengku Raudzah binti Sultan Hisamuddin Alam Shah |
Ayahanda | Sultan Badlishah |
Bonda | Tunku Sofia Tunku Mahmud |
Biografi
suntingTunku Abdul Malik telah diputerakan pada 24 September 1929 di Istana Anak Bukit, Anak Bukit, sebagai putera kedua kepada Tunku Badlishah dan Tunku Sofiah Tunku Mahmud yang masih hidup pada peringkat awal. Tunku Badlishah ialah putera ke-7 kepada Sultan Abdul Hamid Halim (juga merupakan ayahanda kepada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia) pertama. Ayahanda baginda telah dimahkota sebagai Raja Muda Kedah pada tahun 1935 dan menjadi Sultan pada tahun 1943.[1]
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah dan Kolej Sultan Abdul Hamid, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Wadham, Oxford.[1]
Kekanda sulungnya, Tunku Abdul Halim telah menaiki takhta kerajaan Melayu negeri Kedah, Malaysia pada tahun 1958 berikutan kemangkatan ayahandanya. Disebabkan Sultan Abdul Halim tidak mempunyai anak lelaki, Tunku Abdul Malik telah diangkat menjadi pewaris takhta Sultan Kedah sejak 1981, dengan membawa gelaran Raja Muda Kedah.[1]
Perkahwinan
suntingTunku Abdul Malik telah berkahwin dengan Tengku Raudzah binti Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, puteri kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah (Sultan Selangor), pada 16 Julai 1956 di Istana Bukit Kota, Alor Setar.[1] Selepas pemahkotaan baginda sebagai Raja Muda pada 1981, Tengku Raudzah menjadi Raja Puan Muda.[2]
Nota kaki
sunting- ^ Walaupun baginda kadangkalanya digelar pewaris nyata atas lantikan baginda sebagai Raja Muda, hal ini masih belum sah secara teknikal memandangkan baginda masih boleh digantikan oleh putera Sultan Kedah kini jika berlaku keputeraan. Bagaimanapun, perkara ini berkemungkinan besar tidak akan berlaku kerana Sultan Abdul Halim tidak dikurniakan putera.
Rujukan
sunting- ^ a b c d "Kedah 11". Royal Ark. Dicapai pada 2011-06-07.
- ^ Siti Hajar Abd Aziz; Syed Zainol Rashid (2004-04-29). "Celebrating Sultan of Kedah's birthday". New Straits Times. Happenings, p. 18.
Kerabat diraja Malaysia | ||
---|---|---|
Pertama |
Pewarisan takhta diRaja Kedah Kedudukan 1 |
Diikuti oleh: 'Tunku Putra Badlishah ibni Tunku Annuar sebagai anakanda lelaki sulung Almarhum Tunku Bendahara |