Buka menu utama

Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah

Raja Muda Kedah

Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah (24 September 1929 - 29 November 2015) ialah pewaris takhta yang belum pasti[fn 1] kepada takhta Kedah. Baginda ialah putera kepada Sultan Badlishah dan adinda kepada Sultan Abdul Halim.

Tunku Abdul Malik ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Raja Muda Kedah
PasanganTengku Raudzah Sultan Hisamuddin
AyahandaSultan Badlishah
BondaTunku Sofia Tunku Mahmud

BiografiSunting

Tunku Abdul Malik telah diputerakan pada 24 September 1929 di Istana Anak Bukit, Anak Bukit, sebagai putera kedua kepada Tunku Badlishah dan Tunku Sofiah Tunku Mahmud yang masih hidup pada peringkat awal. Tunku Badlishah ialah putera ke-7 kepada Sultan Abdul Hamid Halim (juga merupakan ayahanda kepada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia) pertama. Ayahanda baginda telah dimahkota sebagai Raja Muda Kedah pada tahun 1935 dan menjadi Sultan pada tahun 1943.[1]

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah dan Kolej Sultan Abdul Hamid, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Wadham, Oxford.[1]

Kekanda sulungnya, Tunku Abdul Halim telah menaiki takhta kerajaan Melayu negeri Kedah, Malaysia pada tahun 1958 berikutan kematian ayahandanya. Disebabkan Sultan Abdul Halim tidak mempunyai anak lelaki, Tunku Abdul Malik telah diangkat menjadi pemangku Sultan Kedah sejak 1981, dengan membawa gelaran Raja Muda Kedah.[1]

PerkahwinanSunting

Tunku Abdul Malik telah berkahwin dengan Tengku Raudzah binti Al-Marhum Sultan Hisamuddin dan Selangor, puteri kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj (Sultan Selangor), pada 16 Julai 1956 di Istana Bukit Kota, Alor Setar.[1] Selepas pemahkotaan baginda sebagai Raja Muda pada 1981, Tengku Raudzah menjadi Raja Puan Muda.[2]

Nota kakiSunting

  1. ^ Walaupun baginda kadangkalanya digelar pewaris nyata atas lantikan baginda sebagai Raja Muda, hal ini masih belum sah secara teknikal memandangkan baginda masih boleh digantikan oleh putera Sultan Kedah kini jika berlaku keputeraan. Bagaimanapun, perkara ini berkemungkinan besar tidak akan berlaku kerana Sultan Abdul Halim tidak dikurniakan putera.

RujukanSunting

  1. ^ a b c d "Kedah 11". Royal Ark. Dicapai 2011-06-07. 
  2. ^ Templat:Cite newspaper
Kerabat diraja Malaysia
Gelaran Baru
heir presumptive
Pewarisan takhta diRaja Kedah
Kedudukan 1
Diikuti oleh:
'Tunku Putra Badlishah ibni Tunku Annuar
sebagai anakanda lelaki sulung Almarhum Tunku Bendahara