Tunku Ali Redhauddin

Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz (diputerakan pada 26 April 1977) merupakan anakanda sulung kepada pasangan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Tunku Ali Redhauddin
Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti
Tunku Besar Seri Menanti
Pemerintahan22 Februari 2009 – kini
Didahului olehTunku Muhriz
Keputeraan (1977-04-26) 26 April 1977 (umur 46)
Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor
Nama penuh
Tunku Ali Redhauddin ibni Tunku Muhriz
DinastiPagar Ruyung
AyahandaTuanku Muhriz
BondaTuanku Aishah Rohani
AgamaIslam Sunni

Kehidupan peribadi sunting

Tunku Ali Redhauddin diputerakan pada 26 April 1977 di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Adindanya yang lain ialah:

Kerjaya sunting

Selain tugasan rasmi sebagai Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali juga membahagikan masanya sebagai ahli lembaga pengarah syarikat, pertubuhan bukan untung dan institusi pendidikan. Beliau diiktiraf sebagai Pemimpin Global Muda pada 2013 oleh Forum Ekonomi Dunia.[1]

Peranan sunting

Tunku Ali Redhauddin merupakan Pro-Canselor pertama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).[2]

Pada 25 November 2023, Tunku Ali telah dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baharu pada Istiadat Konvokesyen ke-51 oleh Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang juga merupakan Tuanku Canselor UKM.[3]

Gelaran diraja sunting

Beliau dimasyhurkan dan dikurniakan gelaran Tunku Besar Seri Menanti pada 22 Februari 2009 sekaligus menganggotai Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan.[4]

Darjah Kebesaran sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz". World Economic Forum (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 April 2020.
  2. ^ "TUNKU ALI PRO-CANSELOR PERTAMA USIM". USIM. Dicapai pada 26 November 2023.
  3. ^ @negerisembilanroyal (25 November 2023). "Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia". Dicapai pada 25 November 2023 – melalui Instagram.
  4. ^ "Tunku Ali Redhauddin dilantik Tunku Besar Seri Menanti". mStar. 22 Februari 2009. Dicapai pada 28 November 2023.