Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin ialah bekas pemaisuri kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus ke-9, Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Tunku Ampuan Durah | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan | |||||
Didahului oleh | Tunku Puan Besar Kurshiah | ||||
Diikuti oleh | Tunku Ampuan Najihah | ||||
Keputeraan | Seri Menanti, Negeri Sembilan | 26 Jun 1922||||
Kemangkatan | 8 Ogos 1999 | (umur 77)||||
Pasangan | Tuanku Munawir | ||||
Anakanda | Tunku Umpa Munawirah Tunku Mudziah Tuanku Muhriz Tunku Anne Dakhlah Tunku Deborah Tunku Deannah | ||||
| |||||
Dinasti | Pagaruyung (melalui perkahwinan) | ||||
Ayahanda | Tunku Besar Burhanuddin | ||||
Bonda | Tunku Sharifah Alawiyah binti Syed Hamid | ||||
Agama | Islam |
Tunku Ampuan Durah dilantik sebagai Tunku Ampuan Muda Negeri Sembilan pada tahun 1960 dan kemudian Tunku Ampuan Negeri Sembilan (1960-1967). Tunku Ampuan Durah diputerakan di Istana Baroh, Seri Menanti pada 26 Jun 1922. Baginda begitu gemar dengan lukisan cina dan dikurniakan Darjat Kerabat.
Tunku Ampuan Durah melibatkan diri dalam beberapa pertubuhan sukarela antaranya menjadi penaung kepada Persatuan Pandu Puteri Daerah Seremban dan Yayasan Wanita Daerah Seremban.
Pada tanggal 8 Ogos 1999, Tunku Ampuan Durah telah mangkat ketika berusia 77 tahun dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti.
LegasiSunting
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tunku Puan Besar Kurshiah |
Tunku Ampuan Negeri Sembilan | Diikuti oleh: Tunku Ampuan Najihah |