Tunku Anum

bangsawan Kedah

Tunku Anum bin Tunku Abdul Rahman, turut digelar Tunku Paduka Raja Jambangan, (1790 M – 31 Mei 1853 M, bersamaan hari Selasa 22 Syaaban 1269 H)[1] ialah seorang bangsawan Kedah dan merupakan raja pertama Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam. Beliau ialah cucunda Tunku Ibrahim iaitu Raja Muda Limbong. Beliau dilantik sebagai ketua penghantar bunga mas dan perak ke Siam pada Ogos 1809.[2] Beliau telah melancarkan beberapa serangan bagi membebaskan Kedah daripada penguasaan Kerajaan Siam ketika penjajahan Siam di Kedah. Beliau telah dianugerahkan Daerah Kubang Pasu yang mengandungi 24 buah mukim oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (mangkat pada 3 Januari 1845) pada tahun 1841[3] sebagai mengenang jasa beliau membebaskan Kedah melalui rundingan dengan raja Siam. Beliau menubuhkan Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam dengan pusat pentadbirannya terletak di Pulau Pisang.[4] Beliau mangkat pada tahun 1853 lalu dikebumikan di Langgar, Pulau Pisang. Selepas kemangkatan beliau, cucunya iaitu Tunku Ishak mengambil alih tampuk pemerintahan selama 10 tahun sebelum tanah itu diserahkan kembali kepada sultan Kedah ketika itu, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1832 – 1879).[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Makam Tunku Anum Paduka Raja Jambangan Di Kampung Raja Pulau Pisang". memori-kedah.com. Dicapai pada 14 Februari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  2. ^ Buyers, Christopher. "kedah3". Royal Ark. Dicapai pada 14 Februari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ Darlyne Chow, Melissa (15 Mac 2018). "Kubang Pasu masih sayangkan Dr M". Free Malaysia Today. Dicapai pada 14 Februari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "Latar Belakang Daerah Kubang Pasu". webpdt.kedah.gov.my. Dicapai pada 14 Februari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ Suzalina Halid (18 Mac 2015). "'Sultan Kubang Pasu'". BH Online. Foto oleh Amran Hamid. Dicapai pada 14 Februari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)