Tunku Besar Burhanuddin
Tunku Besar Burhanuddin ibni Almarhum Yamtuan Antah CMG (22 September 1878 – 5 Julai 1961) ialah serang kerabat diraja Negeri Sembilan dan pernah menjadi pemangku raja Negeri Sembilan. Ayahandanya ialah Yamtuan Antah ibni Yamtuan Raden, [1] yang menjadi Yamtuan Besar ke-6 (kini dikenali sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan) dari 1869 hingga 1888. Abang Tunku Burhanuddin, Tuanku Muhammad menjadi Yamtuan Besar yang ke-7 dan yang pertama menggunakan gelaran Yang di-Pertuan Besar apabila Yamtuan Antah meninggal dunia.
Tunku Besar Burhanuddin | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tunku Besar Seri Menanti | |||||
Keputeraan | Bandar Diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tanah Melayu | 22 September 1878||||
Kemangkatan | 5 Julai 1961 Istana Baroh Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tanah Melayu | (umur 82)||||
Pemakaman | Makam Diraja Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tanah Melayu | ||||
Pasangan | Tunku Sharifah Alawiyah Binti Sayyid Abdul Hamid (k. 1907; m. 1949) Cik Halija Binti Haji Umar (k. 1911; m. 1968) | ||||
Anakanda | Tunku Mustapha Tunku Mohamed Tunku Indrian Tunku Daud Tunku Adnan Tunku Mahmud Tunku Shahabuddin Tunku Kurshiah binti Tunku Besar Burhanuddin Tunku Hamdah Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin Tunku Sharifah Alawiyah Tunku Muhammad Jamil Tunku Ahmad Tunku Ghariba Tunku Zahariah Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin | ||||
| |||||
Dinasti | Pagaruyung | ||||
Ayahanda | Tuanku Antah | ||||
Bonda | Encik Puan Besar Halimah Binti Uggoh |
SalasilahSunting
Tunku Burhanuddin dikenali sebagai bapa kepada permaisuri Negeri Sembilan. Ketiga-tiga puterinya berkhidmat sebagai Tunku Ampuan (gelaran bagi permaisuri Yang di-Pertuan Besar).
Puteri sulung baginda, Tunku Kurshiah telah berkahwin dengan Tuanku Abdul Rahman dan merupakan Tunku Ampuan dari tahun 1933. Baginda digantikan sebagai Tunku Ampuan oleh adiknya dan puteri kedua Tunku Burhanuddin, Tunku Ampuan Durah, yang telah berkahwin dengan Tunku Munawir.
Puteri bongsu Tunku Burhanuddin, Tuanku Najihah[2] berkahwin dengan Tuanku Ja'afar. Baginda pernah menjadi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dari 1967 hingga 2008, ketika baginda menaiki takhta.
Tunku Kurshiah and Tuanku Najihah juga pernah berkhidmat Raja Permaisuri Agong Malaysia .
Seorang cucunda puteri baginda, Tuanku Bahiyah, anakanda Tunku Kurshiah, merupakan Sultanah Kedah dan pernah juga menjadi Raja Permaisuri Agong. Cucunda putera baginda, Tuanku Muhriz, anakanda Tunku Ampuan Durah kini menjadi Yang di-Pertuan Besar.
Tunku Besar Burhanuddin mangkat pada tahun 1961.
Penghormatan asingSunting
- United Kingdom:
- Pingat Setia St Micheal dan St George (CMG, 3 Jun 1935) [3]
RujukanSunting
- ^ Geni
- ^ The right royal address, The Star, July 22, 2010
- ^ "No. 34166". The London Gazette. 31 Mei 1935. m/s. 3598.