Tunku Idris Iskandar

Tunku Temenggong Johor

Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim (diputerakan pada 25 Disember 1987 di Johor Bahru, Johor) merupakan Tunku Temenggong Johor serta anakanda ketiga dan putera kedua kepada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

Tunku Idris Iskandar
Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Johor
Tunku Temenggong Johor
Tempoh22 Februari 2010 – kini
Pelantikan22 Februari 2010
Didahului olehTunku Ahmad ibni al-Marhum Sultan Sir Ibrahim
Pemangku Sultan Johor
Tempoh29 September 2012 – 19 Oktober 2012
Pelantikan29 September 2012
Didahului olehSultan Ibrahim
KeputeraanTunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman ibni Tunku Ibrahim Ismail
(1987-12-25) 25 Disember 1987 (umur 36)
Johor Bahru, Johor
Nama penuh
Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim
Nama diraja
Tunku Idris Iskandar Al-Haj ibni
Sultan Ibrahim
KerabatTemenggong Johor Kesultanan Johor
AyahandaSultan Ibrahim
BondaRaja Zarith Sofiah
AgamaIslam
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
PerkhidmatanBendera tentera laut Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Bendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia (TDM)
Tahun perkhidmatan2021–kini (TLDM)
2006–2021 (TDM)
Pangkat Komander (TLDM)
Leftenan Kolonel (TDM)

Biografi

sunting

Tunku Idris merupakan anakanda ketiga dan putera kedua kepada pasangan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah. Beliau juga merupakan adinda kepada DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Tunku Idris pernah mengikuti kursus penerbangan di Akademi Penerbangan Integrasi (IAC) di Perak dan menjawat jawatan sebagai Juruterbang Tentera Darat di Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat, Kem Mahkota, Kluang, Johor.

Tunku Idris menyertai perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui pengambilan Tauliah Jangka Pendek ke-70 pada 16 Februari 2006. Pada 28 Jun 2021, beliau telah menyertai perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan menjawat jawatan sebagai Juruterbang Helikopter Skuadron 501 di KD Rajawali, Pangkalan TLDM Lumut.

Peranan

sunting

Beliau dikurniakan gelaran Tunku Temenggong Johor pada 22 Februari 2010.[1]

Pada 2 Disember 2022, Tunku Idris telah dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang baharu pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen ke-22 universiti itu di Dewan Sultan Ibrahim.[2]

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang

sunting
Gelaran hormat bagi
Tunku Idris Iskandar Al-Haj
 
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tunku

Terasul dan gelaran

sunting
  • 25 Disember 1987 - 23 Januari 2010: Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman ibni Tunku Ibrahim Ismail
  • 23 Januari 2010 – 22 Februari 2010: Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim
  • 22 Februari 2010 – 29 September 2012: Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor
  • 29 September 2012 – 19 Oktober 2012: Yang Amat Mulia Tunku Temenggong Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor[3]
  • 19 Oktober 2012 – kini: Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor
  • Jawi: يڠ امت موليا تونکو ادريس اسکندر عبد الرحمن الحج ابن سلطان ابراهيم، تونکو تمڠݢوڠ جوهر

Darjah kebesaran

sunting

Kurniaan Johor

sunting

  Johor:

Kurniaan Persekutuan Malaysia

sunting

  Malaysia:

Keturunan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Tunku Idris Dilantik Tunku Temenggong Johor". mStar. 26 Februari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-03. Dicapai pada 8 April 2018.
  2. ^ Bernama. (3 Disember 2022. [1]. Sinar Harian.
  3. ^ "Tunku Temenggong Johor dilantik Pemangku Raja". Sinar Harian. 29 September 2012. Dicapai pada 8 April 2018.
  4. ^ "Lima anakanda Sultan Johor terima darjah kebesaran negeri Johor". Sinar Harian. 22 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-04. Dicapai pada 8 April 2018.
  5. ^ "TMJ dahului 83 penerima pingat darjah kebesaran Johor". Harian Metro. 31 Mac 2015. Dicapai pada 8 April 2018.
  6. ^ Izlaily Nurul Ain Hussein (23 Mac 2017). "Permaisuri Johor terima SMIJ". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-14. Dicapai pada 8 April 2018.
  7. ^ Butiran Tunku Idris
Tunku Idris Iskandar
Kerabat diraja Johor
Tarikh keputeraan: 25 Disember 1987
Gelaran Diraja
Didahului oleh
Tunku Ahmad ibni al-Marhum Sultan Sir Ibrahim
Tunku Temenggong Johor
2010 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Sultan Ibrahim
Pemangku Raja Johor
September 2012 – Oktober 2012
Diikuti oleh:
Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail