Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Ibrahim Ibni Tunku Ismail Idris (diputerakan pada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru) merupakan anakanda kedua baginda dan putera sulung kepada DYAM Tunku Ismail dan YAM Che' Puan Khaleeda Bustamam.
14 Oktober 2017 diTunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim | |||||
---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Amat Mulia Raja Muda Johor Darul Ta'zim | |||||
Raja Muda Johor[1] | |||||
Pemerintahan | 22 November 2018 - kini | ||||
Didahului oleh | Tunku Ismail Idris | ||||
Keputeraan | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | 14 Oktober 2017 (umur 4 tahun, 7 bulan dan 13 hari)||||
| |||||
Kerabat | Istana Pasir Pelangi, Johor, Johor Bahru | ||||
Ayahanda | Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim | ||||
Bonda | Che Puan Khaleeda Bustamam | ||||
Agama | Islam |
Keputeraan dan kehidupan awalSunting
Tunku Iskandar diputerakan di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, pada 14 Oktober 2017 pada waktu pagi sebagai anakanda kedua dan putera sulung kepada DYAM Tunku Ismail Idris, Tunku Mahkota Johor dan Che Puan Khaleeda Bustamam.[2] Namanya, Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail, telah diumumkan melalui kenyataan media pada hari yang sama dan namanya dipilih atas telek pandang dan limpah perkenan paduka nendanya, Sultan Ibrahim Ismail, dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja Johor.[3]
Tunku Iskandar juga merupakan cucunda kedua kepada Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II Afifurlah.
KehidupanSunting
Tunku Iskandar mempunyai seorang kekanda perempuan, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, yang dilahirkan pada 25 Jun 2016. Baginda mempunyai seorang adinda lelaki, Tunku Abu Bakar Ibrahim, yang dilahirkan pada 17 Julai 2019. Baginda mempunyai seorang adinda perempuan, Tunku Zahrah Zarith Aziyah, yang dilahirkan pada 21 April 2021.
Kerabat dan keluargaSunting
Nama | Tarikh Keputeraan | Tempat Keputeraan | Umur |
---|---|---|---|
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota johor Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim |
30 Jun 1984 | Johor Bahru | 37 tahun, 10 bulan dan 27 hari |
Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Che' Puan Khaleeda Bustamam |
16 Julai 1993 | Kuala Lumpur | 28 tahun, 10 bulan dan 11 hari |
Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah | 25 Jun 2016 | Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | 5 tahun, 11 bulan dan 2 hari |
Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim | 17 Julai 2019 | Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | 2 tahun, 10 bulan dan 10 hari |
Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah | 21 April 2021 | Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | 1 tahun, 1 bulan dan 6 hari |
KeturunanSunting
Gelaran dan kata hormatSunting
Gelaran hormat bagi Tunku Iskandar Abul Jaili Abu Bakar Ibrahim | |
Gaya panggilan | Duli Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Amat Mulia |
Gaya pilihan | Tunku |
- 14 Oktober 2017 - 22 November 2018 : Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail
- 22 November 2018 - kini : Duli Yang Amat Mulia Raja Muda Johor Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail
RujukanSunting
- ^ Tunku Iskandar Abdul Jalil dilantik Raja Muda Johor
- ^ Mohd Fahmi Mohd Yusof (14 Oktober 2017). "TMJ sambut putera, pewaris takhta". Harian Metro. Dicapai pada 27 Januari 2018.
- ^ Mohd Sabran Md Sani (14 Oktober 2017). "Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim". Harian Metro. Dicapai pada 27 Januari 2018.