Tunku Laksamana Nasir

Tunku Laksamana Nasir ibni Tuanku Muhammad mangkat di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Malaysia pada tahun 1976. Beliau merupakan salah seorang putera Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Beliau dilantik sebagai Tunku Laksamana, salah seorang Putera Empat (pewaris takhta) dalam kerabat diraja Negeri Sembilan dan disemadikan di Makam Diraja Seri Menanti. Beliau berkhidmat sebagai Pemangku Raja Negeri Sembilan dari 2 September 1957 hingga 1 April 1960 dan mempunyai tujuh anak lelaki dan tiga anak perempuan. 

Terdapat sekolah rendah dan menengah di Kuala Pilah yang dinamakan sempena namanya.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Sarban Singh and Chitra S. Nathan (October 28, 2009). "Seri Menanti comes alive for a ceremony steeped in tradition". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada June 22, 2011.