Tunku Mukminah Tunku Mohd Jiwa

Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Mukminah Binti Y.T.M. Tunku Mohd Jiwa (lahir 26 Januari 1933 di Alor Setar, Kedah).Beliau penerima Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia 2004.

KeluargaSunting

Tunku Mukminah merupakan cucunda kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan anak saudara kepada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.Beliau adalah anak ke-4 dari 10 orang adik beradik .Ayahanda beliau Almarhum Tunku Mohd. Jiwa mengahwinkan beliau pada usia muda. Suaminya meninggal dunia lebih awal. Beliau menjadi ibu tunggal selama 23 tahun .Beliau berjaya membesarkan 3 orang anak serta 9 orang cucu.

PendidikanSunting

Tunku Mukminah bersekolah di Sekolah Melayu Seberang dan St. Nicholas Convent.

Kerja sukarelaSunting

Sejak kecil selalu mengiringi ibu saudaranya melawat rumah sakit dan rumah kebajikan dan memberi bantuan kebajikan kepada mereka yang miskin.

Setelah merdeka, Tunku Abdul Rahman meminta beliau bekerja di Women’s Institude ( WI ). Beliau menghadiri kursus selama 9 bulan di United Kingdom (1958). Pada Jun 1958 beliau dijemput memberi ceramah di Royal Albert Hall mengenai pergerakan wanita di Malaya dan seterusnya ditemuramah oleh BBC.

Sekembali dari UK , beliau menggerakkan wanita menerusi WI di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang hingga 1963. 1963 pindah ke Kuala Lumpur dan terus mengajar menjahit dan memasak di Negeri Sembilan dan Melaka.Kerjasama dari Jabatan Perancang Keluarga membolehkan beliau berceramah ke pedalaman.Beliau juga mengajar tata rakyat dengan kerjasama Jabatan Penerangan sehingga tahun 1974.

Pandu PuteriSunting

Mulai 1974 aktif dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai AJK Kerja Kebangsaan.Beliau terlibat mencari dana .

Beliau menjadi pengerusi Trefoil Guild dan pernah menghadiri Persidangan Asia Pacifik di Poona, India (1982), ISGF 11th Asia Pacific Regional Conference di Napier, New Zealand (2000) dan ISGF 23rd World Conference di Vancouver,Kanada (2002).

Beliau juga aktif dalam Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya dan PERKIM.

AnugerahSunting

Tahun 1968 beliau dianugerahkan pingat PJK oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan .Pada 9 Januari 2003 beliau menerima anugerah Dato’ Setia Di Raja Kedah yang membawa gelaran Dato’ daripada Sultan Kedah.[1]

Meninggal duniaSunting

Beliau telah meninggal dunia pada 24 Ogos 2019 pada jam 11:07 pagi. Jenazah Allahyrahamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

RujukanSunting