Buka menu utama

Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin

Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan

Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin (dilahirkan pada (1923-09-01) 1 September 1923 (umur 96) di Seri Menanti, Negeri Sembilan) merupakan Raja Permaisuri Agong ke-10 dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan. Baginda memperolehi pendidikan formal di Sekolah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah. Kemudiannya, baginda mengikuti kursus bahasa dan program latihan khas untuk isteri diplomat semasa Seri Paduka Baginda Tuanku Ja'afar menjalani kursus khas Perkhidmatan Diplomatik di London.

Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Img queen10 2.gif

Raja Permaisuri Agong X
26 April 1994 - 25 April 1999
Pertabalan 22 September 1994
Negeri Negeri Sembilan
Pendahulu Tuanku Siti Bainun
Pengganti Tuanku Siti Aishah

Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan
18 April 196727 Disember 2008
Pertabalan 8 April 1968
Pendahulu Tunku Ampuan Durah
Pengganti Tengku Aishah Rohani

Yang di-Pertuan Besar Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Kelahiran (1923-09-01) 1 September 1923 (umur 96)
Seri Menanti, Negeri Sembilan

Baginda ialah bekas pelajar di London School of Oriental Studies dan menjadi jawatankuasa "Associated Country of the World". Baginda juga menjadi Penaung berbagai-bagai pertubuhan wanita, antaranya Pertubuhan Pandu Puteri Negeri Sembilan, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam dan Institut Wanita. Sebagai seorang ahli sukan yang gigih, Seri Paduka Baginda Tuanku Najihah handal bermain hoki, bola keranjang dan badminton dan baginda juga handal bermain golf, tenis dan menembak. Baginda menjadi Presiden Pasukan Badminton Tuanku Ampuan dan Penaung Pasukan Hoki Wanita Malaysia, Pasukan Bola Sepak Wanita Malaysia, Pasukan Golf Wanita Malaysia dan juga Penaung Persatuan Golf Wanita Malaysia.

Derma kurnia Seri Paduka Baginda terhadap kebajikan rakyat miskin, orang kurang upaya dan yang kurang bernasib baik memang sudah terbukti. Baginda sentiasa bersedia meluangkan masa demi menyokong sebarang usaha yang murni. Sebagai Penaung Rumah Kanak-kanak Tunku Ampuan Najihah di Temiang, baginda sentiasa memberikan perhatian khas terhadap penghuninya yang kurang upaya dan kurang bernasib baik.

Melukis ialah salah satu kegemaran Seri Paduka Baginda. Kaum kerabat Diraja yang lain juga gemar melukis kerana seni ini merangsang kreativiti, menanam sifat kesabaran, ketenangan dan penghargaan terhadap sesuatu yang indah.

Pasangan Diraja ini dianugerahkan dengan tiga putera dan tiga puteri. Puteri yang sulung ialah YAM Tunku Dara Tunku Naquiah, YAM Tunku Laksamana Tunku Naquiyuddin, YAM Tunku Muda Serting Tunku Imran, YAM Tunku Puteri Tunku Jawahir, YAM Tengku Puan Indera Setia Selangor Tunku Irinah dan putera bongsu ialah YAM Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin.