Tengku Sarafudin Badlishah

Raja Muda Kedah
(Dilencongkan dari Tunku Sarafuddin Badlishah)

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin (diputerakan pada (1967-03-02)2 Mac 1967 di Alor Setar, Kedah) ialah Raja Muda Kedah Darul Aman. Baginda merupakan anakanda pertama dan putera sulung kepada Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha.

Tengku Sarafudin Badlishah
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Darul Aman
DYTM Tengku Sarafudin pada 27 Mac 2019 sambil memakai persalinan rasmi ketenteraan
Raja Muda Kedah
Pemerintahan26 November 2017 - kini
Pemasyhuran26 November 2017
Didahului olehTunku Mahmud Sallehuddin
KeputeraanTengku Sarafudin Badlishah ibni Tunku Mahmud Sallehuddin
(1967-03-02)2 Mac 1967 (Umur 57 tahun, 4 bulan dan 23 hari)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
PasanganChe Puan Muda Zaheeda (k. 2003)
AnakandaYTM Tunku Zara Bahiyah
YTM Tunku Sulaiman Badlishah
Nama penuh
Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin
Kerabatkesultanan
Kedah Darul Aman
AyahandaSultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah
BondaSultanah Maliha binti Tengku Ariff
AgamaIslam
TandatanganTandatangan Tengku Sarafudin Badlishah

Keputeraan

sunting

Tengku Sarafudin Badlishah diputerakan pada 2 Mac 1967 di Alor Setar, Kedah. Baginda merupakan putera sulung kepada Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff.

Baginda juga merupakan cucunda kepada Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Sultanah Asma binti Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.

Pendidikan

sunting
  • Maktab Tentera Diraja dari 1980-1984.
  • Holborn College London.
  • Ijazah Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Brunel, Uxbrige, Middlesex, United Kingdom.
  • Barrister at Law (Inner Temple), United Kingdom.[1]

Kehidupan diraja

sunting

Tengku Sarafudin Badlishah juga mempunyai seorang adinda lelaki DYAM Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff yang diputerakan pada tahun 1970.

Kerjaya

sunting

Baginda pernah menjadi peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaysia pada 1994. Baginda turut pernah menjawat pelbagai jawatan di beberapa agensi dan syarikat antaranya pengarah perundangan dan sekretariat di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 1999. Baginda kini adalah pengarah dan juga Anggota Lembaga Pentadbir di Asiamet (M) Sdn Bhd, Pengerusi Thong Fuan Industries Berhad, selain menjadi rakan kongsi di Kamil Hashim Raj & Lim Advocates and Solicitors.

Tunku Laksamana Kedah

sunting

Tengku Sarafudin Badlishah telah dikurniakan gelaran Tunku Laksamana Kedah pada 15 Januari 2017.[2]

Raja Muda Kedah

sunting

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Sempena Pemasyhuran Pelantikan Raja Muda Kedah telah diadakan di Masjid Zahir pada waktu tengah hari 24 November 2017.[3] Pada 26 November 2017, Tunku Sarafudin telah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah dalam majlis penuh istiadat di Istana Anak Bukit, Kedah.[4] Istiadat pemasyhuran pelantikan itu selaras dengan Perkara 28, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dengan Tengku Sarafudin menggantikan ayahandanya, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah yang menaiki takhta sebagai Sultan Kedah ekoran kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah September lalu.[5] Pemasyhuran Tengku Sarafudin itu dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Bakar Din, diikuti lafaz sumpah dan menandatangani watikah sumpah Raja Muda Kedah.[6] Tunku Sarafudin kemudiannya menandatangani surat sumpah yang disaksikan Ketua Hakim Syarie Kedah Dato’ Syeikh Abdul Rahman Abdullah dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hashim Hamzah.[7] Tengku Sarafudin dikurniakan Keris Kebesaran sebelum paluan nobat serta sembilan das tembakan meriam dilepaskan.[8]

Perkahwinan dan anakanda

sunting

Tengku Sarafudin bertemu jodoh dengan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff dan baginda berdua melangsungkan perkahwinan pada 27 Februari 2003 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu seorang puteri YTM Tunku Zara Bahiyah yang diputerakan pada 11 April 2004 dan seorang putera YTM Tunku Sulaiman Badlishah yang diputerakan pada 18 Disember 2007.

Gelaran

sunting
Gelaran hormat bagi
Tengku Sarafuddin Badlishah
 
Cogan Raja Muda Kedah
Gaya panggilan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 2 Mac 1967 - 21 Januari 2007 : Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Tunku Mahmud Sallehuddin
  • 21 Januari 2007 – 15 Januari 2017 : Yang Teramat Mulia Dato' Tengku Sarafudin Badlishah ibni Tunku Mahmud Sallehuddin
  • 15 Januari 2017 – 12 September 2017 : Yang Teramat Mulia Dato' Tengku Sarafudin Badlishah ibni Tunku Mahmud Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah
  • 12 September 2017 – 26 November 2017 : Yang Teramat Mulia Dato' Tengku Sarafudin Badlishah ibni Sultan Sallehuddin, Tunku Laksamana Kedah
  • 26 November 2017 – 22 Oktober 2018 : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah Darul Aman
  • 22 Oktober 2018 – kini : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah Darul Aman

Penganugerahan Kurniaan Darjah

sunting

Tengku Sarafuddin Badlishah telah dianugerahkan:

  •   Dato' Setia Diraja Kedah Darjah Yang Mulia Setia Diraja (DSDK 21.1.2007) membawa gelaran Dato'.
  •   Pingat Peringatan Jubli Emas (15.7.2008).
  •   Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati (DMK 26.11.2017) membawa gelaran Dato' Seri Utama.[9]
  •   Darjah Kerabat Diraja Kedah (DK 19.6.2022)

Kerabat diraja

sunting

Tengku Sharafuddin Badlishah berkahwin dengan Che Puan Muda Zaheeda pada 27 Februari 2003. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang puteri dan seorang putera.[10]

Nama Tarikh Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Duli Yang Teramat Mulia
Raja Puan Muda Kedah Darul Aman Che Puan Muda Zaheeda
(1971-10-19)19 Oktober 1971 Ipoh, Perak 52 tahun, 9 bulan dan 6 hari
Yang Teramat Mulia Tunku Zara Bahiyah (2004-04-11)11 April 2004 Kedah 20 tahun, 3 bulan dan 14 hari
Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah (2007-12-18)18 Disember 2007 Kedah 16 tahun, 7 bulan dan 7 hari

Keturunan diraja

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Tengku Sarafudin Badlishah pakar dalam bidang perundangan". Berita Harian. 26 November 2017. Dicapai pada 28 November 2017.
  2. ^ "Kedah Genealogy" [Genealogi Kedah] (dalam bahasa Inggeris). Royal Ark. Dicapai pada 28 November 2017.
  3. ^ "Sultan Kedah berangkat ke majlis bacaan yasin sempena pemasyhuran Raja Muda". Utusan Online. 26 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-27. Dicapai pada 28 November 2017.
  4. ^ "Tengku Sarafudin Badlishah dimasyhur Raja Muda Kedah ke-20". Berita Harian. 26 November 2017. Dicapai pada 28 November 2017.
  5. ^ "Anakanda Sultan Kedah dimasyhurkan Raja Muda Kedah". Utusan Online. 26 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-29. Dicapai pada 28 November 2017.
  6. ^ "Tengku Sarafudin Badlishah dimasyhur Raja Muda Kedah". Harian Metro. 27 November 2017. Dicapai pada 28 November 2017.
  7. ^ "Tengku Sarafudin Badlishah Dimasyhur Raja Muda Kedah Ke-20". mStar. 26 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-29. Dicapai pada 28 November 2017.
  8. ^ "Raja Muda Kedah ke-20 dimasyhur". Harian Metro. 26 November 2017. Dicapai pada 28 November 2017.
  9. ^ "Tengku Sarafudin Badlishah dimasyhur Raja Muda Kedah". Sinar Harian. 26 November 2017. Dicapai pada 28 November 2017.
  10. ^ "Tengku Sarafudin teruskan legasi Raja Muda". Utusan Online. 27 November 2017. Dicapai pada 28 November 2017.
Tengku Sarafudin Badlishah
Kerabat Diraja Kedah
Tarikh keputeraan: (1967-03-02)2 Mac 1967
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Tunku Mahmud Sallehuddin
Raja Muda Kedah
2017–kini
Pemegang jawatan kini