Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman ibni Tunku Syed Idrus al-Qadri (diputerakan pada 14 Disember 1962 di Seremban) ialah seorang pembesar tempatan Malaysia yang memerintah sebuah wilayah adat perpatih di Negeri Sembilan, iaitu Tunku Besar Tampin. Baginda merupakan satu-satunya anak lelaki bagi pemerintah sebelumnya, Tunku Syed Idrus al-Qadri dan isterinya Tunku Zainon binti Tunku Sulaiman. Baginda dilantik sebagai Tunku Besar Tampin ke-7 setelah kemangkatan ayahandanya Tunku Syed Idrus pada 26 Disember 2005.

Tunku Syed Razman
Ke Bawah Kaus Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin
Tunku Besar Tampin
Tempoh2005 - kini
Kemahkotaan12 Ogos 2006
Didahului olehTunku Syed Idrus Al-Qadri
Presiden
Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan
Tempoh2018 - kini
Didahului olehMohamad Hassan
Keputeraan (1962-12-14) 14 Disember 1962 (umur 61)
Seremban, Negeri Sembilan
Pasangan
  • Cik Puan Isteri Sharlita binti Omar
  • Cik Puan Isteri Anis binti Sobari
KerabatAl-Qadri
AyahandaTunku Syed Idrus Al-Qadri
BondaTunku Zainon binti Tunku Sulaiman
AgamaIslam

Tugas mengisytiharkan pelantikan tersebut telah dilaksanakan oleh Yang Mulia Dato' Abdul Razak Bin Tambi,Penghulu Pusaka Adat Tampin Tengah dan disaksikan oleh YBhg Tuan Haji Mohd Yusof Bin Yunus. Tunku Syed Razman secara rasmi ditabalkan sebagai Tunku Besar di Balai Rasmi Tampin pada 12 Ogos 2006[1].

Beliau merupakan penaung Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman, yang ditubuhkan pada 2010.[2] Beliau juga dipilih menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan sejak 2018[3].

Kehidupan peribadi

sunting

Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri telah diputerakan pada 14 Disember 1962 di Seremban, Negeri Sembilan. Yang Teramat Mulia merupakan anak kelima daripada enam orang adik beradik dan merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarganya.

Pendidikan

sunting

Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin hingga darjah enam dari tahun 1969 hingga 1974.

Pada tahun 1975, baginda telah melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah King George Ke-V, Seremban pada tahun 1978 hingga 1980.

Setelah tamat tingkatan lima, Yang Teramat Mulia telah memperoleh Ijazah Sarjana (Pemasaran) dari Lansdown College pada tahun 1985.[4]

Kerjaya

sunting

Keluarga

sunting

Anugerah dan pengiktirafan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Tunku Besar Tampin Yang Baru Ditabal Menghadap YAM Tuan". 24 Ogos 2006. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Penaung Diraja Tunku Besar Tampin". Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman (YASTSR). 17 Mei 2024. Dicapai pada 17 Mei 2024.
  3. ^ Mohd Amin Jalil (10 September 2018). "Tunku Syed Razman presiden baharu PBNS". Berita Harian. Dicapai pada 14 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "Berkenalan dengan YTM Tunku Syed Razman". http://gadongairmawang.blogspot.com. 3 Januari 2013. Dicapai pada 24 Mei 2024. External link in |website= (bantuan)