Tupolev Tu-144 (nama pengenalan NATO: "Charger'") adalah sebuah dari dua buah pesawat penumpang berkelajuan supersonik (SST) yang digunakan dalam perkhidmatan komersial, bersama-sama dengan pesawat Concorde. Pesawat ini dibina di bawah pengawasan Alexei Tupolev dari biro rekabentuk Tupolev di Kesatuan Soviet.[1]

Tu-144
Tu-144LL digunakan oleh NASA bagi mejalankan penyelidikan untuk Pengangkut Awam Berkelajuan Tinggi
Peranan Pesawat penumpang supersonik
Pengeluar Tupolev OKB
Direka oleh Alexey A. Tupolev[1]

[1]

Penerbangan pertama 31 Disember 1968[1]

[1]

Pengenalan 26 Disember 1975
Dihentikan 1 Jun 1978 (1999 operasi dengan NASA)
Syarikat penerbangan utama Aeroflot, Kementerian Pengeluaran Penerbangan
Jumlah dibina 16

Tu-144 menyerupai dengan pesawat Aérospatiale / British Aircraft Corporation Concorde. Ia dibangunkan pada waktu yang sama, dan terdapat banyak tuduhan mengatakan perisik Soviet telah memainkan peranan penting, memberi nama gelaran Tu-144 dengan nama "Konkordski" atau "Concordski". Tu-144 menjadi satu-satunya perusahaan pesawat penumpang komersial supersonik yang dibangunkan oleh Tupolev, di mana kebanyakan pesawat supersonik besar yang lain dibina berdasarkan spesifikasi tentera. Kesemua pesawat ini mendapat manfaat dari input saintifik dan teknikal dari TsAGI, Institut Aerohidrodinamik Pusat. McDonnell Douglas, Lockheed dan Boeing merupakan tiga buah pengeluar lain yang cuba untuk merekabentuk pesawat penumpang SST untuk pasaran Amerika Syarikat pada tahun 1960-an, tetapi tidak berjaya.

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan sunting

Nota
  1. ^ a b c d e Gordon,Yefim & Rigmant, Vladimir. Tupolev Tu-144. Midland. Hinkley. 2005. ISBN(10) 1 85780 216 0 ISBN(13) 978 185780 216 0
Bibliografi

Pautan luar sunting