Tupolev Tu-128

(Dilencongkan dari Tupolev Tu-28)

Tupolev Tu-128 (Nama pengenalan NATO 'Fiddler') ialah sebuah pesawat pemintas/pejuang jarak jauh yang dibangunkan oleh Kesatuan Soviet pada tahun 1960-an. Pesawat ini masih memegang rekod sebagai sebuah pesawat pejuang terbesar dan terberat di dunia.

Tu-128
Tu-128 milik Tentera Udara Soviet
Peranan Pejuang / pemintas
Pengeluar Tupolev
Penerbangan sulung 1959
Diperkenalkan 1963
Dihentikan 1990
Status Dibersarakan
Pengguna utama PVO Strany
Dikeluarkan 1963 - 1970
Jumlah dibina 188 buah

Reka bentuk dan pembangunan sunting

Pada 1955, pihak PVO telah mengeluarkan spesifikasi untuk pesawat pemintas jarak jauh bagi mempertahankan wilayah Kesatuan Soviet yang luas. Bagi memenuhi jarak yang diperlukan dan keupayaan untuk membawa radar berkuasa dan peluru berpandu udara ke udara, Tupolev telah membangunkan sebuah pesawat yang menyerupai pesawat pengebom Tu-105 (Tu-22). Pesawat pembangunan Tu-102 telah berjaya membuat penerbangan sulung pada 1959, dan pesawat versi operasi awal iaitu Tu-28P ('Fiddler-A'), kemudian memasuki perkhidmatan pada tahun 1963. Pesawat ini kemudian digantikan dengan versi muktamad iaitu Tu-128 ('Fiddler-B').

Berdasarkan model pesawat pengebom supersonik Tu-98 yang gagal. Sayap lebar dipasang pada kedudukan rendah/ditengah fiuslaj dan membawa giar pendaratan utama pada pod yang dipasang pada sayap, dan satah ekor. Dua enjin turbojet Lyulka AL-7F-2 dipasangkan pada fiuslaj. Tidak seperti pesawat Tu-22, pesawat ini tidak mempunyai ruang senjata dalaman. Senjata dipasang pada pilon sayap, manakala fiuslaj pula digunakan untuk membawa tangki bahan api yang besar. Pesawat Tu-28P menempatkan krew dalam kedudukan selari dan mempunyai kanopi yang berasingan.

Tu-102 dipercayai oleh pakar-pakar Barat memiliki radar ventral yang besar, akan tetapi bonjolan di perut pesawat sebenarnya disebabkan pesawat ini membawa peralatan ujian. Pesawat pengeluaran Tu-28P mempunyai muncung radome besar bagi menempatkan radar pencari band-I, yang dikenali sebagai 'Smerch' (Puting Beliung; (nama pengenalan NATO 'Big Nose'), dengan jarak mengesan kira-kira 50 km (31 batu) dan jarak mengunci kira-kira 40 km (25 batu). Meskipun mempunyai radar yang berkuasa, pesawat ini bergantung ke atas pemintasan dari darat untuk mengarahkan juruterbang ke sasarannya. Pada tahun-tahun terkemudiannya, pesawat ini beroperasi bersama-sama dengan pesawat AEW Tu-126. Sebagai pesawat pemintas asli, Tu-28P hampir tidak memiliki ECM atau avionik pertahanan diri dan juga penerima amaran radar (RWR) seperti yang terdapat pada pesawat pemintas Sukhoi.

Tu-128 merupakan sebuah pesawat pemintas sebenar, dengan muatan sayap yang tinggi, sistem avionik biasa, dan kadar penglihatan yang rendah, diragui merupakan sebuah pesawat yang lincah. Tugas utamanya adalah untuk bertempur dengan pesawat pengebom NATO seperti B-52, dan bukannya untuk melakukan pertempuran udara dengan pesawat yang lebih kecil.

Tu-128 boleh membawa persenjataan berupa 4 buah peluru berpandu udara ke udara Bisnovat R-4 (Nama pengenalan NATO AA-5 'Ash'), biasanya dalam kombinasi 2 buah peluru berpandu R-4R dengan panduan radar semi-aktif dan 2 buah peluru berpandu R-4T dengan panduan inframerah. Peluru berpandu panduan radar dipasang pada pilon luar manakala peluru berpandu penjejak haba di bahagian dalam. Walaupun peluru berpandu ini telah usang, ia tidak pernah digantikan dengan pensenjataan yang lebih baru.

Pengeluaran pesawat Tu-128 telah ditamatkan pada tahun 1970 dan sejumlah 188 buah pesawat dibina. 10 buah pesawat latihan dikeluarkan pada 1971 dan 4 buah diubah suai daripada pesawat pejuang, dan telah diberi penandaan sebagai Tu-128UT. Kokpit tambahan telah dipasang di hadapan kokpit juruterbang biasa. Projek tingkat upaya, dikenali sebagai Tu-138 dan Tu-148 oleh Tupolev, telah dibatalkan sebelum banyak mencapai kemajuan.

Sejarah operasi sunting

 
Pesawat prototaip Tu-128

Satu-satunya operasi tempur pesawat Tu-128 yang dilaporkan kepada awam ialah pemusnahan belon pengawasan milik NATO, akan tetapi pemintasan pesawat pengawasan dan misi pengintipan kebiasaannya tidak dilaporkan, oleh itu terdapat kemungkinan kejadian-kejadian selain ini tidak pernah didedahkan.

Dua per tiga daripada jumlah pesawat yang dikeluarkan masih digunakan pada tahun 1980-an. Tu-128 kemudian secara beransur-ansur digantikan dengan pesawat-pesawat yang seperti MiG-31. Walau bagaimanapun terdapat sebilangan kecil pesawat dikekalkan dalam perkhidmatan aktif sehingga akhir tahun 1992.

Kelainan sunting

Tu-102
Pesawat ujian pembangunan, sebuah pesawat dibina.
Tu-28P ('Fiddler-A')
Versi pengeluaran pertama.
Tu-128 ('Fiddler-B')
Definitive production version.
Tu-128UT
Versi latihan dengan kokpit tambahan di hadapan kokpit juruterbang asal, tempat di mana radar diletakan. 10 buah dibina dan 4 buah diubah suai daripada pesawat pejuang.
Tu-138
Projek tingkat upaya, dibatalkan untuk memberi lauan terhadap reka bentuk lain.
Tu-148
Projek tingkat upaya, dibatalkan untuk memberi lauan terhadap reka bentuk lain.

Pengguna sunting

  Kesatuan Soviet

Spesifikasi (Tu-128) sunting

 

Ciri umum

  • Anak kapal: 2, juruterbang dan operator radar
  • Panjang: 27.2 m (89 kaki 4 in)
  • Rentang sayap: 18.1 m (59 kaki 5 in)
  • Tinggi: 7.0 m (23 kaki)
  • Sayap luas: 80 m² (861 kaki²)
  • Berat kosong: 24,500 kg (54,000 lb)
  • Berat berisi: 40,000 kg (88,200 lb)
  • Berat berlepas maksimum: kg (lb)
  • Loji kuasa:Lyulka AL-7F-2 turbojet, 107.9 kN lepas bakar (24,300 lbf) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

  • Peluru berpandu: 4× peluru berpandu udara ke udara Bisnovat R-4 (biasanya 2 peluru berpandu panduan radar R-4R dan 2 peluru berpandu panduan inframerah R-4T)

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan sunting

Pautan luar sunting