Turbin bebaling (Bahasa Inggeris: Turboprop[eller]) ialah sejenis enjin turbin gas yang banyak digunakan dalam kejuruteraan kapal terbang yang menyaksikan hampir kesemua kuasa yang dihasilkan oleh enjin itu digunakan untuk memacu perejang. Perejang ini adalah hampir sama seperti perejang yang digunakan di dalam omboh atau kapal terbang yang dipacu oleh enjin omboh dan selalunya memiliki bilah anggul boleh ubah yang membenarkan kelajuan putaran yang tetap.

Gambarajah skematik menunjukkan operasi sebuah enjin turbin bebaling.
Keratan sebuah model enjin Garrett AiResearch TPE-331.
Enjin TP400-D6 turbin bebaling yang akan digunakan pada pesawat Airbus A400M.

Rekabentuk

sunting

Enjin bebaling turbo ini adalah hampir sama dengan enjin jet turbo, tetapi berbeza kerana tidak menghasilkan pancutan ekzos berhalaju tinggi. Sebaliknya enjin ini menggunakan peringkat tambahan di dalam sistem turbin untuk mengeluarkan kuasa aci tambahan yang akan digunakan untuk memacu perejang melalui penurunan gear. Disebabkan pengembangan tambahan di dalam sistem turbin ini, asap ekzos mempunyai halaju pancutan yang rendah.

Enjin turbin bebaling secara amnya digunakan pada kapal terbang kecil atau subsonik rendah, tetapi segelintir pesawat yang dilengkapi dengan enjin ini memiliki kelajuan meluncur yang melebihi 500 knot (926 km/j, 575 batu sejam).

Dalam bentuknya yang paling mudah, sebuah turbin bebaling mengandungi satu salur masuk, pemampat, pembakar. turbin dan muncung rejang. Udara di halakan ke salur masuk dan dimampat di dalam pemampat. Bahan bakar kemudiannya akan ditambahkan ke dalam udara termampat itu di dalam pembakar yang menyaksikan campuran udara dan bahan bakar itu menyala (atau terbakar). Gas-gas pembakaran yang panas itu akan berkembang di dalam turbin. Sebahagian daripada kuasa yang dihasilkan oleh turbin digunakan untuk memacu pemampat. Bakinya digunakan untuk menurunkan gear kemudiannya dibawa ke bebaling. Pengembangan selanjutnya berlaku di dalam muncung perejang yang menyaksikan semua gas yang terhasil dilepaskan akibat tekanan atmosfera. Muncung perejangan ini hanya menghasilkan kadar tujahan yang rendah bagi keseluruhan enjin bebaling turbo ini. Bakinya, yang membentuk sebahagian besar keluaran tujahan enjin keseluruhan, terhasil daripada penukaran kuasa aci oleh perejang.

Enjin turbin bebaling memiliki kecekapan tinggi pada kelajuan penerbangan sederhana (di bawah 725 km/j atau 450 batu sejam) kerana halaju pancutan perejang (dan ekzos) agak rendah. Disebabkan harga yang tinggi, enjin ini hanya digunakan apabila keupayaan pelancaran dan pendaratan pendek berprestasi tinggi dan kecekapan enjin pada kelajuan penerbangan yang sederhana diperlukan. Dalam sektor penerbangan awam, penggunaan enjin bebaling turbo ini yang paling biasa ialah pada pesawat udara ulang-alik yang kecil.

Lihat juga

sunting