Turbin kipas

(Dilencongkan dari Turbofan)

Turbin kipas (Bahasa Inggeris:Turbofan adalah sejenis enjin jet, lebih kurang menyamai konsep turbin jet. Turbin kipas biasanya terdiri daripada kipas penyalur dengan enjin turbin jet berdiameter kecil dipasang di bahagian belakang untuk mengerakkan kipas. Sebahagian dari aliran udara dari kipas penyalur akan melalui turbin jet di mana ia akan digunakan untuk proses pembakaran untuk mengerakkan kipas, akan tetapi sebahagian lagi, kebiasaannya majoriti, akan mengalir melalui saluran pintasan, dan ini akan menghasilkan kuasa tujahan lebih dengan cekap.[1]

Turbin kipas
Rajah skema menunjukkan enjin turbin kipas bersaluran tinggi
Rajah skema menunjukkan enjin Turbin kipas bersaluran rendah

Beberapa reka bentuk turbin kipas mungkin sedikit berbeza. Ia mempunyai bilah-bilah kipas tambahan berpusar yang dipasang dari dasar unit turbin tekanan rendah.

Turbin kipas memiliki kelajuan ekzos bersih kurang daripada enjin turbin jet. Ini menjadikan ia lebih cekap di kelajuan subsonik berbanding dengan enjin turbojet, yang mana enjin turbojet adalah lebih cekap pada kelajuan supersonik.

Kesemua enjin jet yang digunakan pada pesawat jet komersil adalah enjin turbin kipas. Ia digunakan secara meluas disebabkan kerana ia lebih cekap, dan lebih senyap semasa digunakan. Enjin turbin kipas juga banyak digunakan dalam pesawat jet tentera.

Nota sunting

Rujukan sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.