Turkish Stars (Turki: Türk Yıldızları) adalah sebuah pasukan demonstrasi aerobatik milik Tentera Udara Turki. Ia telah ditubuhkan pada 7 November, 1992 dan telah dinamakan sebagai Turkish Stars pada 11 Januari, 1993.[1]

Turkish Stars
Pasukan aerobatik Tentera Udara Turki
Aktif7 November, 1992
NegaraTurki
CawanganTentera Udara Turki
PerananPasukan demonstrasi aerobatik
Saiz10 juruterbang, 7 hubungan awam, 11 anggota penyelenggaraan
PangkalanPangkalan Udara Konya
MotoA perfect harmony of skill, speed and discipline...
WarnaMerah, Putih
Pesawat terbang
Pejuang10 NF-5A Freedom Fighter
2 NF-5B Freedom Fighter
Pengangkut1 C-130
1 C-160
1 CN-235

Turkish Stars menggunakan lapan buah pesawat pejuang Canadair NF-5 yang dibeli daripada Tentera Udara Diraja Belanda,[2] menjadikan pasukan ia satu-satunya pasukan aerobatik yang menggunakan lapan buah pesawat supersonik. Keseluruhannya terdapat 12 buah pesawat NF-5. Pasukan ini juga menggunakan pesawat sokongan CN-235, C-130 dan C-160 yang diwarnakan mengikut warna Turkish Stars. Pasukan ini berpangkalan di Pangkalan Udara Konya.

Pada 24 Ogos, 2001, Turkish Stars telah melakukan demonstrasi di sebuah pertunjukkan udara yang melebihi sejuta penonton di Baku, Azerbaijan; yang mana menjadikan ia sebagai rekod dunia.[3]

LIhat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.turkyildizlari.tsk.tr/TR/index.aspx
  2. ^ Hv. K. K. Mebs (19 May 2011). "About the NF-5 Aircraft – Türk Yıldızları". Turkyildizlari.tsk.tr. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-27. Dicapai pada 18 April 2014.
  3. ^ http://www.turkyildizlari.tsk.tr/TR/IcerikDetay.aspx?ID=16

Pautan luar sunting

Templat:Modern aerobatic teams