Tyazhely Sputnik, (Rusia: Тяжелый Спутник bererti Satelit Berat), juga dikenali sebagai nama pembangunannya sebagai Venera 1VA No.1,[1] dan di Barat sebagai Sputnik 7, merupakan kapal angkasa Soviet, yang bertujuan bagi kapal angkasa pertma bagi menjelajah Zuhrah. Akibat dengan masalah dengan Peringkat atasnya ia gagal melepasi orbit Bumi rendah. Bagi mengelakkan mengakui kegagalan tersebut, kerajaan Soviet sebaliknya mengumumkan bahawa keseluruhan kapal angkasa, termasuk peringkat atas, adalah ujian bagi "satelit Berat" yang akan bertindak sebagai platform pelancaran misi masa depan. Ini menyebabkan bahagian atas dianggap kapal angkasa yang berasingan, dari mana suar itu "dilancarkan", pada beberapa misi berikutnya.[2]

Tyazhely Sputnik
Kontraktor utamaOKB-1
BasVenera 1VA
Jenis misiMelintas Zuhrah
Reput26 Februari 1961
Roket PembawaRoket Molniya 8K78
Kawasan PelancaranBaikonur Cosmodrome Site 1/5
JisimSuar: 644 kilogram (1,420 lb)
Total: 6,483 kilogram (14,293 lb)
Unsur orbital
KeadaanOrbit Bumi rendah (achieved)
Heliocentric (intended)
Kecondongan64.9°
Apoapsis296 kilometer (184 bt)
Periapsis179 kilometer (111 bt)

Tyazhely Sputnik dilancarkan 01:18:03 UTC pada 4 Februari 1961, di atas roket penggangkut Molniya 8K78 terbang dari Tapak 1/5 di Baikonur Cosmodrome.[3] Apabila Peringkat atas dihidupkan, gelembung dalam salur oksigen cair mengalir melalui pum pengoksida menyebabkan pam gagal berfungsi, menyebabkan kegagalan engin pada lapan per sepuluh saat selepas dihidupkan.[4] Ia memasuki atmosfera melalui Siberia pada 26 Februari 1961.[5]

Suar saudaranya, Venera 1, berjaya dilancarkan dan disuntik masuk ke dalam orbit heliosentrik ke arah Zuhrah seminggu kemudian, sungguhpun telemetri misi tersebut gagal seminggu selepas penerbangan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Zak, Anatoly. "Russia's unmanned missions to Venus". RussianSpaecWeb. Dicapai pada 10 January 2011.
  2. ^ Wade, Mark. "Venera 1VA". Encyclopedia Astronautica. Dicapai pada 28 July 2010.
  3. ^ McDowell, Jonathan. "Launch Log". Jonathan's Space Page. Dicapai pada 28 July 2010.
  4. ^ Wade, Mark. "Soyuz". Encyclopedia Astronautica. Dicapai pada 28 July 2010.
  5. ^ "Sputnik 7". NSSDC (NASA Goddard Spaceflight Center). Dicapai pada 28 July 2010.