Tymshare, Inc. merupakan sebuah perkhidmatan perkongsian masa dan syarikat penyelenggaraan perkakasan pihak ketiga yang beribu pejabat di Cupertino, California dari tahun 1964 hingga 1984. Syarikat ini terkenal semasa zamannya dan bersaing dengan syarikat-syarikat seperti Four Phase, Compuserve, dan Digital Equipment Corporation (DEC, Digital). Tymshare telah membangunkan atau memperoleh teknologi-teknologi inovatif, termasuklah rangkaian data (Tymnet), saling tukar data elektronik (EDI), kad kredit dan pemprosesan pembayaran (TTS, Western29), penyediaan telekommunikasi (COEES), pengautomatan pejabat (August, Augment) dan teknologi pangkalan data (Magnum).

Pelantar pengkomputerannya termasuklah pelayan-pelayan XDS 940 (Tymcom-IX), XDS Sigma 7, DEC PDP-10 model KA, KI, KL dan KS (Tymcom-X/XX, Tenex, August, Tops-20), XKL Toad-1, IBM 360 & 370 (VM, MVS, GNOSIS).

Bahagian:

  • INSD - Bahagian Perkhidmatan Maklumat (Information Services Division)
  • STD - Bahagian Teknologi Sistem (Systems Technology Division)
  • DND - Bahagian Rangkaian Data (Data Networks Division)

Pada tahun 1984, Tymshare telah diperoleh oleh McDonnell Douglas, ia telah distrukturkan semula, dipisahkan lalu bahagian-bahagiannya dijual semula, dan digabungkan dengan syarikat-syarikat lain dari tahun 1984 sehinggalah tahun 2004 apabilah rangkaian legasinya akhirnya diberhentikan. Pulau-pulau rangkaiannya diteruskan sebagai sebahagian daripada EDI, sekurang-kurangnya sehingga tahun 2008.[1]

Kebenaran untuk menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh Tymshare buat masa ini dipegang oleh Boeing, British Telecom (BT), Verizon, dan AT&T disebabkan pemerolehan dan penggabungan yang berlaku dari tahun 1984 hingga 2005. (Catatan: McDonnell Douglas telah menjad milik Boeing).

Rujukan sunting

  1. ^ Confirmed in conversation with Don Johnson in November 2008, -Carl Baltrunas