Type 90
Sebuah kereta kebal Type 90 milik Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun.
JenisKereta kebal utama
Tempat asal Jepun
Sejarah pengeluaran
PerekaMitsubishi Heavy Industries
Direka19761989
PengeluarMitsubishi Heavy Industries
Dihasilkan1989
Jumlah dibina330–340
Spesifikasi
Berat50.2 tan
Panjang9.755 m
Lebar3.33 m
Tinggi2.33 m
Krew3

ArmorPerisai modular komposit keluli/seramik
Senjata
pertama
Meriam berlaras licin 120 mm dengan pengisi automatik 35 butir peluru
Senjata
kedua
Mesingan 12.7mm M2HB

1,500 butir
Mesingan 7.62mm Type 74

2,000 butir
EnjinMitsubishi 10ZG 10-silinder, dua lejang Diesel 21500cc
15min output rating: 1500ps/2400rpm (1,120 kW), 4410N・m(450kgf・m)
Kuasa/berat29.9 hp/tan
TransmisiTransmisi automatik Mitsubishi MT1500 (4 giar mara, 2 giar undur)
Sistem ampaianhidropneumatik
Jarak
operasi
350 km (bahan api 1100 L)
Kelajuan70 km/j (pecutan: 0–200 m dalam 20 s)

Type 90 (Jepun: きゅうまるしき せんしゃ; Kanji: 90式戦車) adalah kereta kebal utama terkini milik Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun (JGSDF). Ia telah dibina oleh Industri Berat Mitsubishi (Mitsubishi Heavy Industries) dan direka bagi menggantikan kesemua kereta kebal Type 61 dan sebahagian kereta kebal Type 74. Ia mula memasuki perkhidmatan pada tahun 1990.

Pembangunan sunting

Pada pertengahan 1970-an, Agensi Pertahanan Diri Jepun memulakan penyelidikan bagi kereta kebal baru bagi memenuhi keperluan bagi Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun. Ini dikenali sebagai TK-X MBT dan prototaip pertama disiapkan pada pertengahan tahun 1980-an. Ini kemudiannya diterima bagi perkhidmatan sebagai kereta kebal utama Type 90 dengan kenderaan pengeluaran pertama disiapkan pada tahun 1992.

Kontraktor utama adalah Industri Berat Mitsubishi, dengan Kerja Besi Jepun bertanggung jawab bagi meriam laras licin 120mm yang pada asasnya senjata Rheinmetall Jerman yang dihasilkan di bawah lessen dengan sistem kawalan tembakan berkomputer dibangunkan oleh Mitsubishi Eletrik.

Ruang pemandu berada di hadapan, turet di tengah dan pek kuasa dibelakang. Komander duduk di sebelah kanan turet dengan juru tembak di sebelah kakan. Pemuat tidak diperlukan dan digantikan dengan pemuat automatic bagi meriam laras licin 120mm yang menggunakan peluru HEAT-MP dan APFSDS-T dengan kes kelongsong separa terbakar.

Sistem kawalan tembakan berkomputer membenarkan samada komander atau juru tembak membidik dan menembak senjata utama samada ketika kereta kebal Type 90 bergerak atau berhenti dengan kemungkinan tinggi bagi ketepatan tembakan pertama. Satu mesingan 7.62mm dimuatkan sejajar dengan persenjataan utama dengan satu mesingan 12.7mm dipasang di atas bagi tujuan pertahanan udara. Pengesan laser dipasang di bahagian hadapan atap dan bilah jentolak boleh dipasang di hadapan kerangka.

Variasi sunting

  • Type 90 kembali berperisai berdasarkan kerangka kereta kebal utama Type 90 dan memiliki struktur utama dengan kren dipasang, di sebelah kanan hadapan, bilah jentolak/penstabil di hadapan kerangka dan penarik berkuasa hidrolik.
  • Type 91 AVLB berdasarkan kerangka kereta kebal utama Type 90 dan memiliki jambatan jenis gunting.

Status sunting

Dalam pengeluaran. Berkhidmat dengan Pasukan Pertahanan Darat Jepun.

Pengilang sunting

  • Industri Berat Mitsubishi, Tokyo, Jepun.

Pengguna sunting

  •   Jepun: 330-340 (2009-2010)

Lihat juga sunting

Tangki kawasan sekitarnya

Rujukan sunting

  • "90式戦車".
  • "90式 戦車". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-24. Dicapai pada 2009-11-25.

Pautan luar sunting