U-Wei Haji Saari

Pengarah filem, penerbit dan penulis skrip Malaysia
(Dilencongkan daripada U-Wei Hj Saari)

Zuhir bin Haji Saari (lahir 13 Mei 1954) adalah seorang pengarah filem tersohor di Malaysia.[2] Beliau kali pertama mendapat perhatian antarabangsa selepas karyanya, Kaki Bakar (The Arsonist) menjadi filem Malaysia pertama yang menembusi Festival Filem Cannes pada 1995.[3]

U-Wei Saari
Kelahiran
Zuhir bin Saari[1]

(1954-05-13) 13 Mei 1954 (umur 71)
PekerjaanPengarah filem, penerbit filem, penulis
Tahun aktif1993—kini
AnugerahPengarah Terbaik (FFM) FFM 11
Pengarah Terbaik FFM 14
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (AIFFA 2023)

Kerjaya

sunting

Memulakan kerjaya seni sebagai pengarah. Beliau mula mengarah pada 1993, dengan menjadi pengarah drama televisyen sehingga tahun 1996.[4] Beliau melakukan langkah pertama dalam bidang filem dengan mengarah filem kontroversi era itu, Perempuan, Isteri dan..., sehingga menobatkan beliau sebagai Pengarah Terbaik FFM 11[5].

Beliau dianggap sebagai pengarah yang berbakat. Beliau membawa nama negara ke festival-festival luar negara. Antara karya beliau yang diiktiraf di luar negara ialah Jogho dan Kaki Bakar. Beliau sering dilihat menggunakan khidmat aktor Khalid Salleh dalam setiap filem beliau, dan mengangkat nama aktor tersebut menjadi pemenang Aktor Terbaik Festival Filem Asia Pasifik 1998.

Pada 2014, U-Wei menghasilkan filem berjudul Hanyut sebagai sebuah penghasilan bersama antara negara Indonesia, Malaysia, dan Australia. Filem ini berdasarkan novel karya Joseph Conrad berjudul Almayer's Folly, yang menceritakan tentang kehidupan masyarakat Melayu pada abad ke-19.

Pada 2022, beliau telah dilantik menjadi ketua juri di Festival Filem Antarabangsa Moscow bagi kategori filem dokumentari[6].

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Pengarah Penulis Penerbit
1993 Perempuan, Isteri & .....?   Cerita   Filem arahan pertama
1994 Black Widow - Wajah Ayu      
1999 Jogho      
2001 Kaki Bakar      
  • Filem Terbaik (kategori Bahasa Asing) Festival Filem Bebas Antarabangsa Brussel ke-17, 1995 (Belgium)
  • Anugerah Khas Juri 1st South-East Asian Biennial Film Festival, 1997 (Phnom Penh, Thailand)
2004 Buai Laju-Laju   Cerita  
2012 Hanyut     Eksekutif
TBA Dendam Dari Pusara     Eksekutif

Filem pendek

sunting
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai
Pengarah Penulis
2000 Menunggu Pelangi    
2006 Sepohon Rambutan indah Kepunyaanku di tanjung rambutan    
2015 Satu Nota Satu Fragmen    

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai
Pengarah Penulis
1993 Aku Raja Gunung Ini    
1996 Darling Sayang    

Rujukan

sunting
  1. ^ U-Wei di Sinema Malaysia
  2. ^ Epilog: Merindui sentuhan terbaru U-Wei Berita Harian Online
  3. ^ "Recently there was a screening of the first Malaysian movie to make Cannes". The Daily Seni (dalam bahasa Inggeris). 9 October 2016. Dicapai pada 13 October 2016.
  4. ^ http://www.lebrocquyfraser.com/directors/uwei_bin_haji.htm
  5. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
  6. ^ Irwan Muhammad Zain (September 6, 2022). "U-Wei berucap, umum pemenang dalam Bahasa Melayu di Festival Filem Antarabangsa Moscow". Astro Awani. Dicapai pada 7 September 2022.

Pautan luar

sunting