Perbadanan Pembangunan Bandar

(Dilencongkan dari UDA Holdings Berhad)

Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA (bahasa Inggeris: Urban Development Authority; secara rasmi UDA Holdings Berhad) merupakan syarikat pegangan milik kerajaan Malaysia yang diperbadankan pada tahun 1996. Ia ditubuhkan bagi melancarkan dan menyelia projek-projek pembangunan bandar yang berkaitan dengan sektor perniagaan, industri dan perumahan. Ia juga ditugaskan membangunkan prasarana kawasan bandar.[1] Pengerusi UDA yang terkini ialah Datuk Jalaluddin Alias berkuatkuasa 13 Mei 2020. Beliau merupakan Ahli Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan dari UMNO - Barisan Nasional menggantikan Datuk Hisham Hamdan.[2]

UDA Holdings Berhad
Nama dahuluUDA Holdings Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahSyarikat berkaitan kerajaan
Ditubuhkan1996; 28 tahun yang lalu (1996)
Ibu pejabatBlok Menara, Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingDatuk Norliza Abdul Rahim
Pengerusi
YBhg Datuk Sr Mohd. Salem Kailany
Ketua Pegawai Eksekutif
Syarikat indukMenteri Kewangan Diperbadankan
Tapak webwww.uda.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

UDA telah ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan pada 12 November 1971 di bawah Menteri Perbadanan Awam melalui Akta Perbadanan Pembangunan Bandar. Pada tahun 1996 ia diperbadankan sepenuhnya dan menukar nama kepada UDA Holdings Sendirian Berhad. Kemudian pada tahun 1999, ia disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).[1][3]

Perumahan dan hartanah sunting

Pembangunan sunting

UDA membangun dan mengambil alih beberapa bangunan bandar yang dianggapnya sesuai. Walaupun tugas ini secara amnya hanya merangkumi projek pembangunan semula "bangunan-bangunan usang", UDA juga bertanggungjawab bagi penyenggaraan bangunan-bangunan bersejarah di kawasan bandar. Beberapa perbandaran baru telah juga dibangunkan oleh UDA, termasuklah Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur, Bandar Tun Hussein Onn di Cheras, Selangor dan juga Bandar Baru UDA di Johor Bharu.[4]

Penyenggaraan sunting

Hartanah-hartanah yang dimiliki atau diurus oleh UDA diselenggarakan oleh anak-anak syarikatnya. Hartanah ini termasuklah kompleks beli belah dan bangunan pangsapuri. UBSB ialah anak syarikat yang mengendalikan kegiatan memungut sewa, mengurus kawasan letak kereta, penyenggaraan bangunan, keselamatan dan pelbagai perkhidmatan lain. City Guards pula ialah anak syarikat yang mengendalikan kerja-kerja keselamatan dengan 212 kakitangan keselamatan dan 10 buah cawangan mengawal 22 bangunan di negeri-negeri Selangor, Terengganu, Perak, Johor dan Negeri Sembilan, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Selain itu, ada anak syarikat lain yang terlibat dalam urusan penyenggaraan seperti Daya Urus;; dan Pihak Pengurusan Bangunan Pertama.

Pelancongan dan runcit sunting

UDA juga sejak akhir-akhir ini telah melibatkan diri di dalam industri perhotelan dengan membuka sebuah hotel dan resort pelancongan di Kuala Lumpur, Port Dickson, Kuala Terengganu dan Seberang Perai. Kesemuanya dikendalikan oleh anak-anak syarikat milik penuh UDA Holdings.

Selain itu, UDA turut menubuhkan rangkaian pasaraya runcit melalui anak syarikat usaha sama UDA Ocean. UDA juga turut menceburi bidang francais dan memiliki jenama pakain yang dipanggil "Bonia".

Nota sunting

  1. ^ a b Mustaza Abdullah & Mat Marjani Hj. Yahya (1991). Kemahiran Hidup Bersepadu TERAS. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. ms. 110. ISBN 983-62-2316-9.
  2. ^ Jalaluddin Alias kini Pengerusi UDA, Harian Metro, Dicapai pada 14 Mei 2020
  3. ^ "Our Background" (dalam bahasa Inggeris). UDA Holdings. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-15. Dicapai pada 2008-08-30.
  4. ^ "Business Activities: Property Development" (dalam bahasa Inggeris). UDA Holdings. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-14. Dicapai pada 2008-08-30.

Pautan luar sunting