UNDI18 ialah sebuah badan masyarakat madani Malaysia yang bekerja dalam bidang pemerkasaan politik belia Malaysia, pendidikan pengundi, dan pembaharuan sistem pilihan raya di Malaysia.

UNDI18
Persatuan Pengundi Muda (Melayu)
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan Sunting ini di Wikidata
Tapak webundi18.org
Pengurusan
Pengasas Bersama
  • Tharma Pillai
  • Qyira Yusri
Lokasi
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

UNDI18 telah berjaya melobi pindaan Perlembagaan Persekutuan di Parlimen bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun. Pindaan Perlembagaan ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia dimana sebuah pindaan Perlembagaan disokong oleh semua ahli Parlimen di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Pada 2021, UNDI18 juga meneraju pelaksanaan pindaan had umur mengundi setelah lulusnya Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 melalui semakan kehakiman terhadap kerajaan persekutuan dan protes jalanan. UNDI18 telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuching dan Kuala Lumpur yang telah berjaya memberikan hak mengundi kepada belia Malaysia berumur 18-20 tahun.

Sejarah sunting

UNDI18 telah ditubuhkan oleh dua orang mahasiswa iaitu Tharma Pillai dan Qyira Yusri pada tahun 2016 dan telah bermula dibawah naungan Malaysian Students Global Alliance sebagai sebuah inisiatif untuk menurunkan had umur mengundi di Malaysia dari 21 tahun ke 18 tahun. Pada April 2017, UNDI18 telah menghantar sebuah memorandum ke Perdana Menteri pada masa itu Najib Razak untuk menyeru beliau meminda Perkara 119(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang mengandung peraturan had umur mengundi tetapi tidak berjaya pada waktu itu.[1]

Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2019 sunting

Ekoran dari Pilihanraya Umum ke-14, kerajaan Pakatan Harapan baharu yang diketuai oleh Mahathir Mohamad telah memulakan kerja-kerja untuk melaksanakan had umur mengundi baru selaras dengan manifesto pilihan raya gagasan tersebut.[2] UNDI18 telah berjaya mendapat sokongan Menteri Belia dan Sukan pada waktu itu Syed Saddiq[3] serta sokongan dwi-partisan daripada semua ahli-ahli Parlimen dari blok pembangkang untuk menyokong pembaharuan had umur mengundi.[4]

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 telah dibentangkan ke Dewan Rakyat dan mengandungi bahagian mengenai pendaftaran pengundi automatik bagi semua warganegara Malaysia dan pindaan kepada had umur pencalonan dalam pilihanraya persekutuan dan pilihanraya negeri di Malaysia.[5]

Pada 16 Julai 2019, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 telah diluluskan oleh semua ahli Dewan Rakyat yang hadir dan merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia dimana sokongan seisi dewan telah diperoleh bagi sesebuah rang undang-undang.[6]

Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri 2019—2022 sunting

Ekoran pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur mengundi dan pencalonan dalam pilihanraya persekutuan dan pilihanraya negeri, pindaan kepada undang-undang tubuh negeri juga digubal bagi membenarkan belia berumur 18-20 tahun mencalonkan diri dalam pilihanraya negeri di Malaysia. Setakat Disember 2022, 12 negeri telah meminda undang-undang tubuh negeri mereka bagi membenarkan belia berumur 18 tahun keatas untuk mencalonkan diri dalam pilihanraya negeri.

Pelaksanaan Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri bagi Menurunkan Had Umur Calon Pilihanraya Negeri
Negeri Pelaksanaan Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Nota
Johor Belum dilaksanakan Pindaan telah diluluskan oleh Dewan Negeri Johor tetapi belum mendapat perkenan oleh Sultan Johor.[7][8]
Kedah Telah dilaksanakan Pindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah pada 18 November 2021.[9]
Kelantan Telah dilaksanakan Pindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 12 Ogos 2020.[10]
Melaka Telah dilaksanakan Pindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Melaka pada 2 Mac 2022.[11]
Negeri Sembilan Telah dilaksanakan Pindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sembilan pada 2 Disember 2021.[12]
Pahang Telah dilaksanakan Pindaan telah diluluskan oleh Dewan Negeri Pahang pada 10 Disember 2021.[13]
Perak Telah dilaksanakan Pindaan telah diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 27 Oktober 2020.[14]
Perlis Telah dilaksanakan Pindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Perlis pada 21 Mei 2020.[15]
Pulau Pinang Telah dilaksanakan Pindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 1 September 2021.[16]
Sabah Telah dilaksanakan Pindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah pada 21 November 2019.[17]
Sarawak Telah dilaksanakan Pindaan telah diluluskan oleh Council Negri Sarawak pada 12 November 2020.[18]
Selangor Telah dilaksanakan Pindaan telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor pada 6 Disember 2021.[19]
Terengganu Telah dilaksanakan Pindaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 12 Ogos 2020.[20]

Tunjuk Perasaan Mana Undi Kami 2021 sunting

 
Pengunjuk rasa semasa Protes Mana Undi Kami di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur

Langkah Sheraton 2020 telah menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan kemunculan kerajaan-kerajaan jangka pendek. Pada Mac 2021, kerajaan Perikatan Nasional telah mengumumkan penangguhan pelaksanaan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen. Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya pada waktu itu mengumumkan pelaksanaan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 pada September 2022 meskipun pihak tersebut sudah pernah mengumumkan jangka masa bagi pelaksanaan pindaan tersebut sebelum Julai 2021.[21]

Protes Mana Undi Kami yang pertama berlangsung pada 27 Mac 2021 ekoran penangguhan pelaksanaan pindaan Perlembagaan yang diluluskan pada 2019 serta penggantungan Parlimen oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada waktu itu. Lebih 200 orang telah berhimpun di Jalan Parlimen, termasuk wakil-wakil dari parti politik dan masyarakat madani.[22]

Semakan kehakiman terhadap Kerajaan Persekutuan 2021 sunting

Fail:Lawsuit.jpg
Pengasas bersama UNDI18 bersama pemohon semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

UNDI18 telah meneraju dua permohonan semakan kehakiman oleh 18 belia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan 5 belia di Mahkamah Tinggi Kuching bagi mencabar tindakan kerajaan dalam menangguhkan pelaksanaan pindaan Perlembagaan tersebut.[23][24]

Pada 3 September 2022, Mahkamah Tinggi Kuching telah mengatakan bahawa penangguhan pelaksanaan pindaan Perlembagaan tersebut sebagai "benar-benar tidak rasional malah tidak sah" dan membenarkan perintah mandamus bagi menggesa kerajaan melaksanakan pindaan Perlembagaan dengan segera.[25]

Kerajaan Malaysia telah dengan melaksanakan pindaan Perlembagaan bagi menurunkan had umur mengundi dan pencalonan serta pelaksanaan pendaftaran pengundi automatik pada 15 Disember 2021.[26]

Pencapaian dan Inisiatif sunting

Parlimen Digital sunting

 
Pelaksanaan Parlimen Digital

Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia pada awal 2020 telah menyebabkan Parlimen digantung disebabkan kegusaran tentang penyebaran COVID-19. Seruan daripada pihak pembangkang dan masyarakat madani untuk mengadakan sidang Parlimen secara maya telah membawa kepada inisiatif Parlimen Digital, iaitu simulasi Parlimen yang diadakan diatas talian dan yang dianjurkan oleh UNDI18 dan beberapa kumpulan belia Malaysia. Parlimen Digital merupakan simulasi Parlimen bersama 222 belia Malaysia yang mewakili setiap kawasan Parlimen di Malaysia. Wakil-wakil tersebut telah terlibat dalam debat dan persidangan Parlimen secara atas talian.

Parlimen Digital telah berlangsung pada 4-5 Julai 2020 dan merupakan bukti konsep bagi kebolehan dan pengetahuan politik belia Malaysia serta kebolehlaksanaan sidang Parlimen secara atas talian bagi menggantikan sidang Parlimen secara fizikal semasa wabak COVID-19.[27]

Vote Malaysia sunting

Bersempenaan dengan Pilihanraya Umum Malaysia ke-15, UNDI18 bersama dengan kumpulan belia Malaysia lain telah menubuhkan inisiatif Vote Malaysia, inisiatif undi pos yang bertujuan untuk mengumpul kertas undi pos dari warganegara Malaysia yang bermastautin di luar negara dan menghantarnya ke pusat penjumlahan undi pada hari mengundi.

Vote Malaysia telah berjaya mengumpul lebih daripada 35,000 undi pos dari 25 negara yang dikira pada Pilihanraya Umum ke-15.[28]

Rujukan sunting

  1. ^ "About Us". UNDI18. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  2. ^ Buku Harapan (Pakatan Harapan Manifesto for the 2018 General Election) (PDF). Pakatan Harapan. m/s. 47.
  3. ^ "About Us". UNDI18. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  4. ^ "History made as Undi 18 Bill passed with bipartisan support". The Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 16 Julai 2019. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  5. ^ "Malaysia: Bill Reducing Voting Age to 18 Passed". Library of Congress. Library of Congress. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  6. ^ "History made as Undi 18 Bill passed with bipartisan support". The Malay Mail. 16 Julai 2019. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  7. ^ "Johor approves amendment to state constitution to implement Undi18". New Straits Times. 6 January 2022. Dicapai pada 3 December 2022.
  8. ^ "DAP warns of constitutional problem over Undi18 in Johor". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 17 Jun 2022. Dicapai pada 3 Disember 2022.
  9. ^ "Kedah state assembly passes amendment to allow Undi-18". New Straits Times. 18 November 2021. Dicapai pada 3 Disember 2022.
  10. ^ "Kelantan sedia laksana Undi 18". Berita Harian. 3 Disember 2021. Dicapai pada 3 Disember 2022.
  11. ^ "Melaka lowers age for elected reps to 18". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2 Mac 2022. Dicapai pada 2 Disember 2022.
  12. ^ "DUN Negeri Sembilan lulus turun had umur calon ADUN". Utusan Malaysia. 2 Disember 2021. Dicapai pada 3 Disember 2022.
  13. ^ "Pahang lulus pindaan had umur ADUN kepada 18 tahun". Astro AWANI. 10 Disember 2021. Dicapai pada 3 Disember 2022.
  14. ^ "Perak lulus belia 18 tahun jadi calon ADUN". Berita Harian. 27 Oktober 2021. Dicapai pada 7 Disember 2022.
  15. ^ "Perlis lulus had umur 18 tahun pengundi, calon pilihan raya". The Malaysian Insight. 10 Disember 2021. Dicapai pada 3 Disember 2022.
  16. ^ "Pulau Pinang lulus usia 18 tahun calon kerusi DUN". Berita Harian. 1 September 2021. Dicapai pada 3 December 2022.
  17. ^ "Had umur mengundi, jadi calon pilihan raya di Sabah diturunkan kepada usia 18 tahun". Astro AWANI. 21 November 2019. Dicapai pada 3 December 2022.
  18. ^ "Sarawak DUN passes bill to lower age to become YBs, clearly defines state residents". Astro AWANI. 12 November 2020. Dicapai pada 3 December 2022.
  19. ^ "Selangor passes bill to lower eligible age for election candidate". MalaysiaKini. 6 December 2021. Dicapai pada 3 December 2022.
  20. ^ "T'ganu passes enactment to lower candidacy age". BERNAMA. 12 August 2020. Dicapai pada 3 December 2022.
  21. ^ "EC delays Undi18 to next year, youths under 21 likely can't vote in GE15". MalaysiaKini. 25 March 2021. Dicapai pada 4 December 2022.
  22. ^ "Undi 18: Lebih 200 peserta berhimpun aman, 'bersila' atas jalan selama 18 minit". Astro AWANI. 27 Mac 2021. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  23. ^ "Undi18: Youths win leave for judicial review of EC's decision to delay lowering voting age". The Malay Mail. 17 June 2021. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  24. ^ "Undi18: Kuching High Court orders Federal Govt to implement lowering of voting age by Dec 31". The Star (dalam bahasa Inggeris). 17 Jun 2021. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  25. ^ "Mahkamah Tinggi Kuching arah SPR, kerajaan laksana Undi18 menjelang akhir tahun ini". Astro AWANI. 3 September 2021. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  26. ^ "Undi18 gazetted, takes effect on Dec 15". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 1 Disember 2021. Dicapai pada 4 Disember 2022.
  27. ^ "Reflections on Parlimen Digital". The Star (dalam bahasa Inggeris). 12 Julai 2020. Dicapai pada 9 Disember 2022.
  28. ^ "VoteMalaysia brings home 35,092 postal ballots, says effective system must be implemented by EC soon". The Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2022. Dicapai pada 9 Disember 2022.