Universiti Islam Sultan Sharif Ali

universiti Islam di Brunei
(Dilencongkan dari UNISSA)


Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) ialah sebuah universiti yang ke-dua di Brunei.

Universiti Islam Sultan Sharif Ali
جامعة السّلطان الشّريف عليّ الإسلاميّة

Jema'ah Sultan Sharif Ali Al-Islamiyah
MotoObserve your duty to God and it is God that teaches you (al-Baqarah: 282)
JenisAwam
Ditubuhkan pada2007
CanselorCanselor-Sultan Hassanal Bolkiah
Naib CanselorDr Haji Norarfan bin Haji Zainal
Lokasi,
Laman sesawanghttp://www.unissa.edu.bn/

Pengenalan sunting

Dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala, dan dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negera Brunei Darussalam, Univerisiti Islam Sultan Sharif Ali telah ditubuhkan pada 11 Zulhijjah 1427H bersamaan dengan 1 Januari 2007M.

Pada tahun yang sama dalam bulan Ogos, Universiti ini telah memulakan pengambilan pertama pelajarnya seramai 107 orang bagi sesi 2007/2008 dan telah memulakan pengajiannya dengan menawarkan program-program di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dan juga program Diploma Perundangan Islam dan Guaman Syar'i.

Sejarah Penubuhan sunting

Usaha untuk mengadakan pusat pengajian tinggi Islam di Negera Brunei Darussalam telah bermula dengan penubuhan Institut Pengajian Islam (IPI) di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama pada tahun 1989, dan penubuhan Fakulti Pengajian Islam di Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada tahun 1993. Kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut kemudian dicantumkan pada tahun 1999 dan dikenali dengan nama Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (IPISHOAS) di bawah UBD.

Memandangkan adanya keperluan dan keinginan untuk melihat terdirinya sebuah universiti Islam di Negara Brunei Darussalam sepenuhnya, maka Institut tersebut telah dijadikan asas bagi penubuhan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) iaitu Universiti Kedua di Negara Brunei Darussalam.

Visi, Misi & Moto sunting

Visi: Menjadi sebuah universiti Islam tulen bertaraf antarabangsa yang progresif dan dinamik berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

Misi: Sebuah universiti bertaraf antarabangsa yang menyediakan program pengajian, penyelidikan dan pembinaan insan melalui kaedah-kaedah holistik, berteknologi terkini selaras dengan perkembangan dunia untuk melahirkan graduan yang salih, berwibawa dan berharga serta turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Moto: "Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, dan Allah mengajar kamu." (Terjemahan al-Baqarah: 282)

Fakulti sunting

  • Fakulti Usuluddin
  • Fakulti Syariah dan Undang-Undang
  • Fakulti Bahasa Arab
  • Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam
  • Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam
  • Fakulti Pembangunan Pengurusan Islam

Pusat sunting

  • Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
  • Pusat Pengajian Lepas Ijazah
  • Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi'i
  • Pusat Penyelidikan dan Penerbitan
  • Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban
  • Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa
  • Pusat Teknologi dan Multimedia
  • Pusat Pembangunan Pengurusan Islam

Rektor sunting

  • Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pg Hj Abd Rahman (2007-2009)
  • Dr Hj Md Yusop bin Hj Awg Damit (2009-2010)
  • Dr Hj Serbini bin Matahir/Md. Tahir (2010-2014)
  • Dr Hj Norarfan bin Hj Zainal (2014 hingga sekarang)

Program yang ditawarkan sunting

  • Diploma Perundangan Islam dan Guaman Syar'i
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
  • Ijazah Doktor Falsafah

Pautan Luar sunting