Pasukan Perlindungan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNPROFOR) adalalh pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu pertama di Croatia dan Bosnia dan Herzegovina semasa Perang Yugoslavia. Pasukan ini telah dibentuk pada bulan Februari 1992 dan mandatnya berakhir pada bulan Mac 1995, dengan misi pengaman dibentuk semula menjadi tiga buah pasukan yang berlainan iaitu Operasi Aturgerak Pencegahan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNPREDEP) di Makedonia, Operasi Mengembalikan Keyakinan Pertubuhan Bangsa Bersatu di Croatia (UNCRO) di Croatia, serta operasi UNPROFOR yang disusun semula di Bosnia dan Herzegovina sehingga ia digantikan dengan misi-misi NATO dan Kesatuan Eropah pada bulan Disember 1995.

Anggota

sunting

UNPROFOR terdiri daripada hampir 39,000 anggota. Ia dianggotai oleh tentera daripada Argentina, Australia, Bangladesh, Belgium, Brazil, Kanada, Colombia, Republik Czech, Denmark, Mesir, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Ghana, India, Ireland, Itali, Jordan, Kenya, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Nepal, Belanda, New Zealand, Nigeria, Norway, Pakistan, Poland, Portugal, Rusia, Republik Slovakia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Tunisia, Turki, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Berdasarkan PBB, pasukan ini kehilangan 167 anggota terkorban semasa menjalankan mandat ini. Daripada jumlah yang meninggal dunia, tiga orang adalah pemerhati ketenteraan, 159 orang angota-anggota tentera lain, seorang anggota polis awam, dua orang kakitangan awam antarabangsa dan dua orang kakitangan tempatan.[1]

Komander UNPROFOR adalah:

Pegawai terkenal:

  • Mejar-Jeneral Lewis MacKenzie (Kanada) Sektor Sarajevo 1992
  • Jeneral Philippe Morillon (Perancis) bermula Oktober 1992 hingga Julai 1993
  • Leftenan-Jeneral Francis Briquemont (Belgium) bermula 12 Julai 1993 hingga 24 Januari 1994
  • Leftenan-Jeneral Sir Michael Rose (United Kingdom) bermula 24 Januari 1994 hingga 25 Februari 1995
  • Leftenan-Jeneral Rupert Smith (United Kingdom) bermula 25 Februari 1995

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Former Yugoslavia - UNPROFOR: Profile". Department of Public Information, United Nations. 31 August 1996. Dicapai pada 1 May 2015.
  2. ^ "Chances for Peace: Canadian Soldiers in the Balkans 1992–1995". seanmmaloney. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 May 2008. Dicapai pada 26 March 2008. General Jean Cot was UNPROFOR commander in July 1993. Secretary General Boutros-Ghali recalled General Cot to France in March 1994. He resigned in June. He was named Grand Officer de la legion d'Honneur with five citations, was awarded the Commander's Cross of Merit of the Federal Republic of Germany and the Legion of Merit (United States

Pautan luar

sunting