Bekalan tenaga berterusan

(Dilencongkan dari UPS)

Bekalan tenaga berterusan atau Uninterruptable Power Supply (UPS) berfungsi membekalkan tenaga elektrik yang berterusan ketika berlaku gangguan elektrik. Ini mengelakkan pengguna kehilangan segala hasil kerja mereka dan membenarkan penguna menyimpan kerja mereka dengan segera dan mematikan komputer mereka secara berjadual. Kebanyakan bekalan tenaga berterusan (UPS) juga berfungsi sebagai pengawal arus.

Tenaga yang dibekalkan adalah melalui kuasa yang ada dalam bateri yang terkandung dalam Bekalan tenaga berterusan {UPS) itu. Tempoh masa yang mampu dibekalkan bergantung kepada keupayaan bekalan tenaga berterusan (UPS) itu, dan sebanyak mana beban yang ditanggung (berapa banyak komputer dan perkakasan komputer yang bersambung kepada bekalan tenaga berterusan (UPS) itu). Pada kebiasaannya bekalan tenaga berterusan (UPS) mampu bertahan antara 15 minit sehingga 30 minit sahaja.

Bekalan tenaga berterusan (UPS) tidak bertujuan membekalkan elektrik untuk bekerja lama, sekadar membenarkan pengguna menyimpan kerja mereka sekiranya berlaku gangguan elektrik. Segeralah menyimpan hasil kerja anda sekiranya berlaku gangguan elektrik. Bekalan tenaga berterusan mampu mengeluarkan isyarat bunyi amaran sekiranya berlaku ganguan. Terdapat juga model bekalan tenaga berterusan (UPS) yang mampu mematikan komputer yang bersambung dengannya sekiranya berlaku gangguan elektrik.