USS Cole (DDG-67) adalah sebuah pembinasa peluru berpandu kelas-Arleigh Burke yang dilengkapi dengan sistem tempur Aegis. USS Cole berpangkalan di NS Norfolk, Virginia. Nama Cole digunakan bagi menghargai Sarjan Marin Darrell S. Cole, seorang penembak mesingan yang terbunuh dalam pertempuran di Iwo Jima pada 19 Februari 1945, semasa Perang Dunia II. Kapal ini telah dibina oleh Ingalls Shipbuilding dan diserahkan kepada Tentera Laut Amerika Syarikat pada 11 Mac 1996.

USS Cole (DDG 67) sedang belayar
Sejarah
United States Navy ensignAmerika Syarikat
Nama: USS Cole
Bersempena dengan: Sgt Darrell S. Cole, USMC
Dipesan: 16 Januari 1991
Pembina: Ingalls Shipbuilding
Dibaringkan: 28 Februari 1994
Dilancarkan: 10 Februari 1995
Ditauliah: 8 Jun 1996
Status: dalam perkhidmatan aktif, setakat 2024

Pada 12 Oktober 2000, Cole telah menjadi sasaran dalam satu serangan bunuh diri yang dilakukan oleh Al-Qaeda di pelabuhan Aden di Yaman; tujuh belas kelasi telah terbunuh manakala 39 orang lagi cedera. Serangan ini juga merosakkan kapal ini.[1] Pada 29 November 2003 Cole telah diaturgerak untuk operasi luar negara pertama selepas pengeboman ini dan kembali semula ke pelabuhannya di Norfolk, Virginia pada 27 Mei 2004 tanpa sebarang kemalangan.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting