KerjayaUSN Jack
Mula dibina:17 Oktober 1888
Dilancarkan:18 November 1889
Ditauliahkan:17 September 1895
Nasib:musnah akibat letupan
Ciri-ciri umum
Sesaran:6,682 tan
Panjang:319 kaki
Lebar rasuk:57 kaki
Dalam lunas:22 kaki
Kelajuan:17 knot
Ahli kapal:374 pegawai dan anak kapal
Persenjataan:4 meriam 10-inci, 6 laras 6-inci, 7 meriam 6-paun, 8 x 1-paun, 4 x 14-inci tube torpedo

Kapal USS Maine (ACR 1) merupakan kapal perang kelas kedua seberat 6,682-tan, yang pada asalnya telah ditetapkan sebagai Penjajap Berperisai #1. Pihak Kongres meluluskan pembinaannya pada 3 Ogos 1886, dan lunasnya telah diletakkan pada 17 Oktober, 1888, di New York Navy Yard. USS Maine telah dilancarkan pada 18 November 1889, dirasmikan oleh Miss Alice Tracey Wilmerding, dan ditauliahkan pada 17 September 1895, di bawah pemerintahan Kapten A.S. Crowninshield. Namanya adalah sempena negeri Maine.

Kerjaya aktifnya dihabiskan beroperasi di sepanjang persisiran pantai timur Amerika Syarikat dan di kawasan Caribbean. Pada Januari 1898, USS Maine telah hantar ke Havana, Cuba, untuk melindungi kepentingan Amerika Syarikat ketika kekacauan sivil dan kebangkitan penduduk tempatan. Tiga minggu kemudian, pada 9:40 petang 15 Februari, satu letupan yang dashyat pada Maine memecah kesunyian di pelabuhan Havana. Penyiasatan kemudiannya mendedahkan bahawa lebih dari lima tan ubat bedil untuk meriam enam inci dan sepuluh incinya meledak, hampir menghapuskan sepertiga bahagian hadapan kapal. Baki kapal terbenam pada dasar pelabuhan. Kebanyakan kakitangan Maine sedang berehat atau tidur di kuarter di bahagian hadapan kapal apabila letupan berlaku. Dua ratus dan enam puluh enam orang kehilangan nyawa mereka akibat daripada kecelakaan: 260 mati di dalam letupan atau seketika sejurus selepas itu, dan enam lagi mati akibat dari kecederaan. Kapten Sigsbee dan kebanyakan dari pegawainya terselamat kerana tempat tinggal mereka berada di bahagian buritan kapal. Pada 28 Mac, Badan Penyiasatan Mahkamah Navy Amerika Syarikat merumuskan bahawa letupan itu disebabkan oleh periuk api tentera laut.

Tragedi ini merupakan satu pencetus Perang Amerika-Sepanyol yang bermula pada April 1898. Pada ketika itu, ia telah digunakan sebagai alasan untuk mencetuskan peperangan oleh mereka yang telah telahpun cenderung untuk berperang dengan Sepanyol. Pada 1976, Admiral Hyman Rickover daripada Tentera Laut Amerika Syarikat menyiarkan suatu keputusan penyiasatan yang memutuskan bahawa tragedi ini disebabkan secara sendiri, kemungkinannya hasil dari satu kebakaran di tempat arang batu. Sebahagian pakar sejarah telah mempertikaikan dapatan ini, dan menegaskan bahawa kegagalan untuk menyedari pembakaran spontan di bunker arang batu adalah tidak mungkin. Orang lain pula menegaskan bahawa Maine merupakan mangsa sabotaj atau korban untuk membakar pendapat umum menentang Sepanyol.

Bangkai Maine, 1898

Pada 5 Ogos 1910, pihak Kongres telah meluluskan pengapungan semula Maine. Pada 2 Februari 1912, Maine telah diapungkan di bawah penyeliaan Kor Jurutera Tentera dan ditunda ke laut di mana ia telah ditenggelamkan di kawasan air dalam di Teluk Mexico pada 16 Mac 1912, dengan penghormatan tentera dan istiadat yang bersesuaian.

Terdapat satu tugu peringatan untuk mereka yang mati di Perkuburan Kebangsaan Arlington (Arlington National Cemetery).

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting