USS Washington (BB-47)

USS Washington (BB-47), kapal perang kelas Colorado, merupakan kapal perang ketiga tentera laut Amerika Syarikat dinamakan sempena negeri ke 38. Lunasnya muladiletakkan pada 30 Jun 1919 di Camden, New Jersey, oleh New York Shipbuilding Corporation. Ia telah dilancarkan pada 1 September 1921, dirasmikan oleh Miss Jean Summers, anak perempuan ahli kongres J.W. Summers dari negeri Washington. Bagaimanapun, pada 8 Februari 1922, dua hari selepas menanda tangani Perjanjian Tentera Laut Washington "Washington Naval Treaty" untuk Menghad PeresnjataanTentera Laut "Limitation of Naval Armaments", semua kerja pembinaan dihentikan pada dreadnought yang 75.9 peratus siap. Akhirnya, badan kapal yang tidak siap ditunda ke laut, di mana ia ditenggelamkan sebagai sasaran menembak pada 26 November 1924.

Ciri-ciri umum sunting

  • Sesaran "Displacement": 32,600
  • Panjang: 624 kaki
  • Lebar "Beam": 97.5 kaki
  • Kedalaman: 30.5 kaki
  • Kelajuan: 21 knot
  • Ahli kapal: 1,354 pegawai dan kakitangan
  • Persenjataan: lapan meriam 16-inci, 20 meriam lima-inci, lapan meriam antipesawat tiga-inci