Ubi keledek

Ubi keledek, ubi jalar, ubi jawa, ubi ketela, ubi setela atau ubi rambat ataupun nama saintifiknya Ipomoea batatas ialah sejenis tumbuhan dari keluarga Convolvulaceae; ia mengandungi akar yang sarat berkanji manis dimakan sebagai sayur.[1][2] Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika benua-benua Amerika.[3][4]

Ubi keledek
Ubi jalar
Ubi ketela/setela
Several elongated reddish brown tubers
Akar ubi keledek
Ipomoea batatas.jpg
Bunga ubi keledek
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
I. batatas
Nama binomial
Ipomoea batatas

SejarahSunting

Pembakajinakan ubi ini pertama kali di sekitar antara Amerika Selatan dan Tengah.[5] Penyemaian ubi keledek di Amerika Tengah didapati ada sekitar 5,000 tahun dahulu,[6] di mana baka ubi yang asal didapati berpunca di kawasan antara Semenanjung Yucatán di Mexico dan muara Sungai Orinoco di Venezuela.[7]

Ubi ini pertama kali dibawa keluar benua Amerika Selatan oleh masyarakat Polinesia yang berlayar ke sana dan mula ditanam di pulau-pulau Pasifik sekitar 1200[8] berdasarkan bukti perbandingan nama-nama setempat (khumara, kumar dan kumara dalam dialek-dialek bahasa Quechua,[9] kumara dalam bahasa Māori, kumala dalam bahasa Tonga dan sebagainya)[8] serta analisis genetik tumbuhan.[8][10]

Ia pertama kali dibawa ke Dunia Lama melalui kepulauan Filipina dengan datangnya kapal-kapal geliung besar pihak Sepanyol pada abad ke-16.[11] Perkenalan ubi ini dari pihak Sepanyol turut memberi nama "ubi ketela" (daripada nama Kestela, serapan castilla).[12][13]

KegunaanSunting

 
Sebakul "ubi stela".

Di Indonesia, "ubi jalar" lazim dihidang dan dijual secara goreng celur sepertimana pisang, tauhu atau tempe dengan sos cicahan, begitu juga di Malaysia dan Singapura. Di kedua-dua negara ini juga, ia sering dimasak secara perebusan bersama keladi secincang dalam kuah bersantan untuk membuat bubur cha cha.

Ubi ini merupakan sumber makanan yang agak berkemampuan dalam kalangan penduduk miskin provinsi-provinsi Filipina (diberi nama kamote) kerana mudah ditanam dan dijaga serta kurang memakan kos berbanding padi.[14]

Ia merupakan sumber makanan ruji dalam kalangan penghuni kawasan pergunungan di Papua Barat secara cara bakar batu.

Daun ia boleh dimakan secara goreng kilas dengan bawang putih atau sambal belacan. Pucuk muda ubi juga boleh dimakan, ia terutamanya makanan yang diberikan untuk bayi kecil dalam masyarakat-masyarakat Asia Tenggara dan Timur.[15][16]

RujukanSunting

  1. ^ Purseglove, John Williams (1968). Tropical crops: D. Longman Scientific and Technical. New York: John Wiley and Sons. ISBN 978-0-582-46666-1.[halaman diperlukan]
  2. ^ Woolfe, Jennifer A. (5 March 1992). Sweet Potato: An untapped food resource. Cambridge, UK: Cambridge University Press and the International Potato Center (CIP). ISBN 9780521402958.
  3. ^ Duke, James A. (1983). "Ipomoea batatas". Handbook of Energy Crops. New Crop Resource Online Program. Purdue University.
  4. ^ Keesler, Cole (15 April 2011). "Sweet Potato (Ipomoea batatas) Classification". Organismal Biology: Multiple Organisms. University of Wisconsin-La Crosse.
  5. ^ Geneflow 2009. ISBN 9789290438137.
  6. ^ "Sweet Potato". Consultative Group on International Agricultural Research. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2005.
  7. ^ Austin, Daniel F. (1988). "The taxonomy, evolution and genetic diversity of sweet potatoes and related wild species". In P. Gregory. First Sweet Potato Planning Conference, 1987. Lima, Peru: International Potato Center. m/s. 27–60. ISBN 9789290601159. https://books.google.com/books?id=7Ff-wrcqm1EC&q=The+taxonomy%2C+evolution+and+genetic+diversity+of+sweetpotatoes+and+related+wild+species&pg=PA27.
  8. ^ a b c Timmer, John (21 January 2013). "Polynesians reached South America, picked up sweet potatoes, went home". Ars Technica. Dicapai pada 8 July 2020.
  9. ^ Diccionario Quechua Simi Taqe AMLQ. "Quechua: apichu". www.runa-simi.org (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 2 Februari 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ Field, Michael (23 January 2013). "Kumara origin points to pan-Pacific voyage". stuff.co.nz. Dicapai pada 10 July 2019.
  11. ^ Loebenstein, Gad (2009). "Origin, Distribution and Economic Importance". Dalam Loebenstein, Gad; Thottappilly, George (penyunting). The Sweetpotato. Springer. ISBN 9781402094743.
  12. ^ Tryon, Darrell T., penyunting (2011). Comparative Austronesian Dictionary: An Introduction to Austronesian Studies. Berlin: Walter de Gruyter. m/s. 726. ISBN 3-11-012729-6.
  13. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "kestela". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 519.   Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  14. ^ "Fusion kamote". The Manila Times (The Sunday Times) Editorials. 16 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2011. Dicapai pada 20 Februari 2011.
  15. ^ "Sweet Potato". South Pacific Commission. South Pacific Foods. Food and Agriculture Organization of the United Nations. 1990. ISSN 1018-0966. Leaflet No. 13.
  16. ^ Ma, Idelia; Glorioso, G. (Januari–Disember 2003). "10 Best Foods for Babies". Food and Nutrition Research Institute. Department of Science and Technology, Republic of the Philippines. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2013. Dicapai pada 22 Julai 2012.

Pautan luarSunting