Ubur-ubur kotak (kelas Cubozoa, cubo bermaksud kotak, zoon bermaksud haiwan) merupakan haiwan invertebrata dari filum Cnidaria yang mempunyai medusa berbentuk kubus. Ubur-ubur kotak terkenal dengan bisa kuatnya yang dihasilkan oleh beberapa spesies: Chironex fleckeri, Carukia barnesi dan Malo kingi adalah antara makhluk laut yang paling berbisa di dunia. Sengatan spesies ini amat menyakitkan dan kadangkala membawa maut kepada manusia. Malah sengatan beberapa spesies ubur-ubur kotak (sering dipanggil ubur-ubur Irukandji) boleh menyebabkan Sindrom Irukandji.[1]

Ubur-ubur kotak
Chironex sp.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Cubozoa

Werner, 1975
Ordo

Sistem badan ubur-ubur kotak adalah lebih kompleks sedikit daripada ubur-ubur lain. Sistem saraf lebih berkembang dan mata dilengkapi dengan retina, kornea dan kanta dengan jumlah 24 mata (20 oselum dan 4 rhopalium). [2] Kelajuan berenang juga lebih laju daripada ubur-ubur lain.

Anatomi sunting

 
"Cubomedusae", oleh Ernst Haeckel Kunstformen der Natur, 1904

Ciri-ciri ubur-ubur kotak yang kelihatan berbeza dengan ubur-ubur Scyphozoa ialah medusanya berbentuk kotak, bukan seperti payung. Ubur-ubur kotak boleh bergerak lebih cepat daripada ubur-ubur lain. Malah, kelajuan sehingga enam meter seminit telah direkodkan.[3]

Sistem saraf ubur-ubur kotak juga lebih berkemang daripada ubur-ubur lain. Khususnya, ubur-ubur ini mempunyai gelang saraf di sekitar pangkal payungnya untuk menyelaraskan pergerakan. Walaupun beberapa ubur-ubur lain masih ringkas, ubur-ubur kotak mempunyai mata yang lengkap dengan retina, kornea dan kanta. Mata ubur-ubur ini berkelompok membentuk empat rhopalium. Ini membolehkan ubur-ubur kotak melihat sumber cahaya tertentu, dan bukan hanya membezakan antara terang dan gelap. Ubur-ubur kotak juga mempunyai 20 oselus (mata ringkas), yang tidak membentuk imej tetapi mengesan cahaya dan gelap, jadi ia mempunyai sejumlah 24 mata.[2] Ubur-ubur kotak juga mampu melakukan tingkah laku yang kompleks, mungkin berpandukan visual seperti mengelak halangan dan berenang pantas.[4]

Sesungut sesetengah spesies boleh mencapai panjang sehingga 3 meter. Ubur-ubur kotak boleh mencapai berat sehingga 2 kg.[5]

Taburan sunting

Spesies ubur-ubur kotak boleh ditemui secara meluas di lautan tropika dan subtropika, termasuk Atlantik dan Pasifik timur, dengan spesies di utara California, Mediterranean (contohnya, Carybdea marsupialis),[6] Jepun (contohnya, Chironex yamaguchii),[7] selatan Afrika Selatan (contohnya, Carybdea branchi),[8] dan New Zealand (contohnya, Carybdea sivickisi).[9]

Mekanisme pertahanan dan pemakanan sunting

Ubur-ubur kotak aktif memburu mangsanya ( zooplankton dan ikan kecil), tidak berenang senyap seperti ubur-ubur sejati. Ubur-ubur kotak boleh mencapai kelajuan sehingga 4 knot (1.8 m/s).[5]

Setiap sesungut mempunyai kira-kira 500,000 cnidocytes, yang mengandungi nematosista, mekanisme berbentuk tombak yang menyuntik racun mikroskopik ke dalam mangsa. [10]

Racun Cubozoa berbeza daripada Scyphozoa, dan digunakan untuk menangkap mangsa (ikan kecil dan invertebrata, termasuk udang dan ikan umpan) dan untuk pertahanan terhadap pemangsa, termasuk ikan dalam keluarga Stromateidae dan Ephippidae, ikan dengkis (Siganidae), ketam (Portunidae), dan pelbagai spesies penyu laut (penyu karah dan penyu pipih). Penyu-penyu itu, bagaimanapun, kelihatan tidak terpengaruh dengan sengatan itu dan sebaliknya memakan ubur-ubur kotak. [5]

Bahaya kepada manusia sunting

 
Tanda amaran ubur-ubur kotak di pantai Cape Tribulation di Queensland, Australia
 
"Kelambu" penghalang ubur-ubur di Pantai Ellis, Queensland

Walaupun ubur-ubur kotak digelar "makhluk laut paling berbisa di dunia",[11] walaupun hanya beberapa spesies dalam kelas Cubozoa telah disahkan terlibat dalam kematian manusia dan beberapa spesies tidak menimbulkan ancaman serius. Contohnya, sengatan Chiropsella bart hanya menyebabkan kegatalan dan kesakitan yang ringan. [12]

Di Australia, spesies terbesar kelas Cubozoa, iaitu ubur-ubur Chironex fleckeri, mempunyai racun yang paling berbahaya. Pada Disember 2012, Angel Yanagihara dari Jabatan Perubatan Tropika Universiti Hawaii menemui toksin yang menyebabkan sel menjadi cukup berliang untuk membolehkan kalium bocor, menyebabkan hiperkalemia yang boleh membawa kepada kegagalan kardiovaskular dan kematian dalam masa 2 hingga 5 minit. Beliau berkata sebatian zink boleh dibangunkan sebagai penawar.[13]

Baru-baru ini ditemui spesies yang sangat mirip dengan Chironex fleckeri, iaitu Chironex yamaguchii mungkin sama berbahaya kerana ia telah terlibat dalam beberapa kes kematian di Jepun.[7] Tidak jelas yang mana antara spesies ini sering menjadi punca kematian Semenanjung Malaysia.[7][14] Pada tahun 1990, seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas disengat oleh Chiropsalmus quadrumanus di pulau Galveston di Teluk Mexico, dan jenis ini atau Chiropsoides buitendijki dikatakan menyebabkan dua kematian di Semenanjung Malaysia.[14] Sekurang-kurangnya dua kematian di Australia telah dikaitkan dengan ubur-ubur kecil Irukandji.[15][16] Mangsa mungkin mengalami gejala fizikal dan psikologi yang teruk yang dikenali sebagai sindrom Irukandji. [1] Walau bagaimanapun, majoriti mangsa terselamat, dan daripada 62 orang yang dibenarkan keluar dari hospital kerana keracunan Irukandji di Australia pada tahun 1996, hampir separuh telah dibenarkan keluar dengan sedikit atau tiada gejala selepas 6 jam, dan hanya dua orang yang masih berada di hospital kira-kira sehari selepas disengat.[1]

 
Pos cuka di Queensland

Di utara Australia, jangka masa risiko tertinggi kehadiran ubur-ubur kotak adalah antara bulan Oktober dan Mei, namun sengatan dan spesimen telah dilaporkan pada semua bulan dalam setahun. Begitu juga, keadaan risiko tertinggi adalah semasa perairan tenang dan angin dan tanah bercahaya, tetapi sengatan dan spesimen telah dilaporkan dalam semua keadaan.

Di Hawaii, bilangan ubur-ubur kotak mencapai kemuncak kira-kira 7 hingga 10 hari selepas bulan purnama, apabila ia menghampiri pantai untuk bertelur. Kadangkala kehadirannya amat dahsyat sehingga pengawal pantai terpaksa menutup pantai, seperti di Teluk Hanauma, sehingga bilangannya berkurangan.[17][18]

Rawatan sengat sunting

Sebaik sahaja sesungut ubur-ubur kotak melekat pada kulit, ia menyuntikkan nematosista dengan racun ke dalam kulit, menyebabkan rasa teramat pedih. Anggota badan yang terjejas boleh ditekan ke bawah untuk memperlahankan penyebaran racun maut.

Mengeluarkan sesungut yang tertinggal pada kulit biasanya dilakukan dengan tuala atau tangan bersarung tangan, untuk mengelakkan sengatan lain. Sesungut akan tetap menyengat walaupun ubur-ubur sudah mati.

Walaupun sering disyorkan dalam cerita rakyat dan juga beberapa kertas mengenai rawatan sengatan, [19] namun tiada bukti saintifik bahawa air kencing, ammonia, pelembut daging (papain), natrium bikarbonat, asid borik, jus lemon, air tawar, krim steroid, alkohol, pad sejuk, betik, atau hidrogen peroksida akan menyahaktifkan sengatan lebih lanjut, malah ia boleh mempercepatkan pembebasan racun.[20] Pek haba telah ditunjukkan untuk memberikan kelegaan kesakitan yang sederhana.[21][22][23][24][25] Sengatan Chironex fleckeri yang parah boleh menyebabkan serangan jantung dengan cepat.

Pada tahun 2011, Penolong Penyelidik Universiti Hawaii Profesor Angel Yanagihara mengumumkan bahawa terciptanya rawatan yang berkesan dengan "menyahkan" racun yang terkandung dalam sesungut ubur-ubur kotak.[26] Keberkesanannya ditunjukkan dalam dokumentari PBS NOVA Venom: Nature's Killer, yang disiarkan di televisyen Amerika Utara pada Februari 2012.[27]

Perlindungan semasa berenang atau menyelam sunting

Memakai <i>pantyhose</i> semasa menyelam (oleh wanita dan lelaki, juga di bawah sut skuba) adalah perlindungan yang berkesan terhadap sengatan ubur-ubur kotak.[28] Pantyhose pernah dianggap berfungsi kerana ia menutup kulit dan melindungi daripada sengatan ubur-ubur kotak (nematosista), tetapi kini diketahui berkaitan dengan cara sel penyengat berfungsi. Sel-sel penyengat dalam sesungut ubur-ubur kotak tidak dicetuskan oleh sentuhan, tetapi dicetuskan oleh bahan kimia yang terdapat dalam kulit.

Taksonomi sunting

Sehingga 2007, telah diketahui sekurang-kurangnya 36 spesies ubur-ubur kotak.[29] Ubur-ubur kotak terbahagi kepada dua order dan tujuh keluarga [30] Beberapa spesies baru telah diterangkan sejak itu, dan ada kemungkinan spesies lain belum diterangkan.[7][8][12]

 
Carukia barnesi

Kelas Cubozoa

  • Order Carybdeida
    • Keluarga Alatinidae
    • Keluarga Carukiidae
    • Keluarga Carybdeidae
    • Keluarga Tamoyidae
    • Keluarga Tripedaliidae
  • Order Chirodropida

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Little M, Mulcahy RF (1998). "A year's experience of Irukandji envenomation in far north Queensland". The Medical Journal of Australia. 169 (11–12): 638–41. PMID 9887916.
  2. ^ a b "Jellyfish Have Human-Like Eyes". LiveScience. 2007-04-01. Dicapai pada 2012-08-27.
  3. ^ Barnes, Robert D. (1982). Invertebrate Zoology. Philadelphia, PA: Holt-Saunders International. m/s. 139–49. ISBN 0-03-056747-5.
  4. ^ Skogh C, Garm A, Nilsson DE, Ekström P (December 2006). "Bilaterally symmetrical rhopalial nervous system of the box jellyfish Tripedalia cystophora". Journal of Morphology. 267 (12): 1391–405. doi:10.1002/jmor.10472. PMID 16874799.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ a b c USA. "Box Jellyfish, Box Jellyfish Pictures, Box Jellyfish Facts". NationalGeographic.com. Dicapai pada 2012-08-27.
  6. ^ Carybdea marsupialis. Diarkibkan 2010-10-22 di Wayback Machine The Jellies Zone. Diakses 28 April 2010
  7. ^ a b c d Lewis C, Bentlage B (2009). "Clarifying the identity of the Japanese Habu-kurage, Chironex yamaguchii, sp nov (Cnidaria: Cubozoa: Chirodropida)" (PDF). Zootaxa. 2030: 59–65.
  8. ^ a b Gershwin L, Gibbons M (2009). "Carybdea branchi, sp. nov., a new box jellyfish (Cnidaria: Cubozoa) from South Africa" (PDF). Zootaxa. 2088: 41–50.
  9. ^ Gershwin L (2009). "Staurozoa, Cubozoa, Scyphozoa (Cnidaria)". Dalam Gordon D (penyunting). New Zealand Inventory of Biodiversity. 1: Kingdom Animalia.[halaman diperlukan]
  10. ^ Williamson JA, Fenner P J, Burnett JW, Rifkin J., penyunting (1996). Venomous and poisonous marine animals: a medical and biological handbook. Surf Life Saving Australia and University of New North Wales Press Ltd. ISBN 0-86840-279-6.CS1 maint: multiple names: editors list (link)[halaman diperlukan]
  11. ^ "Girl survives sting by world's deadliest jellyfish". Daily Telegraph. London. 27 April 2010. Dicapai pada 11 Dec 2010.
  12. ^ a b Gershwin, L.A; Alderslade, P (2006). "Chiropsella bart n. sp., a new box jellyfish (Cnidaria: Cubozoa: Chirodropida) from the Northern Territory, Australia" (PDF). The Beagle, Records of the Museums and Art Galleries of the Northern Territory. 22: 15–21. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-09-14. Dicapai pada 2012-08-26. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  13. ^ Salleh, Anna (13 December 2012). "Box jelly venom under the microscope". Australian Broadcasting Corporation. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  14. ^ a b Fenner PJ (1997). The Global Problem of Cnidarian (Jellyfish) Stinging (PhD Thesis). London: London University. OCLC 225818293.
  15. ^ Fenner PJ, Hadok JC (October 2002). "Fatal envenomation by jellyfish causing Irukandji syndrome". The Medical Journal of Australia. 177 (7): 362–3. PMID 12358578.
  16. ^ Gershwin, L (2007). "Malo kingi: A new species of Irukandji jellyfish (Cnidaria: Cubozoa: Carybdeida), possibly lethal to humans, from Queensland, Australia". Zootaxa. 1659: 55–68.
  17. ^ "Jellyfish: A Dangerous Ocean Organism of Hawaii". Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-11-17. Dicapai pada 6/10/2010. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  18. ^ "Hanauma Bay closed for second day due to box jellyfish". Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-02. Dicapai pada 6/10/2010. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  19. ^ Zoltan T, Taylor K, Achar S (2005). "Health issues for surfers". Am Fam Physician. 71 (12): 2313–7. PMID 15999868.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  20. ^ Fenner P (2000). "Marine envenomation: An update – A presentation on the current status of marine envenomation first aid and medical treatments". Emerg Med Australasia. 12 (4): 295–302. doi:10.1046/j.1442-2026.2000.00151.x.
  21. ^ Taylor, G. (2000). "Are some jellyfish toxins heat labile?". South Pacific Underwater Medicine Society journal. 30 (2). ISSN 0813-1988. OCLC 16986801. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-23. Dicapai pada 2013-11-15. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  22. ^ Hartwick R, Callanan V, Williamson J (1980). "Disarming the box-jellyfish: nematocyst inhibition in Chironex fleckeri". Med J Aust. 1 (1): 15–20. PMID 6102347.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  23. ^ Seymour J, Carrette T, Cullen P, Little M, Mulcahy R, Pereira P (2002). "The use of pressure immobilization bandages in the first aid management of cubozoan envenomings". Toxicon. 40 (10): 1503–5. doi:10.1016/S0041-0101(02)00152-6. PMID 12368122.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  24. ^ Little M (June 2002). "Is there a role for the use of pressure immobilization bandages in the treatment of jellyfish envenomation in Australia?". Emerg Med (Fremantle). 14 (2): 171–4. doi:10.1046/j.1442-2026.2002.00291.x. PMID 12164167.
  25. ^ Pereira PL, Carrette T, Cullen P, Mulcahy RF, Little M, Seymour J (2000). "Pressure immobilisation bandages in first-aid treatment of jellyfish envenomation: current recommendations reconsidered". Med. J. Aust. 173 (11–12): 650–2. PMID 11379519.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  26. ^ UHMedNow, "Angel Yanagihara’s box jellyfish venom research leads to sting treatment", March 4, 2011
  27. ^ PBS Nova, Venom: Nature's Killer (transcript)
  28. ^ Use Pantyhose to Protect Yourself from Jellyfish Stings
  29. ^ Daly, Marymegan; dll. (2007). "The phylum Cnidaria: A review of phylogenetic patterns and diversity 300 years after Linnaeus" (PDF). Zootaxa (1668): 127–182. Explicit use of et al. in: |last2= (bantuan)
  30. ^ Bentlage B, Cartwright P, Yanagihara AA, Lewis C, Richards GS, Collins AG (February 2010). "Evolution of box jellyfish (Cnidaria: Cubozoa), a group of highly toxic invertebrates". Proceedings. Biological Sciences. 277 (1680): 493–501. doi:10.1098/rspb.2009.1707. PMC 2842657. PMID 19923131.CS1 maint: multiple names: authors list (link)