Uch (Urdu: اوچ‎; "Ūch"), juga dikenali sebagai Ūch Sharīf (Urdu: اوچ شریف‎; "Noble Uch"), merupakan sebuah kota bersejarah di Punjab, bahagian selatan Pakistan. Uch mungkin telah diasaskan sebagai Iskandariah di Indus, sebuah kota yang diasas oleh Alexander Agung semasa pencerobohan Lembah Indus.[1][2] Uch merupakan sebuah kubu awal Kesultanan Delhi semasa penaklukan Islam di subbenua India. Uch menjadi pusat metropolitan serantau sekitar abad ke-12 dan ke-17,[2] dan memberi perlindungan kepada sarjana-sarjana Islam yang melarikan diri daripada penganiayaan dari kawasan lain.[2] Walaupun kini Uch merupakan kota kecil, ia terkenal dengan sejarah fabrik urban dan koleksi tempat-tempat suci untuk para Sufi sekitar abad ke-12 dan 15 yang dihiasi dengan jubin-jubin dan dan dibina dalam gaya seni bina Punjab selatan yang tersendiri.[2]

Uch
اوچ
Makam Bibi Jawindi
Uch is located in Bumi
Uch
Uch (Bumi)
Koordinat: 29°14′N 71°04′E / 29.233°N 71.067°E / 29.233; 71.067Koordinat: 29°14′N 71°04′E / 29.233°N 71.067°E / 29.233; 71.067
Negara Pakistan
ProvincePunjab
DistrictBahawalpur District
Penduduk
 • Jumlah22,000
Zon waktuUTC+5 (PST)

Etimologi sunting

Uch sebelum ini dikenali dengan nama Deogarh ("Kubu Tuhan") sehingga abad ke-12.[1] Asal usul nama kini pun masih samar-samar. Dalam satu legenda, Jalaluddin Surkh-Posh Bukhari, Sufi dari Bukhara, tiba di Uch dan telah mengIslamkan anak perempuan pemerintah kota tersebut, Sunandapuri. Semasa pengIslamannya, Jalaluddin Bukhari meminta Sunandapuri untuk membina sebuah kubu yang dinamakan Uch, atau "Tinggi".[1] Menurut legenda yang lain, puteri yang diIslamkan oleh Bukhari merupakan puteri Buddha bernama Ucha Rani, dan nama Uch berasal dari nama puteri tersebut.[3] Selain itu, terdapat juga legenda yang mengatakan Ucha Rani dan Sita Rani, pemerintah Uch dan Sitapur, telah mengahwini Bukhari.[3]

Walau bagaimanapun, pemerintah tempatan Uch telah lama menjadi Islam semasa ketibaan Bukhari pada pertengahan 1200-an. Maka, legenda puteri bukan Islam berkemungkinan hanyalah karya fiksyen.[3]

Nama Uch untuk kawasan itu tidak diiktiraf secara umum untuk beberapa ketika, dan kota itu tidak dirujuk oleh ahli sejarah awal Islam dengan nama Uch.[1] Uch, sebagai contoh, direkodkan sebagai Bhatia yang diceroboh oleh Mahmud of Ghazni pada tahun 1006.[1]

Geografi sunting

Uch terletak 84 km jauh dari Bahawalpur. Sebelum ini ia terletak di antara pertemuan Sungai Indus dan Sungai Chenab, sebelum sungai beralih arah,[4] dan kini terletak 25 batu (40 km) dari pertemuan tersebuat, yang telah ke Mithankot. Kota ini kini terletak di dataran Alluvial yang besar berhampiran selatan sungai Chenab. Ke arah tenggara terletak di Gurun Cholistan.

Uch terletak di dataran aluvium yang subur yang kini digunakan untuk pertanian.

Cuaca sunting

Data iklim untuk berdekatan Multan
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 28.3
(82.9)
32.0
(89.6)
39.0
(102.2)
45.0
(113.0)
48.9
(120.0)
52.0
(125.6)
52.2
(126.0)
45.0
(113.0)
42.5
(108.5)
40.6
(105.1)
36.0
(96.8)
29.0
(84.2)
52.2
(126.0)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 21.0
(69.8)
23.2
(73.8)
28.5
(83.3)
35.5
(95.9)
40.4
(104.7)
42.3
(108.1)
39.2
(102.6)
38.0
(100.4)
37.2
(99.0)
34.6
(94.3)
28.5
(83.3)
22.7
(72.9)
32.6
(90.7)
Purata suhu harian, °C (°F) 12.7
(54.9)
15.4
(59.7)
21.0
(69.8)
27.5
(81.5)
32.4
(90.3)
35.5
(95.9)
33.9
(93.0)
33.0
(91.4)
31.0
(87.8)
26.4
(79.5)
19.7
(67.5)
14.1
(57.4)
25.2
(77.4)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 4.5
(40.1)
7.6
(45.7)
13.5
(56.3)
19.5
(67.1)
24.4
(75.9)
28.6
(83.5)
28.7
(83.7)
28.0
(82.4)
24.9
(76.8)
18.2
(64.8)
10.9
(51.6)
5.5
(41.9)
17.9
(64.1)
Rekod rendah suhu, °C (°F) −2
(28)
−1
(30)
3.3
(37.9)
9.4
(48.9)
13.5
(56.3)
20.0
(68.0)
21.1
(70.0)
21.1
(70.0)
16.7
(62.1)
8.9
(48.0)
0.6
(33.1)
−1.1
(30.0)
−2
(28)
Purata kerpasan, mm (inci) 7.2
(0.28)
9.5
(0.37)
19.5
(0.77)
12.9
(0.51)
9.8
(0.39)
12.3
(0.48)
61.3
(2.41)
32.6
(1.28)
10.8
(0.43)
1.7
(0.07)
2.3
(0.09)
6.9
(0.27)
186.8
(7.35)
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 222.3 211.6 250.8 273.3 293.5 266.8 265.0 277.6 277.6 274.9 255.0 229.2 3,097.6
Sumber: NOAA (1961–1990)[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Imperial gazetteer of India: provincial series (dalam bahasa Inggeris). Supt. of Govt. Print. 1908.
  2. ^ a b c d "Uch Monuments". UNESCO Office in Bangkok. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-23. Dicapai pada 23 January 2018.
  3. ^ a b c Khan, Hasan Ali (2016-08-08). Constructing Islam on the Indus: The Material History of the Suhrawardi Sufi Order, 1200–1500 AD (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 9781316827222.
  4. ^ "Uch Monument". UNESCO. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-23. Dicapai pada 23 January 2018.
  5. ^ "Multan Climate Normals 1961–1990". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada 16 January 2013.

Pautan luar sunting