Uchida Kosai

negarawan, diplomat, dan pemangku perdana menteri Jepun

Count Uchida Kōsai (内田 康哉, 17 November 1865 - 12 Mac 1936) ialah seorang negarawan, diplomat dan perdana menteri sementara Jepun. Beliau merupakan tokoh penting pada zaman Meiji, Taishō dan Shōwa Jepun. Beliau juga dikenali sebagai Uchida Yasuya.


Uchida Kōsai
内田 康哉
Perdana Menteri Jepun
Pemangku
Dalam jawatan
24 Ogos 1923 – 2 September 1923
RajaTaishō
Pemangku RajaHirohito
Didahului olehKatō Tomosaburō
Digantikan olehYamamoto Gonnohyōe
Dalam jawatan
4 November 1921 – 13 November 1921
RajaTaishō
Didahului olehHara Takashi
Digantikan olehTakahashi Korekiyo
Butiran peribadi
Lahir(1865-11-17)17 November 1865
Yatsushiro, Tokugawa (sekarang Jepun)
Meninggal dunia12 Mac 1936(1936-03-12) (umur 70)
Tokyo, Jepun
Parti politikBebas
Alma materUniversiti Doshisha
Universiti Imperial Tokyo

Biografi sunting

Uchida dilahirkan di kota Yatsushiro, Wilayah Kumamoto, sebagai anak doktor untuk wilayah tersebut. Setelah mempelajari bahasa Inggeris selama dua tahun di Universiti Doshisha, Uchida berpindah ke Universiti Imperial Tokyo, lulus dari sekolah undang-undangnya.

Setelah tamat pengajian, Uchida memasuki Kementerian Luar Negeri, dan bertugas sebagai duta besar untuk dinasti Qing China, kemudian sebagai duta besar untuk Austria-Hungary, dan kemudian ke Amerika Syarikat. Beliau berkhidmat sebagai menteri luar Jepun dari tahun 1911 hingga 1912 di bawah pemerintahan Saionji Kinmochi ke-2.

Dilantik sebagai duta besar ke Empayar Rusia sebelum Revolusi Bolshevik, Uchida kembali ke Jepun untuk bertugas sebagai Menteri Luar Negeri dari tahun 1918 hingga 1923 di bawah pemerintahan Hara, Takahashi, dan Katō. Beliau berkhidmat sebagai Pemangku Perdana Menteri Jepun sebanyak dua kali - sekali setelah pembunuhan Perdana Menteri Hara, dan sekali lagi setelah kematian Perdana Menteri Katō secara tiba-tiba, tepat sebelum gempa bumi besar Kantōr.

Beliau dilantik ke Dewan Bangsawan di Diet Jepun pada 1930, dan menjadi Presiden syarikat Kereta Api Manchuria Selatan pada 1931.

Di bawah penggal ketiga sebagai Menteri Luar Negeri, dari tahun 1932 hingga 1933, semasa pemerintahan Saitō Makoto, beliau meminta pengakuan diplomatik formal terhadap Manchukuo, dan kemudian menyerukan pengunduran Jepun dari Liga Bangsa-Bangsa. Dia tampil di muka hadapan edisi Time, 5 September 1932, yang juga memuat rencana tentang sikapnya terhadap Liga Bangsa-Bangsa. Beliau meninggal dunia kerana sakit 15 hari selepas Insiden 26 Februari. Makamnya berada di Tama Reien di Fuchu, Tokyo.

Rujukan sunting