Uda & Dara (drama)

Uda & Dara merupakan satu adaptasi daripada hasil karya Uda & Dara oleh Usman Awang yang mengkritik sistem sosial dalam masyarakat Melayu yang menindas golongan yang tidak berkemampuan.

Uda & Dara
GenreCinta
Drama
Ditulis olehAisya Sofea
PengarahEjump Mohd Zahir
Feroz Kader (bersama)
Dibintangi oleh
Zul Ariffin
Siti Saleha
Idris Khan
Anis Al-Idrus
Dynas Mokhtar
Lagu pembukaan"Terimaku Seadanya" nyanyian Hafiz Suip & Misha Omar
Lagu penutup"Terimaku Seadanya" nyanyian Hafiz Suip & Misha Omar
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod30
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Adilla Dato' Ramly
Zetty Alia Dato' Ramly
PenerbitDatin Zaiton Muhd Jiwa
Tempoh siaranIsnin - Jumaat, 6.00 petang (1Jam Per Episode)
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Astro Maya HD
Siaran asal24 Februari 2016 – 6 Mac 2016
Kronologi
MengikutiMemori Cinta Suraya
Diikuti olehAkadku Yang Terakhir

Sinopsis

sunting

Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.[1]

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”.

Pelakon

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Drama Uda Dan Dara mCentralMY