Uhuru Muigai Kenyatta (lahir 26 Oktober 1961) ialah seorang ahli politik Kenya dan Presiden Kenya yang ke-4. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Perdana Menteri Kenya sejak 2008 dan merupakan bekas Ahli Parlimen bagi Gatundu South. Kenyatta pernah menjadi pengerusi Kesatuan Kebangsaan Afrika Kenya (KANU) sebelum kini menjadi ketua Perikatan Kebangsaan (TNA). Beliau sendiri anak kepada Jomo Kenyatta, presiden pertama Kenya dari kemerdekaan ia pada 1964 hingga 1978.

Uhuru Kenyatta
Uhuru di Washinton D.C tahun 2014
Presiden Kenya ke-4
Memegang jawatan
26 Mac 2013
Naib PresidenWilliam Ruto
Didahului olehMwai Kibaki
Timbalan Perdana Menteri Kenya
Memegang jawatan
17 April 2008
Perdana MenteriRaila Odinga
Didahului olehJawatan diwujudkan
Menteri Kewangan
Dalam jawatan
23 Januari 2009 – 26 Januari 2012
Perdana MenteriRaila Odinga
Didahului olehJohn Michuki (Pemangku)
Digantikan olehRobinson Njeru Githae (Pemangku)
Butiran peribadi
LahirUhuru Muigai Kenyatta
(1961-10-26) 26 Oktober 1961 (umur 62)
Nairobi, Kenya
Parti politikKesatuan Kebangsaan Afrika Kenya (Sebelum 2000)
Perikatan Kebangsaan (2000–kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Party of National Unity (2007–2012)
Jubilee Alliance (2012–kini)
PasanganMargaret Gakuo (1991–kini)
Anak-anakJomo
Ngina
Jaba
Alma materKolej Amherst
Laman web rasmiTapak rasmi

Uhuru bertanding sebagai calon dalam pilihan raya presiden pada 4 Mac 2013 dan mendapat 6,173,433 undi (50.03%) daripada sejumlah 12,338,667 undi yang dibuang. Memandangkan ini melebihi ambang 50% tambah 1 undi, beliau dianggap menang tanpa memerlukan pusingan kedua.[1]. Beliau lalu diisytiharkan sebagai Presiden Republik Kenya keempat pada 9 Mac.[2] Uhuru mengangkat sumpah sebagai Presiden Kenya ke-4 pada 26 haribulan sama2013.

Pada Oktober 2021, dia dikutip dalam skandal kertas pandora.

Awal hidup sunting

Beliau anak hasil perkahwinan Jomo Kenyatta dengan isteri keempatnya, Mama Ngina Kenyatta. Beliau berketurunan Bantu suku Kikuyu. Beliau diberi nama Uhuru - kata bahasa Swahili bermaksud "kebebasan" sempena meraikan kemerdekaan Kenya yang bakal menjadi kenyataan hasil usaha ayahnya.

Beliau bersekolah di St Mary's School Nairobi, sambil ini juga beliau bekerja sambilan sebagai seorang juruwang di Kenya Commercial Bank antara tahun 1979 dan 1980.[3] Beliau melanjutkan pelajarannya ke Amherst College di Massachusetts, Amerika Syarikat untuk mendalami bidang ekonomi dan sains politik.[4][5][6]

Beliau kembali ke Kenya selepas tamat pengajiannya di mana beliau memulakan syarikat pengeksportan hasil tanaman bernama Wilham Kenya Limited.[7]

Kerjaya politik sunting

Kenyatta memasuki Parlimen tahun 2001 sebagai di Menteri Kerajaan Tempatan di bawah Presiden Daniel arap Moi. Walaupun kurang pengalaman, beliau disokong Presiden Moi sebagai penggantinya; namun beliau tewas kepada calon pembangkang Mwai Kibaki dalam pilihan raya 2002. Beliau kemudian menyokong Kibaki dalam pilihan raya 2007.

Pada April 2008, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan sebagai sebahagian daripada kerajaan campuran. Seterusnya, beliau menjadi Menteri Kewangan dari 2009 dan 2012 sambil kekal menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 26 Januari 2012 hasil tekanan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mendakwanya melakukan "jenayah terhadap kemanusiaan" mencetuskan kekerasan terhadap para penunjuk perasaan berikutan pilihan raya umum 2007.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ "iebc.or.ke: Tally of Presidential results Files". IEBC. 2013-03-09. Dicapai pada 2013-03-09.
  2. ^ "Kenyatta diumumkan Presiden Kenya, perolehi lebih 50 peratus undi". Berita Harian. 2013/03/10. Dicapai pada 2013-03-13. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ "Uhuru Kenyatta - Working at KCB, Kipande House". Vimeo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-17.
  4. ^ "Search | Amherst College". Amherst.edu. Dicapai pada 2015-11-29.
  5. ^ "Older e-News | Amherst College". Amherst.edu. Dicapai pada 2015-11-29.
  6. ^ Karimi, Faith (2013-03-30). "President-elect Uhuru Kenyatta of Kenya a man of complexities - CNN.com". Edition.cnn.com. Dicapai pada 2015-11-29.
  7. ^ "Uhuru Kenyatta Company - Wilham Kenya Ltd". Vimeo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-17.
  8. ^ Thomas Escritt (12 Mac 2013). "ICC Case against Kenyatta's co-accused collapses". The Star Online. Dicapai pada 2013-03-13.

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Pejabat baharu Timbalan Perdana Menteri Kenya
2008–2013
Diikuti oleh:
Jawatan dimansuhkan
Didahului oleh
Mwai Kibaki
Presiden Kenya
2013–kini
Pemegang jawatan kini